Asaalamualaikum,

Semalam masa pergi Sunway Pyramid nampak satu kedai ni. Sekali pandang nampak signboard dia macam Big Apple Donut. Bila tengok menu ada Muffins, Cakes, Sandwiches.. cute cute pulak tuh!


Aku dengan ramahnya tanya kat tokey kedaii.. Sejak bila cafe tu beroperasi..?
Katanya baru sebulann.. patutlah tak pernah nampak.
Kata nya ONE APPLE di Subsidary of Big Apple Donut..!
Patutlah branding font dia sama..!

Antara menu


Tengok memang geram.. ada muffins, cakes, sweet pastries, Sandwich..! 
So yummyy...!!! Average rate RM3.00 per pc.


Memula aku dah sambar 2 pcs RM6.00.
Sekarang ni ada promo. Beli mana-mana box dapat dis 50% for next purchase
utk masa terhad . Dapat coupon tu aku purchase another
1 box ~ 6 pcs (mix) RM15.00 tapi after dis tinggal RM7.50 je.


Ni antara pilihan aku. Sandwich dia bentuk heart.. cute sangatt.
Memang tengok deco dia cute cute... gerammm jek haha! 


Kebetulan plak tea break. So kitaorg pun ber~tea time kat One Apple.


Dania cam biasalaa.. mesti nak strawbery & pink gak


Habis makan pusing-pusing terus balik. Sempat lagi Dania test Yamaha Piano kat ruang legar huhu!
Assalamualaikum...

camne hujung minggu korang...?
Hari ni aku ade tournament bowling kat Sunway. Main 3 gamee...
result cam hampesss..letih letihhh.. hehe.
Apapun kehadiran aku saje je nak memeriahkan majlis.
Anyway dah la PC kat umah HDD kong plak malam semalamm.. isk isk isk.
Tengok condition memang hardware problem.. siap berbunyi lagii.
Esok kena ikhtiar cari HDD baru.. nak format PC lagii aduhaiii.
Ada gak la gambar2 dalam tu memang tak dapat nak di selamatkan. Sekarang ni pikir
harus upload gambar kat blog.. selagi google tak down InsyaAllah ada la
gambar2 kenangan tu untuk tatapan dimasa2 akan datang.
Back up dalam HDD pun leh kong gakk isk isk isk.

Anyway, semalam gi kerja ada terdengar iklan kat radio pasal DOORSTEP.COM.MY
Ahaaaa.. ni nak share konsep doostep yang agak menarik ni especially
utk para suri rumah yang susah nak bergerak especially kalau ada baby ke etc.
Dengan DOORSTEP ni kita boleh order barang-barang runcit
online je. Dihantar terus ke pintu rumah pulak tuh...!!


Dengan minimum order RM50, kalau order pagi barang akan di hantar
pada hari yang sama.. kalau dah masuk kul 11:00 pagi akan di hantar
pada keesokan harinya. Slot masa penghantaran boleh di pilih.



Barang-barang kering macam bawang ke ikan bilis pun boleh order..!


Rempah ratuss


Buah-buahann..

sebenarnya banyak lagi... kosmetik, barang rumah, barang keperluan peribadi
dan macam-macam lagi boleh di order online melalui


Memang kehidupan lebih mudah dengan ICT kalau pandai
di manfaatkan..! Baguskan..!!
Assalamualaikum...
Bila hati manusia hilang peri kemanusiaan..
Anak sendiri pun sanggup di jual...hmmmmm

Credit : Google

KUALA LUMPUR: Ke mana hilangnya naluri keibuan seorang wanita apabila tergamak menjual anak
 kandungnya yang berusia tiga tahun kepada individu baru dikenali semata-mata kerana wang.
Lebih tragis, wanita terbabit yang berusia 30-an turut bekerjasama dengan anak angkat lelakinya yang berusia 17 tahun membelasah bekas suaminya sehingga cedera selepas lelaki itu marah dengan tindakannya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang di tempat kerja lelaki berusia 43 tahun itu di Taman Wilayah di Kepong, di sini, Isnin lalu. Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu dijual kepada seorang lelaki dengan harga belasan ribu ringgit dan kanak-kanak itu dilaporkan kini berada dalam jagaan keluarga pembelinya di Pahang.

Timbalan Ketua Polis Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata lelaki itu dalam laporannya memberitahu dia beberapa kali menghubungi bekas isterinya selepas mendapat maklumat wanita terbabit menjual anak mereka.

“Dalam perbualan telefon, bekas isteri mangsa mengaku sudah menjual anak mereka menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Pertengkaran itu tidak berakhir di situ apabila bekas isteri mangsa bersama anak angkatnya datang menyerang mangsa di tempat kerjanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, remaja berusia 17 tahun itu menumbuk muka mangsa beberapa kali sebelum mendakwa tidak takut kepada bapa angkatnya itu selain berani berdepan pihak berkuasa.

“Selepas itu, remaja terbabit memberikan amaran kepada mangsa supaya tidak campur tangan dalam urusan mereka. Bekas isteri dan anak angkat itu kemudian meninggalkan mangsa,” katanya.

“Kepantasan pihak berkuasa bertindak membuahkan hasil apabila bekas isteri mangsa dan anak angkatnya itu ditahan kurang sejam selepas laporan polis diterima berhampiran rumah mereka.

“Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak terbabit kini dilaporkan berada di Pahang dalam jagaan satu keluarga yang didakwa membelinya,” katanya sambil memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007.

Menurutnya, wanita terbabit dan anak angkatnya kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Difahamkan, pasangan suami isteri terbabit bercerai kira-kira setahun lalu dan tindakan wanita itu menjual anak kandungnya untuk mendapatkan wang dipengaruhi anak angkatnya berikutan dia tiada pekerjaan tetap.

Sementara itu, Zainudin menasihatkan orang ramai yang tidak mampu menjaga anak mereka supaya menggunakan saluran betul untuk menyerahkan zuriat itu untuk jagaan pihak lain dan bukan menjual anak mereka seperti barang dagangan.