Salam..

Gambar-gambar sekitar Banjir yang melanda daerah Segamat Johor. 
Aduhaiii.. teringat family kat KT.. maklumla KT tu pun nama je
Kota Tinggi.. tapi tak tinggi pun.. tetap banjir tiap-tiap tahunn!
Paling teruk kejadian banjir terburuk 100 tahun dalam sejarah kita-kira 4 tahun lepass..!
Bila keadaan sedikit reda tu siap ada perkhidmatan berbayar pula naik bot ronda2
banjir kat sekitar KT tuh..! sabor je la. 
Apapun dah tepon Mak... alhamdulillah keadaan kat KT setakat ni OK..
Semoga banjir kat segamat pun cepat surut dan semua mangsa boleh kembali 
menjalani rutin biasa...





credit : Harian Metro
Salam..

Hari ni tengok berita pasal perkembangan pelajar-pelajar Malaysia di Mesir
mula terancam dengan kejadian rusuhan yang berlaku di sana. 


Ibu bapa yang gelisah dan tak kurang juga yang marah dengan nasib anak-anak mereka especially pelajar perempuan. Lebih teruk lagi bila  hubungan internet di katakan tergendala, ATM machine mula tidak berfungsi, kedai-kedai yang mula tutup operasi, bekalan makanan yang semakin berkurangan di tambah pula kejadian banduan yang terlepas dari penjara dan mula pecah rumah dan mengancam keselamatan penduduk setempat..!


 Ada juga temuramah student yang berjaya pulang ke tanah air atas tanggungan & usaha sendiri  menceritakan kejadian yang di alaminya pada malam kejadian ketika rusuhann... bunyi tembakan dan letupan BOM..!! Kejadian sebegitu sudah tentu bukan untuk kita rasai especially yang di besarkan di bumi Malaysia yang merdeka dan aman lagi sejahtera nih..! Oh  tidakkk...!!


Apapun... nak tau lagi berita2 mutakhir dari sumber blogger dan bukan media arus perdana boleh layari 


Antara isi kandungan blog yang di sarankan utk di sebarkan oleh ArifShah,

Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

Apapun semoga pelajar-pelajar kita di sana selamat dan di lindungi oleh yang Esa. 
Semoga kerajaan segera dapat jalan terbaik utk menangani keadaan sekarang ni walaupun bukan mudah dan 'pindahkan' 11 000 rakyat/pelajar kita di sana..! 
Apapun, negara aman jangan sampai rakyat terkorban di negara orangg..!
Salam..
Ahaa.. Ahad lepas di dalam hujan renyai yg syahdu, kitaorang sefamily
dah jejak Pusat Sains Negara. Tu pun setelah tengok entry Aleyn.
Dalam kul 11 dah terpacak kat sana.. tapi entry ni aku cuma nak update citer pasal Mind Game je..!

Sebenarnya dah 2 kali jumpa game ni. Mula2 kat PetroSains.*pun tak sempat buat entry lagi huhu*.
Bila jumpa lagi kat Pusat Sains ni aku pun suh Danish bertarung dengan Papanya..! Haha

1st Round....
Jom tengok camna Danish ber'tarung' dgn Papanya.


Game ni sebenarnya game menggunakan minda kita menggerakkan bola kat tengah-tengah tu.
Antara kita dengan pihak lawan.
Ada alat yang kena pasangkan kat kepala kita.
Masa First round tengok Abang steady jee.. siap sengih sengihh...!


Tengok plak si Danishh..! Siap tenunggg tajam macam nak telan bola. Tu mesti dia bayangkan macam ultraman keluarkan kuasa api  nak tolak bola tu..! HA HA HA


Zoom lagii... lagi Danish tenung bola tu sampai nak terkeluar biji mata makin dekat plak bola tu ke arah dia..!

Dan akhirnya Danish kalahhh...!!!!! Muka frustttt...!!! ha ha


Pusingan ke-2..! Kali ni aku ajar Danish cara 'bertarung' ngan Papanyaa..! ha ha


Sebenarnya Danish kena bertenanggg... kena ingat perkara-perkara yang menggembirakan dia... Suh dia ingat time dia seronok main game kat rumah... time dia makan KFC hingga menjilat jarii...! Tak kasi pun Danish tengok bola tuhh...! Kalau boleh suh dia tidurrr teruss...
Tengok tu diaaa.. siap bertafakur lagi Danishh... FOKUSS!! FOKUSSS..!!


Dan akhirnya bola Danish bergerak ke arah Papa...!! Yeaaaahhhhhhh!!!


 Tu diaa.. bola Danish makin menghampiri Papanya.. bermaksud KEMENANGAN hampir milik Danish..!!
Papa dah suspen la tuu !! he he he


Bila tengok kat graf... Gelombang alpha yang di hasilkan oleh minda Danish lebih tinggi berbanding Papa..! 


Tu dia.. keadaan semakin cemass......!! Papa cuba fighttt balikkk!!
Bola bergerak balik ke arah Danish....!


Mamanya terus bagi kata-kata semangat kat Danish.. suh dia ingat keseronokan dia main
remote control car diaaa...!! ha ha ha. Sukalah tuu.. siap gelak gelakk


Dan akhirnyaa... DANISH MENANGGGG......!!!
Yeaaahaaaaaaaaaa......!!
Ohh terrorrrrrrr aaaa  anak mama nihh...! HE HE HE..!!
Lupa plak nak suh Danish bid apa kalau menanggg :P

Komen Papa setelah SERI 1-1 sama...
"Mana boleh lawan budak-budak. Budak-budak memang aaa tak de MASALAHH"
Peace of mind...!!
HA HA HA...!!!

Anyway.. aku pernah gak belajar pasal minda dan kaitannya dengan gelombang aplha ni. Pernah amalkan masa zaman2 nak amek SPM dulu. Seingat aku minda manusia menghasilkan gelombang alpha 15 minit sebelum tidur dan 15 selepas bangun tidur. Jika di gunakan sebaiknya mampu menguatkan daya ingatan.. 
Jadi dulu nak tidur rajin gak baca nota2 penting dan bila bangun pagi cuba ingat sedikit sebanyak perkara yg di ulangkaji hari sebelumnya. wallahualam.

Tapi tu dulu laa.. sekarang kalau di suruh buka buku..
5 minit mata dah TERpejamm... ha ha