salam..
Musim-musim cuti sekolah ni kita sekali lagi di kejutkan dengan berita kemalangan ngeri yang mengorbankan 28 nyawa di Simpang Pulai, Cameron Highland. Kebanyakan mangsa adalah pelancong dari Thailand..


IPOH, 20 DEC : Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital. Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan. Timbalan Ketua Polis, Perak Datuk Zakaria Yusof, berkata bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Berikut ialah senarai penuh mangsa kemalangan
 
IPOH: Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 22 rakyat Thailand daripada 28 orang semuannya yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, 11.40 pagi tadi.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (perempuan)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rung Da (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Malinan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan) - BERNAMA
Salam..

Dalam dunia yang serba moden ni dan dalam process mencapai status negara maju ada lagi segelintir pihak 
yang masih main sihir@santau tuju tuju..!
Sukar juga jadi pengawai penguat kuasa.. bila ada yang sakit hati timbul lah idea nak buat benda2 pelik camni. Agak-agak ade tak orang buat santau kat Ah Long ah long yang dok kacau anak bini orang yang tak bayar hutang tuh..? huhu


Apapun, ikuti laporan Harian Metro


KUALA LUMPUR: Risiko sebagai anggota polis bukan sekadar ancaman maut melalui senjata moden, tetapi turut diserang melalui cara mistik oleh penjenayah yang menyimpan dendam kesumat apabila kegiatan mereka ditumpaskan.
Itu terpaksa ditempuhi seorang anggota polis hanya mahu dikenali sebagai Hafis dan empat rakan sekerjanya yang kini menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.

Menurut Hafis, 23, akibat perbuatan itu seorang daripada rakannya paling teruk menderita apabila ditujukan santau katak puru hingga menyebabkan perutnya membesar seperti wanita mengandung dan keras seolah-olah diisi pasir dan batu.
“Saya dan tiga rakan lain mengalami nasib sama, namun cara santau yang digunakan berbeza. Kata bomoh, kami berempat ditujukan santau angin yang menyebabkan kami sakit perut.

“Orang yang menghantar santau itu menggunakan objek seperti paku, jarum, rambut dan tulang babi hutan sebagai ramuan racun yang dimasukkan ke dalam makanan kami.

“Kami dinasihatkan supaya tidak makan di restoran kegemaran kerana racun santau itu ditujukan terus ke situ. Bukan sekadar melalui makanan, malah racun santau juga akan ‘melekat’ pada badan kami setiap kali kami datang ke restoran berkenaan,” katanya.

Hafis berkata, mereka berlima menggunakan khidmat pengamal perubatan tradisional selepas doktor gagal mengesan punca mereka sakit perut dan kerap demam.

Menurutnya, kejadian itu mula mereka sedari awal bulan lalu apabila seorang rakan terbabit memberitahu dia menerima SMS amaran berbunyi ‘siaplah korang, salah satu jarum akan kena pada kau dan kawan-kawan kau yang lain...tunggu je lah hari mati korang".

SMS itu dihantar seorang daripada suspek sindiket mencuri motosikal yang saya dan rakan-rakan tumpaskan Mei lalu dan dia kini masih dalam proses pengadilan.

“Namun, saya tak ambil berat sangat mengenai SMS itu kerana hal ugut-mengugut dan amaran sudah lumrah dalam kerjaya kami,” katanya.

Bagaimanapun, kata Hafis, telahannya meleset apabila selang seminggu kemudian, dia menerima khabar seorang rakannya yang terbabit dalam usaha melumpuhkan sindiket mencuri motosikal itu sakit teruk akibat penyakit misteri.

“Bomoh mengatakan penyakit itu ada kaitan dengan seekor katak puru yang diletakkan dalam kawasan rumahnya dan haiwan itu digunakan sebagai ‘alat’ untuk memastikan ilmu hitam yang ditujukan kepada mangsa lebih berkesan.

“Lebih menakutkan, bomoh berkenaan memberitahu jika katak itu tidak ditemui, kawan saya itu sukar dipulihkan dan akan menemui ajal perlahan-lahan,” katanya.

Hafis berkata, bimbang keadaan rakannya itu, mereka mencari katak dimaksudkan sepanjang malam sehingga ia ditemui di bawah tangga rumah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Dia mendakwa, mereka bernasib baik kerana katak puru itu ditemui awal kerana keadaannya yang tinggal nyawa-nyawa ikan menandakan rakannya mungkin menemui ajal pada bila-bila masa.

Sebelum itu, Hafis berkata, anak rakannya pernah bercerita mengenai beberapa kejadian pelik berlaku di rumahnya seperti mendengar seseorang mengorek tanah dan menanam sesuatu di luar rumah.

“Selepas rakan pertama itu menderita sakit perut, saya dan tiga rakan lain pula mengalami masalah sama. Kami pergi ke hospital, tapi doktor tidak dapat mengesan punca penyakit kami.

“Kami terpaksa merujuk pengamal perubatan alternatif dan kami dimaklumkan perut kami sakit disebabkan perbuatan khianat,” katanya. Hafis berkata, walaupun lebih sebulan kejadian itu berlaku, dia dan rakan-rakan belum sembuh sepenuhnya kerana bisa akibat cucukan daripada barangan kotor yang dihantar itu belum dikeluarkan sepenuhnya.
Salam....

Alhamdulillahh... both putera puteri kami dah beransur sihat. Terima kasih pada kengkawan yang mendoakan kesejahteraan kami. Demam dah kebah.. cuma batuk sikit-sikit lagi.

Untuk bagi rawatan secara 'rohani' pulak, aku dan Abang bawak Danish & Dania pergi tengok RAPUNZEL ~ a tangled tale..! Patut ke tak patut..? ahaa...
tapi memikirkan cuti sekolah pun dah nak berakhir.. movie ni pun ntah ada ntah tidak lagi
kat panggung.. hu hu. Kalau duk kat rumah pun melepekkk sedepekkk je kaann..
so bawak le keluarr...


Citer ni keluar cinema 25 Nov lagi.. dah nak habis tayang pun. Kitaorang je baru terhegeh-hegeh nak 
beli tiket he he he. Memula nak gi Alamanda Putrajaya je, check online dah tak tayang dah..! sadisss..!
Bila check kat IOI Mall Puchong masih ada .. ! Terus buat E-Payment ticketing..!
Dapat la seat 3rd row *kaler hijau* dari belakang dan tepi sekali. Cantek la tuu.. paling selesa dah.
Senang nak kuar masuk budak2 ni kalau dapat tepi tangga tu.


Sementara tunggu waktu tayangan, sempat le bawak budak-budak ni gi main kat Playland Jusco sambil aku 
pun usha-usha sale ujung tahun kat situ.





Bawak gi main terus 'sihat' mental & fizikal...!


Request main bowling lagi. Last-last aku yg kena perabih balingg.. huhu. 
Danish plak Abang entertaint main race car. 


Sambil window shopping. 
Dania pantang nampak warna 'pink'. Semua mengaku dia punyaa... isk isk isk



Pastu gi tengok RAPUNZEL.. memang bestt gilerr aaa citer ni. Aku suker sangat dengan Rapunzel yang cute sangat tuu... jalan citer pun memang best. Pandai penerbit olah semula jalan citer ni berbanding 'dongeng' asal dia. Memang bestt..!! aku bagi 4.5 / 5..!



RAPUNZEL.. she is so ADORABLE...!!


PASCAL... kawan baik merangkap 'penasihat' Rapunzel yg melucukan..!


'Mak' Rapunzel... watak penting dalam cerita ni... the master mind 

The tower... 


Flynn Rider@Eugene.. Pencuri @ Hero  yang hensemm... tapi nakal !


Pengembaraan bermula.. bertemu Kuda di raja, Maximus..! Memang lucu gak kuda ni.


'Almost' to the happy endingg scene..... but NOT..! Saksikan sendiri okehh! 
Apapun Memang besttt aaa.. Danish & Dania pun cukup terhibur.
Diaorang pun boleh ikut sama gelak gak dalam panggung tuh.
Lepas ni harus aku beli DVD & tengok berjuta-juta kali *oleh anak2 ku* dalam keta nantii.. huhu

Lepas habis tengok movie, gi makan KFC. 
Balik tu on the way nak gi parking lalu hall sempat lagi 2 beradik ni menunjukkan 'kegembiraaan' dan kecergasan bergandaaa huhu


wah wah wah.. kemain ceriaaa lagiii... macam semalam tak de apa-apa berlaku je..
siap lompat-lompat tak hingat atas stage tuhhh..


Sekiann hujung minggu setelah anak-anak beransur sihatt... Alhamdulillah..!
Senang hati Mama & Papa...huhu