Salam....

Alhamdulillahh... both putera puteri kami dah beransur sihat. Terima kasih pada kengkawan yang mendoakan kesejahteraan kami. Demam dah kebah.. cuma batuk sikit-sikit lagi.

Untuk bagi rawatan secara 'rohani' pulak, aku dan Abang bawak Danish & Dania pergi tengok RAPUNZEL ~ a tangled tale..! Patut ke tak patut..? ahaa...
tapi memikirkan cuti sekolah pun dah nak berakhir.. movie ni pun ntah ada ntah tidak lagi
kat panggung.. hu hu. Kalau duk kat rumah pun melepekkk sedepekkk je kaann..
so bawak le keluarr...


Citer ni keluar cinema 25 Nov lagi.. dah nak habis tayang pun. Kitaorang je baru terhegeh-hegeh nak 
beli tiket he he he. Memula nak gi Alamanda Putrajaya je, check online dah tak tayang dah..! sadisss..!
Bila check kat IOI Mall Puchong masih ada .. ! Terus buat E-Payment ticketing..!
Dapat la seat 3rd row *kaler hijau* dari belakang dan tepi sekali. Cantek la tuu.. paling selesa dah.
Senang nak kuar masuk budak2 ni kalau dapat tepi tangga tu.


Sementara tunggu waktu tayangan, sempat le bawak budak-budak ni gi main kat Playland Jusco sambil aku 
pun usha-usha sale ujung tahun kat situ.





Bawak gi main terus 'sihat' mental & fizikal...!


Request main bowling lagi. Last-last aku yg kena perabih balingg.. huhu. 
Danish plak Abang entertaint main race car. 


Sambil window shopping. 
Dania pantang nampak warna 'pink'. Semua mengaku dia punyaa... isk isk isk



Pastu gi tengok RAPUNZEL.. memang bestt gilerr aaa citer ni. Aku suker sangat dengan Rapunzel yang cute sangat tuu... jalan citer pun memang best. Pandai penerbit olah semula jalan citer ni berbanding 'dongeng' asal dia. Memang bestt..!! aku bagi 4.5 / 5..!



RAPUNZEL.. she is so ADORABLE...!!


PASCAL... kawan baik merangkap 'penasihat' Rapunzel yg melucukan..!


'Mak' Rapunzel... watak penting dalam cerita ni... the master mind 

The tower... 


Flynn Rider@Eugene.. Pencuri @ Hero  yang hensemm... tapi nakal !


Pengembaraan bermula.. bertemu Kuda di raja, Maximus..! Memang lucu gak kuda ni.


'Almost' to the happy endingg scene..... but NOT..! Saksikan sendiri okehh! 
Apapun Memang besttt aaa.. Danish & Dania pun cukup terhibur.
Diaorang pun boleh ikut sama gelak gak dalam panggung tuh.
Lepas ni harus aku beli DVD & tengok berjuta-juta kali *oleh anak2 ku* dalam keta nantii.. huhu

Lepas habis tengok movie, gi makan KFC. 
Balik tu on the way nak gi parking lalu hall sempat lagi 2 beradik ni menunjukkan 'kegembiraaan' dan kecergasan bergandaaa huhu


wah wah wah.. kemain ceriaaa lagiii... macam semalam tak de apa-apa berlaku je..
siap lompat-lompat tak hingat atas stage tuhhh..


Sekiann hujung minggu setelah anak-anak beransur sihatt... Alhamdulillah..!
Senang hati Mama & Papa...huhu

Salam..

Petang tadi my SIL & BIL datang umah ambik barang tertinggal masa berkunjung 2 minggu lepas.
Buah tangan Yong Tau Fu, Jagung rebus dan ketang goreng cam kat bawah ni..!
Katernya beli kat pasar malam area taman umah aku..!


First time aku tengok nih...!! Tanya Abang pernah makan kerr..? Abang kata pernah nak beli tapi kena beratur panjang. My SIL/BIL kata, ni di buat dari sebiji kentang, di ulas/putar camne tah, dicucuk kat batang satay tu, salut tepung perasa kott pas tu gorengg..!

Siap tuang ngan mayones & sos..!! 2 cucuk RM 3!

Warrghhhhhhhhhhhhhh!!!! Giler 'jakun' aku first time tengok dan  rasa.. 
Ok ok laaa.. cuma rupa bentuk tu aku rasa kreatif tul laa..
kalau aku first time jumpa pun mesti teruja nak beli gak.
korang mesti gak nya dah biasa jumpa kott..!
aku je dah hujung2 tahun 2010 tu baru jumpaaa.. sadissss sadisss.. ha ha ha

Salam..

Hari ke2 Danish demam... melepekkk je kat rumah.


Layan PHDC je

Masuk hari ke-2 tu Baby sitter call cakap Dania pulak start dedor nak demam.. aduhaii.. memang dugaaann sunggguhh..! Memula ambilkan ubat demam. Malam tu tidur kiri kanan Danish & Dania. Both merengek nak tidur ngan mamanya lagipun siang Abang dah tolong jaga. So malam tu kiri tadah batuk Danish, malam tadah batuk Dania.. dengan aku2 sekali dah sakit tekak & seram sejuk huhu.


The next day bawak gi klinik check naik sampai 40 degree..! Memang kat rumah baby sitter pun melepekk je Baby sitter kate. 3rd day tu nak tak nak terpaksa minta tolong baby sitter gak jagakan.. huhu. Seb baik baby sitter pun faham & accept. 

Demam satu hal.. paling risau time demam ni tak nak makan dan tak nak makan ubatt..!!
Si Dania ni memang susahhh betul nak suruh makan ubat. Gi klinik pun Doc masuk kat ubat BUnt* je.
Balik tu Papa umpan belikan mainan kasi happy la konon..


Beli mainan Doctor set.. last2 Danish buat main gi check kat Dania.. nangis plak tak terima. Tapi diri sendiri nak main pun tak larat.. baring & tidur je.. suh makan pun tak nak.. minum susu je.. Kebetulan ada pasar malam, beli nasi ayam & bee hun sup pun tak nak. Last2 letak mangkuk kacang kuda panas2 tepi bantal suh Dania makan kalau nak.. tu jelah dia makan sket sket sambil baring dan mata pun tak nak bukak.. tangan je capai kacang kuda tu masuk mulut. sekali sekala aku suakan air.. sadisss sungguh huhu.

Moga cepat sembuhh both anak mama yek!