Salam...
Malam tadi malam ke-3 Danish tidur kat 'Bilik Danish!'..
Walaupun tidur terpaksa bertemannn sampai dia lelap.
Sebenarnya kelmarin saje ajak dia tidur situ..! Rupa-rupanya dia pun OK jee..
Semalam baru la kemaskan betul-betul bilik tu untuk Danish...

Dah lama nak belikann... 


Semalam petang pergi beraya kat rumah member, ambrynaa kat Rawangg..
Balik tu kitaorang singgah IKEA... cari aksesories untuk Bilik Danish sikit...

 
 Sampai rumah kul 10 lebih dahh.. penat-penat pun 
Danish sibuk suruh pasang terus meja yg di beli tadii..
Weekend ni ingatkan nak mengecat bilik Danish plakk..

masih tercari-cari idea lagi nak deco bilik anak bujang ku ini..
ehh.. excited la pulakkk he he he
Kalau korang ada idea ke.. apa2 website boleh usha kee.. leh la share kat sinih yekk  *wink!*




SUMBER : Harian Metro

KLANG: Menggemparkan apabila seorang lagi isteri ahli perniagaan yang dilaporkan hilang sejak setahun lalu mengesyaki kehilangan suaminya ada kaitan dengan suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.


S Jayanthi, 34, berkata suaminya, S Anpalagan, 43, hilang sejak 4 Ogos tahun lalu dan dipercayai kali terakhir dilihat berada di Banting, Selangor untuk berjumpa rakannya.

Katanya, suaminya pergi ke Banting sehari sebelumnya untuk berjumpa seorang lagi rakan mereka, namun tidak pulang ke rumah sehingga kini.

“Pada hari sama kehilangan suami, saya cuba menelefonnya namun gagal dan hanya dapat menjejaki lokasi kereta suami melalui sistem GPS yang dipasang pada kereta model Mercedes Benz milik suami.

“Kereta dijumpai di Nur Lembah Pangsun Eko Resort, Hulu Langat itu kosong dan suami saya juga tidak mendaftar masuk ke pusat peranginan berkenaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, di sini, semalam.

Bimbang dengan keselamatan suaminya, Jayanthi membuat laporan polis di Balai Bolis Bukit Sentosa, Rawang.
Dakwaan segelintir kenalannya yang mengaitkan kehilangan suaminya dengan suspek utama pembunuhan kejam itu semakin diyakini berikutan suaminya berasal dari Teluk Bunut, Banting.

“Saya tak kenal suspek tapi menurut beberapa kenalan, suami saya berkawan dengannya sejak zaman sekolah dan beberapa kali pernah dilihat berjumpa dengannya.

“Cara kehilangan suami saya yang mirip dengan semua mangsa pembunuhan itu juga menguatkan lagi sebab munasabah dia hilang,” katanya.

Menurutnya, Anpalagan mempunyai empat hektar tanah di Banting, 174 hektar ladang kelapa sawit di Rawang dan beberapa hektar tanah lagi di sekitar Ipoh, Perak dan Sungai Petani, Kedah selain sebuah syarikat kewangan dan penternakan.

“Selepas kehilangannya, saya ditipu pula oleh seorang pekerja syarikat suami saya yang memberi beberapa dokumen dipercayai dokumen tukar hak milik syarikat.

“Saya tak tahu isi kandungan dokumen itu sebab tak tahu membaca tapi selepas diyakinkan olehnya dokumen itu untuk kebaikan syarikat, saya tandatangan saja.

“Ketika dia datang menemui saya, tiada peguam bersamanya dan dia hanya memberitahu peguam yang bertanggungjawab mewakilkan dirinya untuk berjumpa saya,” katanya.

Sementara itu, Manikavasagam berkata, pihaknya dan Jayanthi akan menghantar memorandum ke Bukit Aman bagi mereka melakukan siasatan lanjut.

“Tujuan saya hanya untuk menolong keluarga Jayanthi supaya dia mendapat semula haknya yang kini dilarang mendekati pejabat suaminya.

“Saya juga berharap polis akan menyiasat siapa peguam yang menyiapkan dokumen itu dan lihat jika ia suspek utama atau tidak, selain melakukan serbuan ke dalam pejabat itu jika perlu,” katanya.

Difahamkan, pihaknya akan menghantar memorandum itu Isnin ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi dihubungi mengesahkan laporan kes berkenaan.


KAITAN SUSPEK DENGAN KES LAIN

1) Kes kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga yang lain.

2) Kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja Allal Kanthan dari Chennai, India.

3) Kes kehilangan ahli perniagaan dari Sungai Petani, Kedah, Mohd Shafik Abdullah dan seorang rakannya.

3) Turut dikaitkan dengan satu lagi kes pembunuhan membabitkan seorang wanita yang mati ditetak di hadapan rumahnya di Banting, tahun lalu.

4) Disyaki mempunyai kaitan dengan kematian seorang pekerja di Unit Perancangan Setinggan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), K Celladuran, 50, yang ditembak dua lelaki di hadapan rumahnya di Jalan 40, Selayang Baru, pada 8 Mac lalu.




Salam Raya..
Ahaa.. cepat-cepatt...!! Panas panas...!!! Opsss...
Dah masuk minggu terakhir Raya dahh.. Hari ni kena kerja lak sampai petang tadi.. tak sempat nak wat entry.
Pagi=pagi lagi dah bangun masak sarapan & lauk tengahari siap-siap sebelum gi kerja. Esok ada 3 open housee lakk.. ngeh ngeh ngehhh!!

Okehh... sapa-sapa yang tak ada kerja hujung minggu ni apa kata join contest ni sambil tambah2 duit pokett.. he he he

Contest 
JIKA AKU DAPAT RM10 000 !! @ Contest


Nak tahu lebih lanjut.. boleh layari blog


$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Good luck babehh!!