Aha.. hari ni pun aku ada 3 rumah nak di terjah... *peaceee...!*
Hari ni nak buat entry pasal Panduan membeli nombor kenderaan...
Untuk rekod setakat ni dah 2 kali aku beli nombor kenderaan dan kali ni aku nak share panduan bagaimana nak membeli nombor kenderaan okeh..!
Sebenarnya membeli nombor pendaftaran kenderaan sangatlah tidak sukar. Lebih mudah dari anda berurusan dengan runner kerana jika nombor yang di pilih tidak ada anda segera boleh membuat pilihan lain dan sudah tentu tidak ada bayaran tambahan. Ketika saya hendak membeli nombor ini runner menawarkan nombor yang saya pinta dengan harga RM 410 sedangkan saya boleh beli sendiri dengan harga RM 210 :D. (NOTE : RM10 adalah bayaran perkhidmatan)
Okehh.. berikut ialah Panduan membeli nombor pendaftaran kenderaan.
1. Mula-mula check dulu apakah nombor kenderaan terkini dari Laman Web Rasmi JPJ KLIK SINI
2. Dari senarai tu pilih lah nombor yang di ingini. Biasanya nombor kenderaan yang di boleh di beli ni ialah saki baki nombor-nombor yang telah di tender/tempah. Nombor-nombor dalam kategori tender seperti nombor-nombor bernilai utama ( 1 -10 ), nombor-nombor menarik ( 17,77, 777, 7777 etc) dan nombor-nombor popular (Nombor kapit e.g 2772. nombor kahwin e.g 7272). KLIK SINI. Selain dari nombor-nombor ni kita boleh beli terus dari kaunter JPJ dengan bayaran RM 210 sahaja.
3. Download borang Permohonan nombor pendaftaran kenderaan dari laman web rasmi JPJ ni. Print dan isi siap-siap kat rumah.
4. Sediakan salinan IC anda dan lebih baik jika bawa salinan resit pembelian/tempahan kenderaan anda. Sediakan wang RM 210.
5. Pergi ke cawangan JPJ utama di setiap negeri. Contoh kalau untuk Wilayah Perseketuan ialah di Wangsa Maju. Pergi seawal pagi. JPJ di buka 7:45 pagi. Kami gerak dari rumah seawal pukul 6:45 pagi dan sampai kira-kira pukul 7:50 pagi.
6. Naik ke tingkat 1, JPJ Wangsa Maju dan ambil nombor giliran di kaunter pertanyaan terletak di sebelah kiri pintu masuk. Borang membeli nombor juga boleh di dapati di sini. Perhatikan senarai nombor terkini dari Skrin monitor kerana nombor terkini mungkin lebih advance 1000-2000 nombor berbanding update di laman web JPJ petang sebelumnya. INGAT ! :Sediakan sekurang-kurangnya 10 nombor pilihan anda..! Just in case jika nombor yang anda idamkan dah di sambar orang lain..!
8. Walaupun running number pada waktu itu ialah 2000 - 4000 dan nombor yang kami beli adalah dalam range 7000 ++, hanya RM 210 di kenakan. Buat pembayaran RM 210 di kaunter dan satu resit akan di keluarkan mengandungi maklumat seperti yang tertera di bawah. Urusan pembelian nombor kenderaan selesaii..!! Mudah sahaja bukan!
9. Sekarang serahkan resit pembelian nombor pendaftaran itu kepada agen anda untuk proses selanjutnya iaitu pendaftaran kereta dan cukai jalan. Anda sudah pun boleh memiliki nombor pilihan anda..!
Moralnya cuma 5 langkah
1. Pilih nombor pilihan
2. Download dan isi borang
3. Sediakan wang RM 210 dan pergi ke kaunter JPJ (awal pagi!)
4. Ambil nombor giliran, pilih nombor bila giliran di panggil dan buat pembayaran
5. Serahkan resit pembelian kepada agen untuk urusan pendaftaran
Selesaiii...!!
Nak tau orang kaya sanggup berabis banyak mana beli no plat ...?
KCT 1
TAN 1







