Salam...
Nak update activity masa pergi Melaka hantar my BIL, Iwan ke ALAM baru-baru ni.

Seawal sesudah subuh aku dan Abang dah gerak ke rumah Along. Bibik pulak 'Annual Leave', so hantar bibik ke rumah Mak sedaranya.

Sampai rumah Mak Long kul 8 pagi. Dindong-dindong kul 9 lebih baru gerak gi Melaka. Sampai sana tak terus hantar Iwan, meraung karangg kalau di hantar terus sebab sah-sah lah yg tukang hantar nak meronda-ronda kat sekitar bandar Melaka... he he he.
Kul 11 pagi dah sampai Bandar Melaka. First place singgah A Famosa. 
Posing skett.. sayy "cheesee.....!" He he

 Jalan-jalan sekitar area tu... lain-lain - gambar menceritakan segalanyer he he



Dania yg meraung takut amek gambar sorang2 depan meriam..! ha ha
Ni panjat kubu atas bukit kat belakang A famosa tuh.

Candid gambar budak 2 ni yg ralit tengok musician main gitar kat tepi tuh

 Dania " Ooo My God ! mana Mama ..? " 
Aiii... tak nampak ke Mama duk depan ni amek gambarrr Dania oiii..? Tau la Mamanya 'kecik' je sampai tak nampakk.. ha ha ha
 Posing lagi..
Posing gedikkzzz plakkk ha ha

 Akhirnyaa.. sampai gak ke Akademi Laut Malaysia (ALAM)

Puas meronda, sempat lunch kat Mc D dataran Pahlawan baru lah gi hantar Iwan. 
Perasan tak Iwan dah ' bertukar rupa ?' ha ha

On the way balik operasi cari Keli Salai...
  



Seb baik ada gak rezeki nak merasa. Dapat beli 1/2 kg je.. yang lain dah habis di booking orang. Makan cecah air asam or buat lemak cili padi memang melotoppp nihh!

Misi mencari Ikan segar

Yang kaler biru tu IKAN BAYAN. 1 kg RM35 ! Kaler biru stricking...!

First time aku tengok dan beli... Along kater isinya macam ketamm.. mesti best nih! Neves aku di buatnya nak masak apaa... hu hu  

 Nampak tak laut kat belakang tu...? haaaa.. Ikan2 ni memang segar dari lautt.. harganya pun bleh tahan laa.. hu hu

Misi mencari Kupang segar plakk.. 

Kupang ni sampai rumah terus basuh dan masakk..! Resepi belajar dari Along gakk. .memang mervellouss..!!

 OTW balik tu jugak  lalu kat depan rumah yang terbakar.. First time aku tengok rumah yg terbakar dan sedang di jilat api LIVE.

Kereta  bomba penyelamatt

Habis rentung rumah orang tu.. sampai ke dapurr.. dah la rumah yer besarr...
siannn tuan rumah. Dah la nak raya plak lagi... moga di beri kemudahan mengahadapi segalanya...

Lepas tu terus balik rumah. Sepanjang gi Melaka hari ni, macam-macam yg dapat di singgah, di lihat, di rasa.. Best..! Terima kasih semua !

Salam...

Hari ni terbaca kat paper. Apabila Akta Perihal Dagangan 1972 di luluskan nanti sebarang terhadap salah guna sijil Logo Halal Palsu akan di kenakan tindakan yang lebih tegas iaitu denda sehingga RM1 juta...! 

Ha baguslaa kalau macam tu . Lega sikit dengar. Lepas ni kalau ada mana-mana pihak yang 'suka menipu' & putar belit alam asalkan dapat untung berlipat ganda.. bersiap sedialah dengan RM1 juta tu kalau nak 'selamat' !! ha ha. Don't play play okeh. Jangan ingat nak untung jee.. sendiri mau ingat aa lepas nihh ! And hopefully penguatkuasaan pihak JAKIM jugak lebih mantap lepas ni.... serbu jangan tak serbu...!

Apapun baca berita selanjutnya :

Sumber : Berita Harian
2010/08/02


credit : google

KUALA LUMPUR: Pengusaha restoran boleh dikenakan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali, sekiranya didapati melakukan penipuan dalam sijil dan logo halal.

Syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM1 juta, atau kedua-duanya sekali, jika melakukan perbuatan sama.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Parlimen meluluskan pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972."Kementerian sedang dalam proses membuat pindaan ke atas Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi selepas kementerian membentangkan akta ini yang kita jangka akan dibuat pada sesi Oktober yang akan datang ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 di Dewan Negara hari ini.

Akta sedia ada memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi pesalah individu, manakala syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ismail Sabri berkata, selepas pindaan akta itu, pihak yang didapati mengulangi kesalahan sama, tempoh hukuman penjara ditambah kepada 10 tahun manakala denda pula dinaikkan kepada RM1juta.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata menerusi pindaan akta tersebut, hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)dan jabatan agama Islam di setiap negeri dibenar mengeluarkan logo halal. 
"Apabila diluluskan kelak (pindaan Akta Perihal Dagangan 1972), cuma satu sahaja autoriti yang boleh keluarkan sijil halal iaitu JAKIM dan jabatan Islam negeri (JAIN).

"Selepas ini, tidak ada lagi syarikat yang keluarkan sijil halal dan ini juga termasuk kepada produk halal dari luar negara," katanya.

Beliau berkata, pindaan akta berkenaan juga bakal memperluaskan fokus kementerian dan Jakim kepada produk lain termasuk kosmetik, barangan keperluan harian dan sebagainya.

Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 kemudiannya diluluskan. - BERNAMA 
Salam..

Kelmarin balik dari Melaka dapat beli Kupang segar kat tepi-tepi pantai. 
Sampai rumah terus masakk..! Beli 3 kg, masak 1.5kg!

Memang puasss makann... freshh, maniss...yummy yummyyy!!
Resepi belajar dari Mak Long. Memang besttt gillerrr..
Leh tengok kat sini gak sweet@recipes