Salam...
Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............!! Akhirnya
SPAIN menjuarai
PIALA DUNIA 2010 dengan sepakan kemas dari
Iniesta ke gawang goll pada minit ke 116 sekaligus memadamkan hasrat pasukan lawan, Netherlands untuk bergelar JUARA. Dengan itu juga
Paul Octopus akan mendapat habuan 'Bonus' 12 bulan di atas ketepatan 100% ke'betul'an ramalan2 nyer sepanjang FIFA 2010! Barangkali lepas ni ramai akan cuba ternak Sotong Kurita bagi persediaan FIFA 2014 pula nanti ha ha!
SPAIN on top of the world!
Senarai pemenang AWARD
Yang paling kecewa.... sabar ye dik!
Tahun ni jugak FIFA pasti meninggalkan 'kenangan' buat kami. Sebelum Piala Dunia start ASTRO box kitaorang dah mula menunjukkan tahap ke'sewel'an yang agak terlampau. 2-3 siaran tempatan mula tak dapat siaran... kadang2 siaran hilang. Mula-mula ingatkan TV yang weng... tapi bila cek memang confirm la Astro Box tu yang weng. Memula Abang dah propose suh terminate akaun Astro atas nama aku, register atas nama Abang plak supaya dapat Astro Box baru.. tapi takut pulak dalam proses terminate & register tu langsung tak berAstro plak tengok Piala Dunia karang..! So tak jadik...
Gambar 3 tahun lepas
Lepas tu ntah camner... seminggu dua lepas bila kuar gi window shopping... memang akhir-akhir ni kalau singgah kedai letrik mesti makan unit 'jam' Abang interview sales promoter bertanya pasal TV. Aku pulak langsung tak ada niat nak 'simpan' TV kesayangan aku ni... maklumla TV ni '
TV Hadiah Kawen' kitaorang 6 tahun lepas... dah banyak berjasa....sayanggggggggg gillerrrrr wehhh..!! Di tambah pulak TV ni selain jadi tempat menonton, kadang-kadang jadi playground Danish..!! Seb baik TV tu gabakk... di panjat pun tak tergolekk.. kalau nipis..? hisshhhh!!! Lagipun rumahku yang sekangkang kera tu tak de space nak gantung banyak2 objek kat dinding. Mengingatkan perkara-perkara tu lah yang memadamkan hasrat dan keinginan aku nak ganti TV baru yang serba di nipis tuh hu hu.
Dan seminggu dua lepas gak... bila pergi
Sen-Q IOI, sedar-sedar dah melepak kat situ nak dekat 2 jamm... ! Aku leka melayan Avatar... Budak-budak pun huru hara dah.. dah naik boring tengok Cartoon 3D kat display set, main plak kat
Boot Champ Toys Story 3 dah macam kat umah sendiri. Abang plak masih interview dan di interview olah mamat-mamat Sales Promoter senQ.Aku dalam hati,
aaaiii... Abang ni cam tak nak balik jeee.... dan sedar-sedar, ntah apa yang di sambar kat SenQ hari tu sampai melayakkan kitaorang dapat Cenderahati
Boot Champ Toys Story 3 tu...!! A ha ha...!!
So apalagi, the next Monday terus Abang suh aku tepon ASTRO mintak upgrade kan package kitaorang ke
ASTRO B.yond..! Yesszaaa.. cara paling pantas nak 'repair' Astro box kitaorang yang dah 6 tahun berjasa tu. Maka aku dengan penuh semangatnyer terus la call Astro pagi Isnin tu. Yang kelakarnya, masa call tu tak teringat plak aku hold 2 nama.Confident je suh operator upgrade tak tanya2 pun akaun yang mana. Seb baik Operator tu mintak no Card Astro dan S/N Astro Box. Bila nak update balik information tu pada Astro baru sedar rupa-rupanya aku upgrade package untuk Mak & Ayah aku kat kampung..!! Seb baik sedarr.. kalau tak memang 'haru' la, lain set di apply lain set yang di upgrade dan mesti orang kampung jugalah yang paling gumbira !! Ha ha ha. Danish pulak sejak ada TS3 punya boot camp tu kat umah, 2 malam pertama tidur dalam Boot Champ TS3 tuh..! Sanggup! haha
sanggup tidur sorang2 dalam khemah
Anyway... malam tadi jugak first time Danish ikut serta tengok FINAL Piala Dunia pagi buta! Dan kitaorang pun merasa jugaklah tengok Piala Dunia dgn latest technology, Full HD
*OK.. not so latest.. TERlatest 3D*.. Memang terasa 'nikmat'nya. Super clear! Tu la.. orang lain dah lama tukarr... kitaorang baru nak merasa.. isk isk isk. TV lama aku 'naik'kan pangkat untuk masuk bilik master hu hu.
Danish : "Danish suka yang kaler biru (SPAIN) tu..!"
Juadah 'pagi' ~ Mee/bee hun sup & Nescafe O
Danish makan mee sup sampai 2 pinggan
Anyway just nak share info. Charge utk upgrade ke Astro
B.Yond standard ialah
RM20 sebulan.
Installation totally FREE. Astro akan upgrade Astro Card, Astro Box B.Yond termasuk piring Astro tu PERCUMA. Jika mahukan dengan fungsi yang boleh rakam iaitu
B.Yond PVR, charge
bulanan RM30 dan
installation fee RM300. Jika upgrade, kesemua device/card lama akan dipulangkan semula ke Astro.
Astro B.Yond Standard
Astro B.Yond PVR
Memang puas hati menonton
Full HD version especially AXN pun terkategori dalam channel HD bak kata Abang, peluh pun nampak! Anyway dengan
kemenangan SPAIN dan kehadiran 'baby' baru dalam rumah ni nampaknya lepas ni aku ada lebih banyak sebab untuk jadi penyokong
BARCELONA or
REAL MADRID ! Ha ha
Sekian al kisah...