Salam...

Yeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaa..............!! Akhirnya SPAIN menjuarai PIALA DUNIA 2010 dengan sepakan kemas dari Iniesta ke gawang goll pada minit ke 116 sekaligus memadamkan hasrat pasukan lawan, Netherlands untuk bergelar JUARA. Dengan itu juga Paul Octopus akan mendapat habuan 'Bonus' 12 bulan di atas ketepatan 100% ke'betul'an ramalan2 nyer sepanjang FIFA 2010! Barangkali lepas ni ramai akan cuba ternak Sotong Kurita bagi persediaan FIFA 2014 pula nanti ha ha!
SPAIN on top of the world!

Senarai pemenang AWARD


 Yang paling kecewa.... sabar ye dik!

Tahun ni jugak FIFA pasti meninggalkan 'kenangan' buat kami. Sebelum Piala Dunia start ASTRO box kitaorang dah mula menunjukkan tahap ke'sewel'an yang agak terlampau. 2-3 siaran tempatan mula tak dapat siaran... kadang2 siaran hilang. Mula-mula ingatkan TV yang weng... tapi bila cek memang confirm la Astro Box tu yang weng. Memula Abang dah propose suh terminate akaun Astro atas nama aku, register atas nama Abang plak supaya dapat Astro Box baru.. tapi takut pulak dalam proses terminate & register tu  langsung tak berAstro plak tengok Piala Dunia karang..! So tak jadik...

Gambar 3 tahun lepas

Lepas tu ntah camner... seminggu dua lepas bila kuar gi window shopping... memang akhir-akhir ni kalau singgah kedai letrik mesti makan unit 'jam' Abang interview sales promoter bertanya pasal TV. Aku pulak langsung tak ada niat nak 'simpan' TV kesayangan aku ni... maklumla TV ni 'TV Hadiah Kawen' kitaorang 6 tahun lepas... dah banyak berjasa....sayanggggggggg gillerrrrr wehhh..!! Di tambah pulak TV ni selain jadi tempat menonton, kadang-kadang jadi playground Danish..!! Seb baik TV tu gabakk... di panjat pun tak tergolekk.. kalau nipis..? hisshhhh!!! Lagipun rumahku yang sekangkang kera tu tak de space nak gantung banyak2 objek kat dinding. Mengingatkan perkara-perkara tu lah yang memadamkan hasrat dan keinginan aku nak ganti TV baru yang serba di nipis tuh hu hu.


Dan seminggu dua lepas gak... bila pergi Sen-Q IOI, sedar-sedar dah melepak kat situ nak dekat 2 jamm... ! Aku leka melayan Avatar...  Budak-budak pun huru hara dah.. dah naik boring tengok Cartoon 3D kat display set, main plak kat Boot Champ Toys Story 3 dah macam kat umah sendiri. Abang plak masih interview dan di interview olah mamat-mamat Sales Promoter senQ.Aku dalam hati, aaaiii... Abang ni cam tak nak balik jeee.... dan sedar-sedar, ntah apa yang di sambar kat SenQ hari tu sampai melayakkan kitaorang dapat Cenderahati Boot Champ Toys Story 3 tu...!! A ha ha...!!


 So apalagi, the next Monday terus Abang suh aku tepon ASTRO mintak upgrade kan package kitaorang ke ASTRO B.yond..! Yesszaaa.. cara paling pantas nak 'repair' Astro box kitaorang yang dah 6 tahun berjasa tu. Maka aku dengan penuh semangatnyer terus la call Astro pagi Isnin tu. Yang kelakarnya, masa call tu tak teringat plak aku hold 2 nama.Confident je suh operator upgrade tak tanya2 pun akaun yang mana. Seb baik Operator tu mintak no Card Astro dan S/N Astro Box. Bila nak update balik information tu pada Astro baru sedar rupa-rupanya aku upgrade package untuk Mak & Ayah aku kat kampung..!! Seb baik sedarr.. kalau tak memang 'haru' la,  lain set di apply lain set yang di upgrade dan mesti orang kampung jugalah yang paling gumbira !! Ha ha ha. Danish pulak sejak ada TS3 punya boot camp tu kat umah, 2 malam pertama tidur dalam Boot Champ TS3 tuh..! Sanggup! haha
sanggup tidur sorang2 dalam khemah

Anyway... malam tadi jugak first time Danish ikut serta tengok FINAL Piala Dunia pagi buta! Dan kitaorang pun merasa jugaklah tengok Piala Dunia dgn latest technology, Full HD *OK.. not so latest.. TERlatest 3D*.. Memang terasa 'nikmat'nya. Super clear! Tu la.. orang lain dah lama tukarr... kitaorang baru nak merasa.. isk isk isk. TV lama aku 'naik'kan pangkat untuk masuk bilik master hu hu.


 
Danish : "Danish suka yang kaler biru (SPAIN) tu..!"

Juadah 'pagi' ~ Mee/bee hun sup & Nescafe O

  
Danish makan mee sup sampai 2 pinggan

Anyway just nak share info. Charge utk upgrade ke Astro B.Yond standard ialah RM20 sebulan. Installation totally FREE. Astro akan upgrade Astro Card, Astro Box B.Yond termasuk piring Astro tu PERCUMA. Jika mahukan dengan fungsi yang boleh rakam iaitu B.Yond PVR, charge bulanan RM30 dan installation fee RM300. Jika upgrade, kesemua device/card lama akan dipulangkan semula ke Astro.


Astro B.Yond Standard
Astro B.Yond PVR


Memang puas hati menonton Full HD version especially AXN pun terkategori dalam channel HD bak kata Abang, peluh pun nampak! Anyway dengan kemenangan SPAIN dan kehadiran 'baby' baru dalam rumah ni nampaknya lepas ni aku ada lebih banyak sebab untuk jadi penyokong BARCELONA or REAL MADRID ! Ha ha


Sekian al kisah...
 Ahaa... Germany akhirnya berjaya menundukkan Uruguay dan menduduki tempat ke-3 Piala Dunia 2010. Barangkali terbantut sudah niat penyokong2 Jerman nak 'menggoreng' Paul, si Sotong Kurita tu sebab menang pagi tadi ha ha ha! Yang bestnye Perdana Menteri SPAIN pun sanggup menawarkan perlindungan peribadi ke atas Paul tuh!!! Perrghh... Sotong pun ada pengawal peribadi beb gara-gara ugutan penyokong2 pasukan negara yang kalah nak membunuh dan menggoreng dan ada jugak yang mengidam nak buat Sushi! ha ha ha..!!! Apapun Paul pun dah nak pencen dahh... umurnya dah 2 tahun setengah.. lagi setengah tahun lagi nak habis dah jangka hayatnyerr.. hu hu hu. Okeh tu selingan je...


Ni sebenarnya nak cerita pasal Dania. Dania ni memang 'HANTU' makan buah..! Nak suh makan nasi kekadang susah betul! lagi suka makanan yang bukan makanan ruji kat Mesia ni! hu hu. Contoh suka makan mee... finger food... JAJAN lagi tok sah citer laaa... dan buah memang hantu betul! 

Kelmarin Abang beli durian 5 biji... semalam lepas maghrib bila aku turun ke bawah *living* tengok Dania dah tergolek tertidur kat atas sofa dengan biji durian masih kat tangan! Aku tanya Mak Long nyer, Mak Long nyer pun terkejut tengok Dania dah tertidur sambil tengah makan duriann!!! Saborrr je laaaa...

Mak long kata memang Dania yang request nak makan durian tu.. dapat gak makan 3-4 ulas sorang... lepas tu sedar-sedar dah lena sambil biji durian kat tangan.. mulut masih bersisa duriann...! 

Bila aku nak ambil buji durian tu nak buang Dania genggam kuat-kuat tak kasi aku ambil tapi mata pejamm..!! Aduhaiii anak dara sorang nih.. hu hu hu
Ni pulak peel abangnyer.. suka sangat bertenggek kat belah belakang cam tu....! Haiii... anak bujang sorang nihh.. hu hu hu
Aha... malam ni Uruguay akan menentang Germany untuk menentukan kedudukan ke-3 & ke-4
Dan malam esok pula perlawan akhir Piala Dunia 2010 , Spain menentang Netherlands untuk menentukan pasukan negara manakah yang akan di nobatkan sebagai
JUARA PIALA DUNIA 2010 !

credit : CNN

So apa kata peramal Paul Octopus si Sotong Kurita ni tentang bakal JUARA PIALA DUNI 2010 ? Yaaa... Pak cik Sotong ni 'meramal'kan SPAIN akan menundukkan Netherlands malam esok!  Ha ha. Macamana membaca ramalan si sotong kurita ni ialah berdasarkan cover cube Negara mana yang di bukanya dahulu..hu hu. ! Dah kalau cube tu memang letak depan dia sah-sah la yang kat depan mata tu di buka dulu ya dakk..?

Ahaa... apapun aku pun bukan ler percaya sangat... hisshhhh..! Saje la tumpang-tumpang seronok glamer Pak Cik Sotong nihh.. 'kebetulan' pulak dah berkali-kali si sotong ni punya ramalan betul la plakk..  Kena pulak agaknya pemain2 yang di ramalkan kalah tu dah set mind plak dalam kepala 'akan kalah' bila dengar ramalan Pak cik sotong ni.. kaf alif fa ya ro ni kan memang suka sangat percaya benda2 syirik ni kann.. haa mau nyer tak kalah betul! ha ha.

Apa pun kita tunggu dan lihat keputusannya malam esok okeh! Tungguuuuuuuuuu.......................!!!