Salah sebuah lagu nyanyian Aizdean yang menjadi soundtrack salah sebuah Anime Jepun.

Nak dengar yang lain ?



もう一度・・・One more time


Aha... tiba-tiba rasa semua orang mula memperkatakan tentang Aizdean, seorang graduan di bidang kejuruteraan dari salah sebuah University di Tokyo, Jepun tajaan JPA yang menceburi bidang nyayian dan telah berjaya menghasilkan album di negara matahari terbit tersebut.

 Aku tahu pasal mamat ni 3 bulan lepas masa salah sorang ex-office mate aku tgh buat preparation nak gi further study ke Tokyo gak. Then since last week, terbaca entry pasal Aizdean ni dari Beautiful Nara dan minggu ni geng-geng batch aku pun sibuk memperkatakan pasal Aizdean nih. Masing-masing selidik kohai (junior) siapa, U mana kat Jepun nu.? Macam tu laa.. bila dah mula terkenal semua orang cari 'link' asal-usul he he he.

Okeh kat sini aku cuma nak share few links yang memperkatakan pasal Aizdean. Boleh dengar preview album dia dari official website & blog dia sendiri.


Official Website : 


Official Blog



Antara pencapaian beliau yang memberansangkan bak kata Mama Murai :

Buktinya album terbaru beliau, “I Need You Baby / One” pernah menduduki tangga ke-7 dan ke-14 dalam carta Rekochoku. Dan latest, lagunya menjadi lagu tema salah satu anime terkenal Jepun. Superb.. Sesuatu yang luar biasa untuk artis baru sepertinya. 


Nak tahu lebih lanjut boleh layari link-link di bawah :


Caya laa..!
Baru tahun lepas aku sambar sebijik 1 TERABYTE External HDD.
Sampai hari ni belum luak 30% pun lagi space external HDD aku tu... Rupanya sekarang kat pasaran dah keluar 1 PETA Byte iaitu bersamaan 1024 TERA Byte !! Perrghhhh!!! Kalau dapat kat aku ni ntah tahun bila nak khatam..!

kesimpulannyer :

1 GB = 1024 MB
1 TB = 1024 GB
1 PB = 1024 TB

Layan visual di bawah

credit : moxy




Perrghhhh....!! Baca tu.. 1 PETABYTE consist of MILLION GIGABYTES! Lebih best lagi kalau dengan kehadiran PETA bytes HDD kat pasaran, google inc pun offer FREE account limit dari 1 GB kepada 1 TB kat blog account nih..! Tak yah la susah2 aku resize gambar lagi nak jimat space... memang bestt! he he he