Happy belated Teacher’s Day !! 
Boleh gitu..? Isk isk isk.. ingatkan bufday je belated, ni Hari Guru pun nak di'belated' kan.. adoiiiii...

Al kisah masa Teachers Day Ahad lepas aku kerja.. pulaknya malam sebelumnya Papa Danish baru balik dari outstation. So hari Ahad pagi tu masak-masak dan tengahari terus pergi ofis. So hari tu tak sempat la nak arrange apa-apa utk Teachers Day.



So last weekend baru la sempat nak terjah menerjah dan prepare something. Last year tolong Danish buat Greeting Card. This year since Danish exam so buat activity yang lebih ringkas. Danish confirm la yang paling excited bila part nak pilihkan gift untuk Teacher dia. Ada 4 teacher berdasarkan jadual kelas. Pengetua Ms Gaury, Guru kelas @ peberet teacher Ms Shima dan 2 orang lagi guru subject. Danish sendiri yang  pilihkan item/corak mana utk Teacher yang mana. 


Bila part nak wrapping Danish la yang paling sibuk “Mama.. Danish nak tolong mamaa.. Danish nak tolong Mama..!” Sibuk nak pegang gunting nak gunting wrapping paper. Oh bahaya bahaya. Mamanya bagi can dia gunting sekali je sebab lepas tu adiknya pun sibuk nak mengunting kertas jugak. Lepas tu tulis message untuk Teacher. 2-3 helai jugak la message paper nyer ‘reject’ gara-gara tersalah tulis.. hu hu. Siap tulis message Danish jugak yang excited tampalkan message paper tu kat gift2 utk teacher. Memang Danish seronok & bersemangat sangatt buat!


Hasil tangan Danish

Apa pun Selamat Hari Guru (belated) buat semua guru-guru di Malaysia.. terutama guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar aku dari sekolah tadika sampai la tamat pengajian. Jasamu akan tetap ku kenang… Semoga kalian sentiasa diberi keberkatan dan kelapangan hidupp aminnnn....

Buat guru-guru Danish@Krista especially Ms Gaury & Ms Shima, Terima kasih atas tunjuk ajar, motivasi dan dorongan kepada anak bujang kesayangan kami, Danish. Semoga Danish terus membesar dengan cemerlang.

Oh ya, minggu ni Exam week Danish kat school. Semoga  Danish dapat menjawab dengan baik. Kali ni rasanya exam Danish lebih mencabar dari tahun lepas. To Danish :

Ganbatte kudasai (good luck) !!

Perasan tak google menjadikan Pac Man game sebagai google banner sejak kelmarin ? Sebenarnya ianya bersempena sambutan ulangtahun ke-30 Pac Man game pada 22th May 2010 yg lepas ( 1980~ 2010).


Mengikut rekod (Wikipedia), Pac Man kali pertama diperkenalkan pada 22th May 1980. Game ini asalnya di reka oleh Toru Iwatani dan dibangunkan bersama oleh Shigeo Funaki (舟木茂雄) & Toshio Kai (甲斐敏夫) – Muzik latar.


screen shot Pad Man versi asal 

Pac Man adalah salah satu game yang pernah menjadi lagenda dan kegilaan serta melahirkan fenomena sosial pada era 80-an. Seingat aku, merasa jugak main game Pac Man ni ketika di bangku sekolah menengah (awal 90-an). Itu pun main kat Makmal Komputer Asrama. Masa tu zaman-zaman guna 3.5 inc floppy drive dan tak silap mouse pun belum di perkenalkan lagi. Yang paling aku ingat sebab tahun  tu aku & geng2 kumpulan aku bertanding sengit dengan kumpulan Abang sempena Pertandingan Grafik yang di anjurkan oleh pihak Asrama. Buat grafik presentation berkisar tentang masalah alam sekitar secara global dan terpaksa buat program nak jalankan each slide tuh. Waktu tu takde lagi Ms Power Point bagai, teknologi mouse pun belum ada. Semua base pada program semata-mata. Penyudahnya kumpulan Abang muncul JUARA dan kumpulan kitaorang sekadar menduduki tempat ke-2 ! kuyashi!! *keciwa..! ops terinterframe plak* ha ha. 


Seingat aku lagi kali pertama merasa teknologi 'mouse' sekitar tahun 1993/94, zaman-zaman Windows 3.0/3.1 mula diperkenal. Itu pun sebab ada 'komputer baru' dekat perpustakaan asrama! Masa tu memang teruja giler tengok cursor tu sangat dengan mudahnya boleh bergerak sana sini untuk klik menu & icon kat desktop. Kalau tidak, masa zaman-zaman MS-DOS nak ON PC kenalah  insert start up Disk kat Drive A untuk keluarkan A prompt dan kalau ada apa-apa software lain nak run kena pulak insert floppy disk kat Drive B. Lepas tu terpaksa type command untuk setiap action kui kui kui. Ala... zaman-zaman Wordstar, DBase III Plus &  Lotus 1-2-3 dolu-dolu tuh!


Berbanding berbelas tahun dulu, hari ini anak bujang aku si Danish.. seawal umur 4 tahun dah pandai ON komputer, login dan cari game. Sekarang ni sejak rumah dah berinternet 24jam &  PC pun dah ada login account khas untuk dia, pandai dah Danish search online game sendiri. Biasanya Abang akan bagi keyword untuk di search dan Danish pandai search sendiri kat google atau you tube. 


Favourite movie Danish, Tom & Jerry dengan Upin & Ipin. Favourite game, all types of racing game - cars & motobike. Selain tu his favourite education online series ialah Disney Channel & starfall




Dan sebenarnya lagi, aku sendiri pun tak perasan yg banner Pac Man tu rupanya boleh main online kalau tak tengok Danish main! Ha Ha Ha!







Salam ..

Aha.. kali ni nak kongsi petua macamana nak jimat space blog anda supaya boleh buat beribu2 entry dan boleh upload beribu-ribu lemon gambar sesuka hati ke dalam blog. Mungkin ada yang dah tau.. tapi kalau yg belum tau mari saya ceritakan serba sedikit.

Mungkin banyak software yang boleh resize gambar terdapat dalam pasaran. Tetapi yang selalu saya gunakan untuk resize gambar safu folder one shot (sekaliharung) di kenali sebagai PIXresizer.


Software ni boleh didownload secara percuma melalui laman web rasmi 

Caranya mudah je. Cuma perlu download dan install ke dalam PC. Kemudian run software. Pilih folder gambar & pilih juga folder utk simpan gambar yg dah di resize. Pilih size dan format file. Then klik saja 'Save file'. Bergantung kepada saiz dan jumlah gambar, proses mengecilkan size gambar anda siap sekelip mata. Sangat mudah dan jimat masa!

Nak tahu lebih lanjut macamana nak guna software ni ? Sila layari