Salam..

Bosan kepada template blog sedia ada..? Tak sanggup bina semula kerana remeh nak add in and adjust semula widget? Terbaru kawan-kawan boleh la cuba login ke Blogger in draft. Banyak features baru yg di bangunkan oleh blogspot team untuk para bloggers lebih kreatif membina dan menghias laman blog sendiri.

Secara amnyer Blogger in draft membolehkan kita menukar template, background, layout and font dengan lebih mudah. Yang paling menarik, blogger boleh melihat perubahan secara 'live' kepada template yang di ubah suai sebelum mengaplikasikannya ke template sedia ada. Tapi awas! jangan lupa untuk back up template sedia ada sebelum mula mencuba design baru! Atau sebaik-baiknya create satu testing account dan import akaun sedia ada ke testing akaun baru untuk uji kaji !

Ingin tahu lebih lanjut ? Sila layari gallery baru saya di sweet@Tips nTricks.
Jumpa anda di sana....!!!
 
Big Apple Donut celebrate 3rd years anniversarry tahun ni... aku plak tak pernah rasa terhingin pun nak makan donut nih tak kira la dunkin donat ke apa apa nat nat ni sebab tahu ianya manis sangatt..! Rasa bleh pening kepala makan manis-manis sangat nihhh...

Tapi ntah sejak bila dan kenapa... sejak awal tahun ni tetiba TER'seru' plak nak merasa Donat Big Apple nihh... sekali aku beli kat SACC... rasanyerrr.. tepung donat yang lembut, perasa yang pelbagai, manis nikmat diet tak hingat di tambah plak taburan  kacang2 yg rangup... perrghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
 memang mencengkam kalbu dan buat aku terhingat hingattt cik donat nat nat nat nih.. kui kui kui.

Yang paling jadi peberet ialah segala yg di tabur kan kekacang especially kuaci tuhhh!! Adusssss.. sekali makan memang terhingat hingattt sampai sudahhhh ha ha ha.

Maka tu jugak.. sejak 2 minggu lepas je dah 4 kali aku berulang alik beli Donat Big Apple nihhh.. dan 2 kali antaranya seperti dalam gambarrr.. kesian aku, orang lain makan dah nak muntah, aku baru terhinggin! sabor ja lahhh ha ha ha.

Just nak share, harga dari RM2.30/pc. RM12.50 / 6 pcs and RM23 /12 pcs.

Yang pasti bila dapat beli donat yg pelbagai perisa/kaler tuh memang hati aku berbunga bunga gembiraaaa.. tak sabor nak rasa tiap2 satu donatt bak kata Big Apple ! every piece is master piece!

Buat para peminat Big Apple Donut, sekarang nih tengah berlansung peraduan sempena 3rd anniversarry Big Apple Donut. Setiap pembelian RM15 akan dapat satu borang penyertaan.. hadiah berupa pakej2 perlancongan dan wang tunai! So kalau ada tersinggah dan terbeli donut bleh la masuk peraduan ni sekali. Mane la tau ada rezeki menang peraduan plak kan!

Apapun, Selamat menyambut Hari Pekerja kpd kengkawan sekaliann.....!
selamat berhujung minggu dan selamat berehatt!

p/s: Kami ke Ipoh esok pagiii ada hubby's company nyer bowling tournamenttt. Sikit punya jauhhhh da... hu hu hu. Layannn je lahhh... ha ha
Sinopsis :
Rentetan kisah Danish yang baru dapat basikal baru di hari lahirnya yang ke-5 kira-kira 2 minggu lepas.

Situasi :
Aku yang baru sampai rumah hampir jam 8 malam. Sebaik saja kereta masuk ke perkarangan rumah macam biasa Danish & Dania akan menyambut kepulangan aku dengan wajah penuh girang. Sebaik aku turun dari kereta Danish sambut aku di tepi pintu kereta dengan kata-kata

Danish : Mama Danish nak pinjam basikal Daniel *anak jiran sebelah rumah*.
Aku     : Eh.. kenapa nak pinjam basikal Daniel. Basikal Danish kan ada.
Sambil aku buka pintu kereta belakang mencapai bungkusan barang yang sempat aku beli di kedai tadi.
Aku : Danish ni mama ada beli makanan..Danish nak tak? Danish tolong mama bawa masuk ya.
Tapi sebaik aku berpaling tengok Danish dah terpacak di porch kereta rumah jiran sebelah yang pintu pagarnya sedia terbuka dengan Danish memegang basikal milik Daniel.
Aku yang dengan tangan penuh dengan bungkusan barang...
Aku : Danishhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................!!! Tak boleh ambil barang orang tak minta izin.
 Daniel tak ada tu. Mari balik! Teriak aku dari jauh
Danish : Alahhhhh... Danish nak pinjam jerrr... balas Danish dari jauh
Aku    : Ye lahh.. nak pinjam tapi tuannya tak ada tak boleh laaa... mari balik. Ajak aku lagi
Danish : Tak nakkkkkkkkkkkk.......................!!! Berontak Danish hampir nak mula nak menangis.
Aku dah la baru sampai.. hari dah makin gelap, kat tangan penuh bungkusan kiri kanan. Malas aku nak terpekik terlolong maghrib2 terus aku capai pintu pagar dan kunci!
Danish apa lagi.. terus meraung bila nampak pintu pagar rumah dah bertutup. Aku terus masuk rumah letak barang. Kejap lagi bila keluar tengok Danish dah berjalan balik sambil menangis-nangis.

Sebaik saja aku bukakan pintu pagar terus aku pegang Danish sambil berkata
Aku : Danish, kalau Danish tak ada kat rumah, pergi sekolah lepas tu ada orang datang rumah Danish ambil basikal Danish. Danish marah tak..?
Danish : Tak nak...!!!! Jawab Danish dengan nada keras.
Aku     : Kalau macam tu sama juga orang pun mesti marah kalau Danish ambil barang dia tak bagitau..
Danish : Mama.. Danish nak pinjam basikal Daniel sekejap je. Danish dah pandai bawak basikal 2 tayar je. Danish tak nak basikal Danish. Basikal Danish empat tayar (merujuk pada tayar bantuan di kiri kanan tayar belakang). Danish nak basikal macam Daniel !' Ujar Danish bersungguh-sungguh sambil terus teresak-esak.
Aku    :  Danish nak basikal 2 tayar..? Baru aku perasan yang basikal Daniel tu terbaring atas lantai sebab memang ada 2 tayar utama tanpa tayar bantuan.
Baru  aku sedar bezanya. Basikal Danish yang baru di beli memang masih bertayar empat.
Aku  : Ooohhhhhhhh............. Danish nak basikal 2 tayar je? Kalau macam tu cakap lah dengan mama. Nanti Papa boleh bukakan tayar kiri kanan tu. TAPI tak boleh ambil barang orang tau.
Terus aku panggil Abang minta tolong Abang bukakan 'tayar bantuan' basikal Danish lantas aku ceritakan pada Abang tentang keletah Danish.
Danish nak tunjuk skill baru kot.. Ujar aku pada Abang.
Sambil Abang 'pomen' apa yang patut aku pun naik ke bilik buat apa yang patut.

Tak lama bila aku turun aku tengok Danish dengan wajah penuh ceria sudah mengayuh basikal depan rumah dengan hanya bertayar dua!
Danish : Mama.. tengok ni mama! Danish dah boleh bawa basikal 2 tayar!! memang sungguh excited Danish dengan skill barunya!
Aku : Waaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh.. hebatnya Danish tu...! Puji aku
Danish  : Mestilah ! Danish kan dah besar. Danish dah 5 tahun! Danish dah pandai makan pakai tangan, dah pandai bawak basikal 2 tayar je! Ujar Danish kegirangang ala-ala kembang setaman.

Gambar yang di ambil keesokan harinya.


Baru kami  faham perasaan Danish. Barangkali Danish tak sabar tunggu aku pulang hari tu dek  nak tunjuk skill baru dia bawa basikal tanpa tayar bantuan! Sebab tu la tak sempat-sempat aku keluar kereta dah excited nak ambil basikal kat rumah sebelah! Aku pula dalam keadaan 'baru balik kerja' hampir-hampir tersalah tafsir niat suci murni Danish.  Maklumlah aku bukan Malaikat yang boleh menyelami hati manusia lain. Nasib baik Danish bersungguh menerangkan keadaan. Maafkan Mama ye sayang...

Hari tu buat pertama kali nya Danish berjaya mengayuh basikal tanpa tayar bantuan bererti Danish sudah pandai mengimbangkan badan. Hanya selepas seminggu dia dapat basikal baru setelah basikal lamanya yang bersaiz lebih kecil uzur rantai asyik terlepas beberapa bulan. Welldone Danish! walaupun hari pertama Danish dah terjun parit besar depan rumah, Danish tak serik untuk terus belajar. Bak kata Mail ~ Upin dan Ipin. Tak calar tak jantan laaa..! Hu hu hu!