Activity hujung minggu....
Lately asal petang nak ajak Danish & Dania gi mandi pool je hujannn.. asal petang je hujann.. Sabtu tu pun lepas asar kejut kiddies bangun tidur ajak gi mandi pool pun tak sempat keluar rumah dah hujann.. last2 Ahad lepas kitaorang tukar schedule ke pagi. So pagi Ahad tu bangun terus buat sarapan.. kejut both kiddies (dengan baju tidurnyer), siap apa patut pukul 9 pagi dah gerak menuju ke Kelab Komuniti Cyberjaya... Pagi tu kitaorang breakfast sambil 'piknik' kat tepi pool Kelab tuh! ha ha ha! Juadah Sempoi :- Nasi Goreng, Tempura ayam nugget, roti & peanut jam, some cookies and yang paling bestt Milo panas-panas dari Thermos! Perrrrgghhhhhhhhhhhh......!!

Dah kenyang isi perut terus salin swimming suit dan 'bedebusssss....!' apa lagi terjunnn kolam terusss!
Dania yang dah 'berani' swimming sendiri dengan bantuan pelampung.
Puas mandi kolam kecik.. masuk kolam besar plakkk. Tak padan kecikk.. jiwa besarr ha ha
Super Bodyguard. Err.. adult nak masuk RM5 sorang ye...

Steady je Dania terapung sendiri dlm kolam besarr... berani betul anak dara sorang ni hu hu

Penat mandi.. kejap2 naik sambung makan... sambil sejuk-sejuk lepas berendam tu pekena Milo Panass termasuk la anak dara ni.. perrrghhhhhh!!

Puas berendam (nak dekat 2 jam gak!!).. salin baju sambung main kat playground
pulakk...

Ada kerusi meja lagi kalau parent nak lepak2 atau menjamu juadah.


Facilities
Kalau ada yang berminat untuk tahu facilities lain yang terdapat di Kelab Komuniti seperti di bawah... dengan ihsan kamera amatur ku... (mr HP) he he

Gymnasium

Squash

Dancing studio

Snuker / Pool


Tennis Court
Beach Volley Ball

Ada lagi facilities lain tak sempat cameraman amatur ni snap seperti Futsal & Cyberjaya Circuit (Go kart). Setiap satunya dikenakan bayaran berbeza tapi amat berpatutan.


Driving Range

Dan satu lagi tarikan utamanya ialah driving range untuk siapa yang berminat ngan sukan golf.

Aku pun dah 6 tahun tak sentuh kayu golf.. kali terakhir sekitar tahun 2003 kat Club House A Famosa.. Teringat masa further dulu rajin gak geng2 Manager tempat aku buat part time kat Kagoshima Sun Royal Hotel ( 4 tahun beb!! Dah ala-ala taiko dahh siap leh entitle bonuss lagi ha ha) ajak gi driving range. Pernah gak le merasa join course 18 holes sehari suntuk tapi aku handicap laa... itu tak termasuk starting point utk ladies & gents yg sememangnya berbeza.. ha ha ha. Tapi la ni kalau aku pukul bola tu silap2 rumput dengan tanah2 sekali terbangg kott!!.. hua hua hua!

Berminat untuk tahu lebih detail tentang Kelab Komuniti Cyberjaya sila layari

Here is another super duper fabulous contest...!!
To make the contest merier..
(which is already hit the highest entry rank said the admin, awesome!!)
I would like to put our little princess in...!
Here we go !
*
*
organized by


Our little princess
Name : Dania Aliesya
DOB : 1st Sept 2007
Age : 2 years 4 mth
*
*
Here is our great organizer which supported by super generous sponsor..!
Thank you so much for organizing such exciting contest!!

Get excited..?! For all mommies out there.. the contest due is 10th Jan 2010 !
You still got time and just click below link to get all the details..
Sampai rumah lambat hari ni.... esok bibik nak balik kampung bercuti 2 minggu (uhukkk!). Since aku tak sempat belikan apa-apa buah tangan, balik kerja tadi terus singgah Mydin USJ borong alat2 tulis untuk anak-anak bibik... 3 orang semuanya. 9, 12 & 14 tahun! Sampai rumah terus gi bilik bibik packingkan balik alat-alat tulis tu ikut umurnya. Melerettt senyum bibikk... Dalam buku pad aku tuliskan kata-kata perangsang serba ringkas buat anak-anak bibik berbunyi :

Wahai anak,
ILMU suluh kehidupan
belajarlah bersungguh-sungguh!
insan yang berilmu pasti dipandang mulia
dan pasti hidupnya memperoleh kesejahteraan
itulah kekayaan diri yang sebenar
semoga dirimu berjaya...
Harap-harap diaorang faham bahasa melayu.. takkan nak tulis bahasa Indon pulak hu hu. Anyway, esok bibik naik Feri dari Port Klang pukul 11:00 pagi. Pukul 9 dah kena check in maknanya seawal jam 7 kami dah kena bertolak dari rumahh.. agak jauh jugak tuu....

Berbalik ke cerita asall...!
Nak masuk tidur check Blog kejapp..tetiba perasan thumbnail update dari MOBS. So gatal2 lah tengok since hari tu ada hantar entry...

Laju je scroll.. tengok satu-satu tak 'sangkut' pun top prize.. gambar yang tertera plak cantik-cantikk... nampak plak gambar close fren aku, Zalie punya entry! Wahhhhhh menang gak Zalie for firstime participate online contest! Congrate! Makin ke bawah makin rasa tak ada harapan... scroll lagi tup tup! Alhamdulillahh....! sangkut jugakkk! Rupa-rupa dapat 2nd Prize...! Rupanya makin ke bawah makin UP hadiah! Alhamdulilllahhhh....! Alhamdulillahhh! Syukur sangat sangat!! Dan yang lebih best lagi dalam contest ni ada 2 member yang sama menang - Zalie (7th) & Mimi (GRAND Prize!!)! Congrate to both of you and all winners!!!


MOBS End Year Contest
2nd Prize (RM200)
Our best family photo during 5th Anniversarry photoshoot session!

Dapat few series of vouchers! So lepas ni bleh la start shopping...! hu hu.
Terima kasih banyak-banyak jugak pada pihak penganjur dan penaja!
You all memang bestttttt sangat sangattt..!!! Muaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!