Lately asal petang nak ajak Danish & Dania gi mandi pool je hujannn.. asal petang je hujann.. Sabtu tu pun lepas asar kejut kiddies bangun tidur ajak gi mandi pool pun tak sempat keluar rumah dah hujann.. last2 Ahad lepas kitaorang tukar schedule ke pagi. So pagi Ahad tu bangun terus buat sarapan.. kejut both kiddies (dengan baju tidurnyer), siap apa patut pukul 9 pagi dah gerak menuju ke Kelab Komuniti Cyberjaya... Pagi tu kitaorang breakfast sambil 'piknik' kat tepi pool Kelab tuh! ha ha ha! Juadah Sempoi :- Nasi Goreng, Tempura ayam nugget, roti & peanut jam, some cookies and yang paling bestt Milo panas-panas dari Thermos! Perrrrgghhhhhhhhhhhh......!!
Dah kenyang isi perut terus salin swimming suit dan 'bedebusssss....!' apa lagi terjunnn kolam terusss!
Dania yang dah 'berani' swimming sendiri dengan bantuan pelampung.
Puas mandi kolam kecik.. masuk kolam besar plakkk. Tak padan kecikk.. jiwa besarr ha ha
Super Bodyguard. Err.. adult nak masuk RM5 sorang ye...
Steady je Dania terapung sendiri dlm kolam besarr... berani betul anak dara sorang ni hu hu
Penat mandi.. kejap2 naik sambung makan... sambil sejuk-sejuk lepas berendam tu pekena Milo Panass termasuk la anak dara ni.. perrrghhhhhh!!
Puas berendam (nak dekat 2 jam gak!!).. salin baju sambung main kat playground
pulakk...
pulakk...
Facilities
Kalau ada yang berminat untuk tahu facilities lain yang terdapat di Kelab Komuniti seperti di bawah... dengan ihsan kamera amatur ku... (mr HP) he he
Gymnasium
Squash
Dancing studio
Snuker / Pool
Ada lagi facilities lain tak sempat cameraman amatur ni snap seperti Futsal & Cyberjaya Circuit (Go kart). Setiap satunya dikenakan bayaran berbeza tapi amat berpatutan.
Driving Range
Dan satu lagi tarikan utamanya ialah driving range untuk siapa yang berminat ngan sukan golf.
Aku pun dah 6 tahun tak sentuh kayu golf.. kali terakhir sekitar tahun 2003 kat Club House A Famosa.. Teringat masa further dulu rajin gak geng2 Manager tempat aku buat part time kat Kagoshima Sun Royal Hotel ( 4 tahun beb!! Dah ala-ala taiko dahh siap leh entitle bonuss lagi ha ha) ajak gi driving range. Pernah gak le merasa join course 18 holes sehari suntuk tapi aku handicap laa... itu tak termasuk starting point utk ladies & gents yg sememangnya berbeza.. ha ha ha. Tapi la ni kalau aku pukul bola tu silap2 rumput dengan tanah2 sekali terbangg kott!!.. hua hua hua!