Seperti
tahun lepas, tahun ni buat kali ke-2 mendapat undangan dari Boss Abang untuk menghadiri
Majlis Santapan Malam Amal, Yayasan Sultanah Bahiyah yang di naungi oleh
YTM Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Majlis turut dicemar duli oleh
DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Shah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman.Moralnya Boss Abang beli table dan kalau tahun lepas 2 table tahun ni 3 table pula bermaksud bertambahlah staff yang mendapat undangan.. terima kasih daun keladi!
Kalau tahun lepas Majlis di serikan dengan kehadiran Datin Sri Rosmah Mansur & persembahan oleh Adibah Noor, tahun ini pula turut hadir ialah
Tun Mahathir. Persembahan pula oleh
Jaclyn Victor yang mendendangkan lebih 7 lagu! Dan yang lebih mengujakan ialah kehadiran penyanyi No.1 tanah air,
Dato' Siti Nurhaliza bersama suami,
Dato' K. Memang sangat-sangat mengujakan...!!
Di akhir majlis Dato' Siti telah menyumbangkan 3 buah lagu khas untuk para tetamu! Dan ketika sessi majlis beramah mesra DYMM sultan bersama rakyat, tak lepaskan peluang untuk bergambar bersama Dato' Siti Nurhaliza..! Memang she is sooOooOoooOo
gorgeous!!!!!
Me & Hubby
Me dengan tokoh yang paling dihormati... Ayahanda Tun Mahathir.
Dan yang lebih teruja lagi sebab dapat bergambar dan bersalam dengan tokoh yang palinggg aku hormati, Tun Mahathir. Tokoh yang tak mungkin ada galang gantinyerr.. dan beliau jugalah pengasas Dasar Pandang ke Timur. Kali terakhir bergambar dengan TUN sekitar tahun 2004... TUN seperti biasa.. sentiasa kelihatan tenang, steady & tersenyum... ! Me bergambar dengan penyanyi no.1 negara, Dato' Siti Nurhaliza.
She is simply GORGEOUSS!!!!
Gambar bersama TUN beramai-ramai
Majlis turut dimeriahkan dengan acara tarian tradisional, nyanyian dan deklamasi puisi oleh anak kelahiran negeri Kedah Darul Aman. Di ikuti dengan acarah penyerahan Mock Cheque ke YSB.
Antara hidangan santapan..
Marinated Wild Mushroom and Asparagus Tips with Young Lettuce Leaves & Balsamico Basil Dressing Grilled fillet of beef with Field Mushroom Sauce, Potato Lasagna and candied Shallots
Majlis berakhir kira-kira pukul 11:00 malam... Malam tu memang superrbbb specialll kerana berpeluang bersemuka dan bertentang mata dengan kedua-dua 'bintang' negara!