Happy Birthday Papa..!!
Hari ni bufday Abang, esok lak aku exam. Study tak habis lagi.. tak cecah pun 40% uhuk uhuk! TAPI hari ni hari istimewa Abang! So Pagi-pagi lagi dah bangun buat sarapan - Mee goreng!
Siap masak mee goreng terus prepare masak Nasi Ayam. Resepi pun dah tak berapa ingat since dah lama tak buat..hhuhuhu!. Dalam pukul 10 lebih dah siap masak. Hari ni celebrate bufday Abang awal sket since aku kena gi gak Library... gomenne papa, tanjoubi na noni, yasumi dashi, zutto soba ni itteagerarenakute..ashta oishi mono wo tabeni ikuzo! Siap prepare everything suh papa tukar baju (saje je), Papa turun bawah terus nyanyikan lagu Happy Bufday kat Papa... !



Cam biasa orang lain punya bufday orang lain yg 'lebih-lebih'. Danish & Dania masing2 bagi hadiah kat papa tapi si Danish sempat lagi merungut 'Alaaa.. kenapa semua hadiah untuk papa je? Untuk Danish tak ada ke?'

Opsss! tersensored lakk huhu

Penyudahnya hadiah yang Danish bagi Danish plak buka sendiri.. pastu dia lak excited terlebihhh bila buka.. seb baik dia tau hadiah tu memang tak sesuai untuk dia.. so dapat la kat papa jugakkk heheheh.
Dania plak pagi-pagi lagi dah nyanyikan lagu Happy bufday kat papa.. pas tu gi dapur nyanyikan kat mamanye lakk.. jap lagi gi kat bibik nyanyikan kat bibik pulak! Habis satu rumah dia dendangkan lagi happy bufday! huhuhu
Settle everything terus la aku ca alif but gi library ikut pintu belakang.. tu pun Dania TERperasan... bila kereta dah gerak dari jauh aku nampak dia meraunggg kat tepi kaki kima dapurr..! Ciannyerrr... esok baru kiter gi jalan yekkk cayanngggg..
*
*
*
Anyway, Selamat Hari Ulangtahun Abang/Papa. Semoga sentiasa di rahmati Allah dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi dunia & akhirat. We always by your side honeyy! andd...
We loveeeeeeeeeeee youuuuu so muchhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk hujung tahun! Masuk bulan DEC bermakna JLPT(Japanese Language Proficiency Test) Exam semakin hampir! Yaa... setiap tahun JLPT exam (Nihongo nouryoku shiken) akan berlangsung pada Hari Ahad minggu pertama bulan Disember ini bermakna tinggal 4 hari (je lagii...???!!! arrrgggghhh!!!!) sebelum JLPT 2009 iaitu pada 6hb Dis 09'! Dan seperti biasa, dek kekangan masa dengan tugas dan rutin seharian sebagai pekerja, isteri & ibu... maka bila exam dah depan mata baru la kelam kabut nak study... study last minutee! Secara jujurnya persiapan aku kali ni baru sekitar 30% sahaja... Ohokk! ohokkk!! Dan port aku study seperti tahun lepas jugak, Perpustakaan Raja Run Uda, Shah Alam huhuhuh.Disember tahun lepas kali pertama aku masuk library buat kesekian kalinya setelah meninggalkan dunia pengajian kira-kira 8 tahun sebelumnyer. Musim ke-2, tahun ni sebaik saja menjejakkan kaki ke pintu masuk PPAS, aku terpegun! Begitu banyak perubahan yang telah di lakukan sepanjang setahun aku tak ke sini! Jadi biar aku ceritakan serba sedikit mana tahun musim-musim cuti sekolah ni ada yg bertukar fikiran untuk membawa anak-anak ke perpustakaan!

Pertamanya, PPAS kini sudah menyediakan kemudahan Wi-Fi PERCUMA! Ini sudah cukup baik (di baca sebagai boleh la aku memblogging bila mata dah hampir nak tertutup mengadap buku)!! Ada Cafeteria untuk mengisi perut pada bila-bila masa. Unit bacaan kanak-kanak dan remaja juga sudah diperbaharui! Kalau dulu unit ini terbuka maka suara riuh rendah kanak2 (maklum je lah) memang boleh kedengaran dari aras lain. Tapi kali ini semuanya sudah ditutup rapi dengan dinding kaca. Kemudahan bilik Multimedia dan internet PERCUMA! Kalau dulu rasanya berbayar... Ada kemudahan surau di Tingkat 2. Kemudahan menonton TV, ASTRO lagi berhadapan dengan unit kanak-kanak dan remaja!

Ruangan membaca akhbar.. para bapa boleh lepak disini sementara menunggu anak menelaah bahan bacaan. Kafeteria yang baru di wujudkan dengan kemudahan Wi-Fi PERCUMA!

Ha.. ni PORT aku study. Amannn..... Di aras lobi yang sama bersebelahan PPAS ialah Muzium Sultan Alam Shah. Masuk juga PERCUMA!

Antara bahan bacaan yang di sediakan diunit kanak2 & remaja.

Antara pengunjung
Kaunter pinjaman buku.
Penat membaca boleh juga menonton TV

Boleh study sambil lepak-lepak macam kat rumah pula! Ruangan group study...
Ruangan Audio dan study yang lebih privacy.


Pendek kata banyak kemudahan yang disediakan disini dan sangat sesuai jika ingin bawa seluruh ahli keluarga 'lepak-lepak' di library sambil memupuk minat membaca di kalangan anak-anak!
Insya-Allah cuti sekolah ni pun nak bawa both kiddies to PPAS!
Cerita balik cuti Raya Haji arituhh.. Kalau masih ingat previously aku pernah buat entry masa Raya Puasa pasal Dania yang suka sangat main 'anak ayam' bila balik kampung...
So balik raya haji hari tu, pagi-pagi raya (kitaorang sampai kampung malam raya) tu bangun je Dania dah merengek nak tengok 'chicken' kat belakang rumah Atukk... dia masih ingat ada satu reban untuk anak-anak ayam yang di sangkut kat tepi dinding stor belakang. So bangun pagi je dah tarik tangan aku ajak tengok 'chicken' kat tepi tu.. Sayang nyer bila aku bawak ke tepi rumah dah tentu lah anak ayam tu dah tak de! Mak kata dah besar dan dah ada yang di sembelih pun!
Makanyer neneknyer pun pi lah reban ayam belakang rumah pulak, ambik 2 ekor anak ayam. Kalau dulu anak ayam nyer kecik sket, duk puk dalam 'bakul' yang rendah je tapi disebabkan kali ni anak ayamnyer saiz besar sket, dah pandai keluar bakul maka nenek pun letak la dalam 'bakul' yang panjang sket supaya anak ayam tu tak melompat keluar. Dania punya la exited tengok anak ayam tu 'cip cap cip cap..!'. Tak cukup dia tengok, mintak nak pegang anak ayam tu sebab dia nak ambik tak sampai, bakul nyer tinggi...
Makanya aku pun ambikkan sekor anak ayam letak kat riba dia.. dah la pagi tu dah cantik-cantik pakai baju kurungg. Dania memang excited abes la dapat pegang anak ayam tu... suker sangat dia tiru bunyi anak ayam tu.. "cippp cippp cippp!". Dia usap2 kepala anak ayam tu.. siap nak di ciummnyerrr!
Jap lagi tengah dok syookkk Dania main anak ayam tu.... sedar-sedarrrr..
'preettttt...!' *bunyi sengaja dibesarkan*
Haaaa... anak ayam tu dah 'melepasssss' kat pangku Daniaa... meaning kat baju kurung raya Daniaa...!!!!!!!!!!!!
Aiyakkkkkkkkkkkkkkkkk.....!!!!
Aku pun terus la panggil bibik mintak tolong bersihkannn.
Yang kelakar nyer Dania pun terus mencemikkkk buat muka gelii....
'Eeeeeeiiiieeeee................!!'
Lepas tu terus la salin baju dan tak nak dah main anak ayam tuhhh hu hu!
****************************************
Keesokan paginya, macam biasa bangun pagi je cari aku terus la nak BF...
Sambil dia BF tu aku tanya la
Aku : Dania lapar tak ..?
Dania : Geleng kepala (tak ...)
Aku : Dania nak makan mee tak..?
Dania : Geleng kepala (tak nak)
Aku : Dania nak tengok chicken ...?
Dania : Terus angguk kepalaaa..
Tapi jap lagi terus geleng kepala jugakkkk..! (Aiiikk..? tak nak jugak?? Heran!!)
Dania : 'Uchukkkk...! Uchukkkkk!!! ( Busukkkk!) sambil jarinya kibas kat hidung dengan mulut muncunggg!
Ha ha haaa.... tau pulakkkkk trauma kena berak ngan anak ayam semalam...!!!! Lepas tu memang kalau aku offer nak main chicken tak memang dia tak nakkkk dahh... siap cakap 'uchukkkk!!!'.
Padahal kalau tak bangun tidur celik mata je terus tarik aku gi belakang rumah nak tengok anak ayam!!!
Ni gambar 2 hari selepas tragedi Dania di' berak ' anak ayam... dah nak main dah ngan anak ayam tuuu.. tapi kalau suh peganggg mati-mati dia tak nakk... 'uchukkkk!' katernyerr sambil kibas tangan kat hidungg! Paling-paling pun dia buat-buat kasi makan ayam jee.. tau pulak serik anak dara sorang nih! ha ha ha!