Selamat Hari Merdeka kepada semua!
Bersempena hari merdeka ni aku masuk lagi satu contest yang diberi nama
contest ni dianjurkan oleh
Untuk pengetahuan, ComfyBebe ialah butik online barangan keperluan bayi dan MOBS pula ialah direktori aka pusat sehenti butik-butik online barangan keperluan bayi. Dapatkan segala keperluan bayi anda disini dengan harga yang paling berpatutan! *wink*
************************************************************
Jom zoommm innnn..........!!
Nama pasangan adik beradik
Abang : Danish Aiman - 4 tahun
Adik : Dania Aliesya - 2 tahun

Aku suka sangat-sangat gambar ni sebab dalam gambar ni nampak Danish steady je peluk Dania dalam dakapan dia.... seolah-olah peluk & protect Dania sambil berkata-kata 'Ni adik saya ni.. jangan kacau!' he he he.

Ingat lagi masa Danish kecil-kecil dulu bila Danish main sorang-sorang kesian je tengok Danish tak ada kawan.. so tak lama tu lahirlah 'adik' Danish buat teman dia bermain. Ingat mula-mula masa Dania baru lahir Danish excited sangat dengan 'adik'nya tuuu.. selalu sangat panjat baby Cott Dania nak kiss lah and kadang2 duduk sekali main dalam tu.. ! layan & agah Dania main mainan dalam baby cott tuh! tapi biasala kadang-kadang ada gak mood dia menyakat atau dengar erti kata lain.. sakat-sakat manja gituhh!! Kalau tak tak meriah pulak rumah ..huhuhu!

Paling aku suka tengok bila datang part pujuk memujuk. Dania ni kadang-kadang bila ada orang buat ke main ada terjatuh ke pergi menangis kat Abang dia sambil mengadu '.... tu uat' (*** buat). Abangnya pandai pulak pujuk ' Dah dahh.. Dania jangan nangis. Abang Danish ada kat sini okay...' Sambil usap-usap kepala atau bahu Dania. Haaa.. kejap je Dania dah berehenti menangisss... macam 'abang' sangat je Danish pujuk adiknya.. hehehe

Apapun, aku sentiasa doakan semoga Danish & Dania terus membesar dengan penuh kasih sayang dan saling menyayangi... aminnnn

*********************************************************************

Ini adalah antara gambar2 yg pernah dirakamkan dalam proses Danish menjadi seorang 'Abang'.. gambar-gambar dari Norizane Fotopages *wink*

Aqil- 1 year back. Pic from http://rusrie.blogspot.com/

Just got news!!!
One of my closest friends - Rusma, her adorable son Zafran Aqil,+ve H1N1!!!
He's only about 1 year old lil boy....
Whoaaaa.. risauunyer aku dengar.... dah la Rusma tengah pregnant nih. Awal minggu ni sorang ofis mate aku pun +ve Influenza A & still in home quarantine now.

Anyway untuk Rusma, Aqil & my office mate, semoga cepat-cepat dan cepattttt sembuhhh.. harap-harap any type Influenza yang kena tu tak melarat terukkk..! Get well soon & take care!!
Aminnnnnnnnnnnnnnnn......................

p/s: Aku pun dah few weeks tak bawak Danish & Dania keluar ke tempat awam... keluar pun mesti aku pakai maskk.. risau betul dengan wabak nih. Mintak-mintak cepat-cepat lah wabak ni nyahhh dari dunia nih..! Syoohhhhhhhhhh!!!
Orang lain yang makan BAB-SATU, orang lain pulak yang dapat susahh..iskk iskk iskkk
Dah 3 hari (sejak Isnin lepas) Danish tak ada kat rumah.
Mak Longnya 'angkut' bawak balik Isnin lepas siang hari kerja sempena cuti sekolah.
Lagipun sepupu2 Danish 4 beradik tu - Shafiqah, Shaqirah, Izzati & Alya dah bising nak main
dengan Danish. So since Along mmg pick up 'pak cik' Danish yg tengah cuti semester gak kat rumah, diangkutnyer sekali Danish. Tau-tau dapat SMS udah di angkut hehehe.
Kesian Dania meraung-raung tak dapat ikut sebab Dania masih BF..
payah kalau tengah malam cari mamanya karanggg.
Danish plak seronok sakan la duk umah Mak Long.. maklum le ramai kakak2 yg
take care. Kalau duk rumah asyik nak berebut & menyakat dgn Dania jee..
Danish mmg suka main ngan budak2 besarr.. sbb budak2 besar layan baekk
kalau main ngan budak kecik kerja menyakat jek! iskk iskk iskk
Anyway rindu plak kat Danish dah 3 hari tak jumpa. Rasanya ni paling lama kitaorang tak duk ngan Danish sekali. Tak ada plak member nak 'berebut' remote Astro! Kalau tak malam je mesti ada yg nangis sebab tak dapat tengok Disney Channel ke, Astro Ceria kee.. kalau kita tukar mula la merajuk
'Ala.. mama & papa ni tak adil, Danish sorang-sorang je tak dapat tengok Ceria..'
'Danish peningggg la tengok cerita ni.. (berita)..! '
Silap-silap ada yg meraungg! hahahahah
Nak pasang 2nd decoder LETIH nak membayornyer
Tak pasang LETIH nak berebut dgn Danish hari-hari!
Aku pun dah naik pening tengok PHDC & Ceria tu berulang kali! hahahaha
2-3 ari ni sembang thru video call je
tu pun kalau VC kejap2 je nampak kelibat Danish dok ralit main.. iskk iskk iskk
Dania plak bila Abang dia tak de boring gak nyerr.. setiap petang, setiap malam mesti kena bawak dia ronda-ronda.. kalau tak meraung jugak! iskk iskk iskk
Dah 3 malam jugak Dania bangun sahur bila tersedar dia sorang-sorang je dlm bilik
tau-tau dah merengek kat tangga..
padahal kalau Danish ada 2 beradik ni tak terjaga pun time aku & Abang sahur
Anyway hari ni Mak Long janji nak hantar balik.. banyak homework menanti Danish nih. Tak tau la Danish kalau meraung dihantar balik pulak! he he he
****************************************************************
Ni gambar 2 beradik ni berendam dalam bilik air.. wah wah wahhh.. penuh buih dalam 'bath'tub'
mcm dalam citer2 mat saleh!! Yang tak bestnyerr.. tak sedar dah habis syampu sebotol!!!!! adoiiiiiiii!!!