Jeng jeng jenggg.. dengan malu-malu kucing nyerr.. *auuuwwww meooowwww!* Mengumumkan..
Raya tahun ni dah ada orang sponsor purse & kasut raya!! *wink!*
Kasut raya kali ni ditaja oleh Intan dari 4 love diamond blogspot.
Alhamdulillah... terharu sangat & terima kasih banyak-banyak pada Intan..
Errr rajin-rajinlah buat contest lagikk!! Ihikk!!

Seronok jugak ada aktivity alternative sempena H1N1 ni dari duk bersosial kat tempat awam baik la bersosial di alam cyberrr.. seronok, jimat dan selamattt...
Entry ni pulak aku buat last minute lepas kenduri kat kampungg.. berpeluh2 gak le duk mengejar due date HE HE HE!
Makanya aku juga dikehendaki buat entry untuk contest result ni..
here we go!!


PN. IZAN

nama anda & pasangan....Norizan Mohamed Darom & Roshadlisham Ramli
nama baby & umur.... i) Dania Aliesya - 1 tahun 11 bulanii) Danish Aiman - 4 tahun 4 bulan
bila foto nie diambil & di mana....Bertarikh 5hb Mac 2009 & bertempat di Botanical Garden, Putrajaya(Ketika itu Dania 1 tahun 6 bulan & Danish 3 tahun 11 bulan)
kenapa pilih foto nie erk..... kenapa foto ni..? As the old saying goes - Because a photo is worth a thousands words!

2nd winner is


PN. YATIECHOMEYL
nama anda & pasangan : Nurhayati & Mohd Shalahuddin
nama baby & umur : Shafiq Nazhan; 2 bulan 2 minggu
bila foto nie diambil & di mana : Foto di ambil di Seaside Momochi, Fukuoka, Jepun pada bulan lepas masa jalan2 melepas mengambil angin di waktu petang

p/s: Omedetou to my super-super kohaii.. Yatie.. Bestnyer baby, kecik2 dah duk negara orangg heheheh

3rd winner is


-
PN. WATIE a.k.a MUMMYAEESH

nama weols watie, and pasangan ku lak en ahkau!
baby di hati weols ialah muhammad yaeesh adam yg baru jek celebrate his 4th birthday on 6th june!

p/s: Congrate Watiee.. lena baby tidur.. mama papa kiss pun tak sedar ihik!

memandangkan cntest yg di anjurkan oleh sy mndapat sambutan yg agak hebat....Intan dgn berbesar hati mnambah lg 2 hadiah saguhati utk yg bertuah....dan pemenangnya.....-

1st SPECIAL PRIZE
-

MAMAHERDA
nama anda & pasangan...
mizi & herda
nama baby & umur...
aiman hakimi (4tahun) & airel iskandar (2tahun)
bila foto nie diambil & di mana...
tahun Dec. 2007...dah lupe...hehehe...kat Putrajaya

p/s: Congrate again Mama Herda..! Your pic alwaysss sweet & coollllll!!!!


2nd SPECIAL PRIZE

PN. AZLIN a.k.a MOMMA MIA

nama anda & pasangan : Azlin & Azlan

nama baby & umur : Damia bt. Azlan

bila foto nie diambil & di mana : 6hb Aug 09 @ pizzahut depan Jaya33

p/s: Congrate Azlin.. suker tengok gambar nihh... kelakarrr & sweet jeee tgk papa ke gigit! hahahaha!

Once again.. terima kasih banyak-banyak pada Intan kerana mengajurkan contest yang sweeettttttttttt nihhh!!! jangan serikkk, buat lagikk yerkkk!! ekekekkeke



Gambar ini dirakamkan sekitar tahun 1920-an bertempat di sebuah perkampungan yang terletak di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Lelaki segak yang duduk ditengah2 antara 4 orang wanita ialah Allahyarham Hj Ridwan, datuk aku iaitu ayah kepada abah.. 4 orang wanita di kiri dan kanannya ialah isteri-isteri beliau dan nenek kandung aku, adalah isteri ke-2 yang duduk disebelah kanan Allahyarham *dari depan*.
Menurut Abah, adik beradik abah ada 20 orang semuanya termasuk adik-beradik tiri... Abah adalah anak bongsu dari 6 orang beradik dan tahun ni usia Abah dah pun menjangkau 68 tahun... Kesemua keluarga besar Abah menetap di kampung yang sama tapi dirumah-rumah yang berlainan. Katanya lagi, arwah Atuk siap ada buatkan sebuah surau untuk semua ahli keluarga sembahyang berjemaah..
Namun, bila usia meningkat ada juga yang berhijrah keluar dari kampung termasuk Abah.
Didalam gambar dipangkuan allahyarhamah nenek ialah kakak kandung Abah yang kini masih menetap di kampung yang sama.. Adik-beradik Abah yang masih menetap disana termasuklah Wak Basoni, Wak Som & Wak Seri. Alhamdulillah ketiga-tiganya masih sihat walaupun ada yang melewati usia hampir 90-an... Gambar ini pula dirakamkan pada Aidilfitri 2008.. Disebabkan Abah tiada didalam gambar sebab ketika gambar lama itu diambil Abah pun belum lahir lagii, makanya kami rakamkan gambar kami sekeluarga pula di hadapan rumah yang sama! Rumah pusaka yang hampir berusia 100 tahun itu kini tidak lagi diduduki oleh sesiapa tapi masih dijaga kerana ramai lagi keluarga Abah yang menetap di sana..

Teringat dulu masa kecil-kecil (aku sekolah rendah) kalau balik kampung aku rasa dari rumah pertama masuk simpang kampung tu sampai hujung kampung berderet2 rumah saudara-mara aku... heheheheheh. Dulu-dulu seronok kalau dapat berkubang dalam 'kolam mandi'.. ada pokok buah-buahan yang besar2 bagak nak main buaii.. sepupu sepapat pun ramaiii.. tapi bila dah besar ni masing2 dah bawak haluan sendiri.. aku sendiri pun seawal umur 13 tahun dah merantau ke Kuantan, lepas SPM sambung belajar kat KL, lepas 2 tahun terus terbang seberang lauttt... manalah nak jumpa sedara mara melainkan time cuti2 sekolah.. & cuti2 semester.. itu pun kalau boleh jumpa.. kalau takk..? Moralnya masing-masing pun dah sibukkk sampai kadang-kadang bila dah berkeluarga nih kalau jumpa time kenduri-kendara pun payah nak recall... iskk iskk iskkk

Walaupun arwah atuk berkahwin 4, tapi dikalangan adik-beradik abah termasuk yang tiri aku pun tak ada dengar lagi yang berkahwin lebih dari satu melainkan yang berkahwin semula setelah pasangan meninggal dunia...

Moral of the story..
Selalu berangan untuk cari balik & buat salah silah susur galur keluarga sebab kadang-kadang raya bila tanya ramai jugak yang duduk KL.. jadi kalaulah ada para pembaca yang familiar dengan kisah keluarga ni boleh la hubungi aku.. manalah tauu kita ni rupanyer sedara mara.. lalu depan mata tapi sendiri pun tak perasannn!!! huhuh