Warrrghhh.. 1st time ever bawak Danish & Dania gi tengok Movie kat panggung!!
Aku memang dah lama teruja nak bawak Danish gi tgk citer Upin & Ipin Movie version - Geng the adventure begins nih! Sebab dalam keter sampai aku leh apal skrip upin & ipin ni pantang naik je suh pasang VCD termasuklah Dania.
Jumaat tu aku dah buat online booking thru GSC e-payment. Ingatkan nak tgk malam tu jugak tapi seat semua penuh tinggal seat depan last2 pilih date 14th Feb, Sabtu kul 2:00 ptg kat GSC Alamanda Putrajaya... dekatttt ngan umahhh.
Kul 12 dah kuar dari rumah, lunch kat RASA- food court dan terus amek ticket kat kaunter e-payment ticket collection. Danish memang excited giller lah nak tgk Upin & Ipin kat TV besarr nuhhh..huhuh
Vanue : Golden Screen Cinema, Alamanda Putrajaya
date : 14th Feb 2008, Saturday
Time : 2:00pm
Price : Adult RM 9, Child RM 5 (Dania FOC)
Dalam panggung kitorg duk seat belakang dan tepi sekali..memang strategik sbb nak letak stroller kat belakang. Sepanjang tayangan Danish & Dania tekun abess menontonn! Pop corn memang Danish aaa yg pegang sendiri sambil menonton.. kejap2 kalau orang gelak tapi dia tak faham ada gak la tanya "Mama.. kenapa mama? kenapa?"
Dania mmg steady jek duk kat pangku Abang.. aku duk tgh antara Danish & Abang tukang huluq pop corn kat Dania... selepas separuh menonton Dania merengek nak nenek so aku BF kan dia sampai lenaaa...
Kesimpulannya 2-2 lulus cemerlang ujian tgk wayang! Lain kali bleh ajak lagi both tgk citer budak2 kat panggung. Hehehhehehehe
Overall aku rate 5 bintang! Ilustrasi kartun memang cantikk. Aku mmg bangga dan kagum dgn hasil pertama kartun animasi 3D anak tempatan kita!! Kepada semua, sokonglah movie tempatan terutama flem animasi 3D pertama kita nih!.. bawalah sekali anak2 sebab jangan risau, memang penuh dgn budak2 pun yg menonton dan sepanjang movie tu penonton nak gelak memang tak tahan2 punyaaa...huhuhu!
Posted by
*∽ IZAN ∽*
Sunday, February 15, 2009
Labels: Aku dan Dia, Dania Aliesya, Danish Aiman, Firstime ever, Jalan-jalan, My lil kitchen 5 sweet comments31st Jan 08 semua adik beradik Abang ada kat area Selangor.. Idi ngan Iwan pun balik cuti hujung minggu. Ijad plak ada kursus kat Putrajaya..ntah camna bleh terplan lak nak gi main bowling beramai2 so terus ON je lah plan. Pagi2 tu dah siap2 keluar rumah. Janji berkumpul kul 11 pagi. Kat Alamanda line full booked sbb ada tournament so terus ke Mines. Seb baik ada lane kosong lagii.. kitaorg book 3 lane, 2 lane adult 1 lane utk kids. Sebenarnya saje lah nak main sbb Idie yg beria2 promote cakap nak score 150 sebelah mata je! Apalagi berapi la yg lain nak tengok bukti!! huhuhuh
Kitaorg o-som buat 2 group.. Aku ngan Abang tak satu group! Perlawanan sengit aaaa sbb ada satu masa tu score 2 group tu sama!! Budak2 open satu lane kebetulan lak sebelah lane diorang ada la sorang Ayah tengah train anak dia main so dgn budak2 ni la dapat kelas bowling percuma! siap boleh strike tuhhh!!
Yang besttt Along yg tak pernah main seumur hidup ni pun first bowl strike jugakkk!!!
Memang teruja giller aaa.. aku yg dah nak 2 tahun tak main pun hancuss gakk score...
Final result group aku kalah tipis je ngan group Abang.. budak2 plak tak sedar dah bantai 3 game!! Dan yg penting.. Idie.. tak cecah pun angka 150 tuh! cessss!!!
Lepas game terus gi rumah Along utk acara bakar membakarr... makan n chit chat sampai kenyangggg.. huhuhuhu!
Posted by
*∽ IZAN ∽*
Friday, February 13, 2009
Labels: Event, Jalan-jalan, my family, our lovely kids 0 sweet commentsSemalam dapat berita by new born nephew, Fahim Luqman kena jaundice tinggi (500 ?? )
dan dah ditukarkan darah lewat pagi tadi jam 4 pagi sebab mencecah bacaan 540!
Aku terkejut gak dengar tau-tau je Ma dah kena tahan wad kat Hospital Temerloh
Aku pun googling some info berkenaan jaundice...
Some good info
http://drazwan.blogspot.com/2007/11/neonatal-jaundice-dan-perawatannya.html
Other Info :
Jenis-jenis Demam Kuning
Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-
Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.
Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.
Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.
Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.
Basically Danish & Dania pun pernah kena jaundice. Danish mild je, Dania dulu kena prolonge jaundice lagi... jaundice nyer tak tinggi sangat tapi lamaaaaaaaaaaa...
merasa gak lah 3 hari duk wad & Dania duk bawah lampu fototerapi tuhh.3 minggu baru hilang jaundice Dania.. Bak kata orang Dania ni "kaki jalan" sebab 2 hari sekali aku akan bersiap dan siapkan Dania pergi cek darah.. aku dengan berbengkung dan stokin dan Dania pun sampai kalau cek darah tidur pun tak bangun sebab naik lali dgn jarum cek darah tuu...huhuhuh
Alhamduillah sekarang Dania dah sihat, riang & cergassssss
Untuk Fahim, kami doakan semoga cepat sembuh & Ma, tabahkan hati ya!
Subscribe to:
Posts (Atom)