31st Jan 08 semua adik beradik Abang ada kat area Selangor.. Idi ngan Iwan pun balik cuti hujung minggu. Ijad plak ada kursus kat Putrajaya..ntah camna bleh terplan lak nak gi main bowling beramai2 so terus ON je lah plan. Pagi2 tu dah siap2 keluar rumah. Janji berkumpul kul 11 pagi. Kat Alamanda line full booked sbb ada tournament so terus ke Mines. Seb baik ada lane kosong lagii.. kitaorg book 3 lane, 2 lane adult 1 lane utk kids. Sebenarnya saje lah nak main sbb Idie yg beria2 promote cakap nak score 150 sebelah mata je! Apalagi berapi la yg lain nak tengok bukti!! huhuhuh

Kitaorg o-som buat 2 group.. Aku ngan Abang tak satu group! Perlawanan sengit aaaa sbb ada satu masa tu score 2 group tu sama!! Budak2 open satu lane kebetulan lak sebelah lane diorang ada la sorang Ayah tengah train anak dia main so dgn budak2 ni la dapat kelas bowling percuma! siap boleh strike tuhhh!!
Yang besttt Along yg tak pernah main seumur hidup ni pun first bowl strike jugakkk!!!
Memang teruja giller aaa.. aku yg dah nak 2 tahun tak main pun hancuss gakk score...
Final result group aku kalah tipis je ngan group Abang.. budak2 plak tak sedar dah bantai 3 game!! Dan yg penting.. Idie.. tak cecah pun angka 150 tuh! cessss!!!

Lepas game terus gi rumah Along utk acara bakar membakarr... makan n chit chat sampai kenyangggg.. huhuhuhu!




Semalam dapat berita by new born nephew, Fahim Luqman kena jaundice tinggi (500 ?? )
dan dah ditukarkan darah lewat pagi tadi jam 4 pagi sebab mencecah bacaan 540!
Aku terkejut gak dengar tau-tau je Ma dah kena tahan wad kat Hospital Temerloh

Aku pun googling some info berkenaan jaundice...
Some good info
http://drazwan.blogspot.com/2007/11/neonatal-jaundice-dan-perawatannya.html
Other Info :
Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

Demam kuning normal (physiological jaundice). Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 - 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

Demam kuning pra-matang. Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice). Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% - 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.


Basically Danish & Dania pun pernah kena jaundice. Danish mild je, Dania dulu kena prolonge jaundice lagi... jaundice nyer tak tinggi sangat tapi lamaaaaaaaaaaa...
merasa gak lah 3 hari duk wad & Dania duk bawah lampu fototerapi tuhh.3 minggu baru hilang jaundice Dania.. Bak kata orang Dania ni "kaki jalan" sebab 2 hari sekali aku akan bersiap dan siapkan Dania pergi cek darah.. aku dengan berbengkung dan stokin dan Dania pun sampai kalau cek darah tidur pun tak bangun sebab naik lali dgn jarum cek darah tuu...huhuhuh

Alhamduillah sekarang Dania dah sihat, riang & cergassssss

Untuk Fahim, kami doakan semoga cepat sembuh & Ma, tabahkan hati ya!






Aku nak update beberapa entry yg pending nihh..
Entry 1:
Hari cuti CNY... lepak kat rumah sebelum balik kampung
Kat Astro ceria ntah ada berapa episode Ultraman bersambung2..sekali ngan Ultraman the movie lagi. Dah hujung-hujung tu Danish pun dah naik hantu tengok Ultraman
bergasak dgn raksaksa...
Memula yang jadi mangsa aku & Abang aaaa kena 'serang' ngan Danish..
Tak larat kena serang ngan Danish last2 aku bagi idea
Aku : Danish.... haaa macam ni.. Pooh jadi Raksasa, Danish jadi Ultraman.
Danish lawan ngan raksaksa pooh!

Danish tersengih2 dengar saranan aku.. apa lagi terus laaaa kena 'serang' plak pooh tu... habis dia tendang, dia tumbuk, dia lempar nya 'raksaksa' pooh tu... memang berlawan bersungguh-sungguh sampai la kepenatan dan berpeluh2!
Iskk iskk iskkk budak2 ni kalau tengok kartun mmg menghayati sungguh & terus praktik plak!!! Aku yang tengok yang letihhh!!!!