Pernah tak korang rasa.. ada hari-hari special tertentu dalam setahun tu, mula la kereta korang buat bermanja-manja mintak dibelai jugak..?
Contoh time hari nak gaji, hari nak dapat bonus... termasuk hari-hari nak dapat increment? Ada tak ada tak..? ekekekkeke

Contoh la.. aku bulan ni baru la nak dapat increment baru utk 2008. Surat tak sempat dapat kereta dah masuk workshop!

Cerita nyer macam ni.
Ada la satu hari ni aku nak keluar tengahari cari gadjet kat Alam Central. Tengah aku drive tu tiba-tiba rasa mcm kereta aku bunyi bising yg pelik. Aku matikan radio & aircond kereta.. still berbunyi lagi dan tak lama tu aku rasa kereta aku nyer absorber mcm tak function. Setiap hentakan tu aku boleh rasa! Sah la ada something wrong ngan tayar aku ni. Sisebabkan masa tu aku drive kat lane kanan dan tak ada tempat parking yg sesuai *kat area flyover dpn balai bomba kat meghala ke PKNS* so aku terus la tukar lane and drive slow sket sampai kat tepi Alam central! Baru la aku berenti tepi dan turun tengok tayar kereta!

Tengok-tengok.. Ya Allah! Memang dah tak ada angin dah tayar keta aku ni.. nak kata pecah, tak le bersepaiii.. tapi camni la ghopernyerrr. Entah berapa meter la aku jalan on sportrim uhuk! uhuk!


Dah le panas tengahari buta ni... iskk iskk iskk.. aper aku nak buat nih. First.. tepon Abang laaa.. Abang pun memula dengar terkejut gak. Abang advise, suh cari parking yg teduh sket pas tu pi cari pak Guard The Store yg berdekatan..
Kebetulan kat situ ada mcm turnel bangunan so aku pun alih keta ke depan sket bagi teduh pas tu cari la Pak Guard The Store.
Alhamdulillah.. seb baik la ada yg sudi membantu. Pak guard yg bertugas tu tolong panggil kan guard lain utk datang tolong.

Tak lama menunggu, datang la 2 orang lelaki. Lepas tu kira diaorang la yang tolong
tukarkan tayar yg dah tak berangin tu dengan tayar spare. Tung tang tung tang setengah jam jugak la kot. Pas tu diorang suh isi angin lagi..
selesai process tukar tayar, aku pun mengucapkan terima kasih sambil nak huluq la sket buat upah penat seperti yg disarankan oleh Abang. Tapi 2 orang ni tak nak pun ambik... 'Tak apa lah, sikit ja. Perkara kecik je ni..' Katanya.
Alhamdulillah, masih ada jugak insan perihatin yg masih ada keihklasan untuk membantu yg dalam kesusahan kat Malaysia ni.
Kepada hamba Allah yang telah bersusah payah membantu aku tukar tayar tu, aku doakan semoga kalian dimurahkan rezeki.. InsyaAllah.

Lepas tukar tayar, aku terus pergi ke stesen minyak isi angin seperti yg dinasihatkan. Petang tu balik kerja, terus la drive masuk kedai tayar...
Dipendekkan cerita, tukar tayar belakang 2 biji, buat balancing tayar, repair spot rim yg benkok, buat allignment tayar, pasang screw chamber & balancing chamber, tukar tabung exzos etc ....kachinnnn! RM 600! Ohok ohok!

Anyway, first time la aku tengok machine repair spot rim. Memula ingatkan macamana la dia nak repair sportrim yg bengkok tu.. rupa2 ada satu machine khas utk repair sportrim ni. Aku gambarkan macam org buat tembikar tu... kira dia potong skettt la bahagian yg bengkok dan menurut tauke kedai tayar tu, satu sportrim max ke 5-6 kali je boleh di'repair'. Kos satu sportrim ialah RM50! Rupa-rupa tayar belakang ni pun dah 3 tahun pakai tak pernah tukarr...muahahahahah! Kira OK la tiewwww..... dah 3 tahun pakai.

Mata bengkyo ni narimashita ne!
Saikin nanka shigoto ga daruii te kanji. Sekinin mo shigoto mo fuetekite, karada mo atama mo tsukareru te.... fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Sejak kebelakangan ni aku perasan, kalau mengadap skrinn computer LCD kat opis ni lama sangat pedihh gila materr! Pas tu mula la mata merahh. Rasa panass berair pun ada... Mikata no sei mo aru no kana? ima made heiki datta no ni ne. Doushite nan darou ??!

Adakah ini tanda2 aku ni dah nak kena jadi minah specky? Ishhhh! So far kalau ikut history family aku tak ada sorang pun yg specky kecuali lah mak & abah yang dah rabun tua la ni. Teringat kalau kat nihon dulu ada la eye drop utk refreshing mata, kalau pakai tu rasa ringan & segar je mata.. tokuni asa nebou shichatta toki, donnani me ga akakutemo, titik 2-3 sugu mashiro ni natteshimau no. Tapi kat Malaysia ni aku tak jumpa lagi eye drop yg powerfull cam tu.. pagi tadi sempat la singgah 7 eleven sebelum sampai ofis beli Eye Mo la konon.. sekali baca contents dia - Boric Asid 12.89gm ? Eeeee.. daijoubu dakke... Nanka osoroshi neee....?

Malam semalam balik kerja aku sempat singgah beli Timun. Malam lepas dah siap makan, tengah lepak2 tu sempat la aku hiris timun tu nak buh kat mata. Buat treatment sendiri je lah kat rumah. TAPI..! Tak dan aku buat treatment, dah ada dah sorang pelanggan mintak buatkan treatment kat dia...saper lagi kalau bukan hero cilikku yg sorang ni - Danish! potong stimm betulll laaa... hik! hik! Anyway, memang sangat refreshing la buh timun kat mata sambil lelap ni. Sejuk & nyaman je rasa...tak nak try ke?

La ni tgh tunggu giliran kat Maybank sek 20 shah alam. Ambik cuti dek kerana beberapa urusan bank yg dah tertangguh setelah sekian lama. Dah nak 2 jam menunggu punya la lembap! Argh!! Saje belek2 n test power Opera Mini yg ada dlm HP ni buat lepas2 tension. Ok gak, leh la surf2 FP n blog drpd melangok nungu nomo naik. Ok, upload satu dulu. Cantekkk!

PART 2: (Tgh godeh2 nak upload pic. Tak jadi lak). Apalah maybank ni. ATM kad aku dah le kena telan. Ari tu tepon service centre kata suh collect kat sek 20. Hari ni dtg dah beratur nak dekat sejam kata dah hantar kat seksyen 14 la pulak! grrrrr!! Nak gi sane lagi la ramai manusia! Penyudahnye buat card replacement tapi seramai2 manusia yg apply ni sorang je yg handle?? Tahun bila nak siap weii?? Ikut nomo kena tunggu giliran 10 orang je tapi dah nak sejam setengah menunggu baru org ke 7! Aku nengok muka2 org yg menunggu pun semua dah mcm sardin makan cuka. Adoyaiii! Nilah Maybank yg LEMBAP lagi menyusahkan! Nak buat SI nak kena ada passbook la pulak yg aku tak tau kat mana sebab tak pernah pakai sejak2 guna Maybank2u 5 tahun lepas.




PART 3: Dah siapp!!! Ni dia ATM card baru aka Debit Card Maybank. Boleh keluar cash dimana2 ATM machine yg ada logo VISA diseluruh dunia. TAPI 3 JAM nunggu wehhh!!!!

Settle ATM card gi settle duit keta kat AmBank. Pi bayar kat kaunter queue 15 orang ada la dalam sepuluh minit. Pastu gi Maybank 14 lak buat SI (Standing Instruction) suh Maybank bayar terus duit keta ke akaun Ambank.. senang citer. Gitu gini gitu gini, nak close passbook Maybank terus... menyusahkan jek. Bukannyer pakai pun tapi kalau ada apa2 nak kena bawak senang2 close terus buat bookless. Penyudahnyer, tak yah buat SI pun. Kalau tak charge RM5 per transaction. Tapi nak close passbook pun nunggu nak dekat 2 jam queue 8 orang. Memang Maybank superb lembap tahap dewa!!!!*Sorry to say*

Rupernyer la ni Maybank dah boleh buat Fund Transfer ke akaun Hire-Purchase AmBANK. Cuma masuk kan no.akaun Hire Puchase 14 digit and click enter! Settle!! Dulu pernah check rasa tak leh lagi.. sejak bila ntah dah bolehh.. ekekkee. Anyway, Benkyo ni narimashita!