37 hari!
Itulah bilangan puasa yang aku nak kena ganti. Datang dari mana??
7 hari - Ramadhan 2006
30 hari - Ramadhan 2007!

Hujung tahun 2006 tu aku dah start pregnantkan Dania.
Sepanjang mengandungan Dania, perut sentiasa terasa lapar.. sentiasa kena makan.
Seawal pukul 8:00pagi lagi perut dah berbunyi minta diisi. Pagi-pagi on the way pergi kerja tu biasanyer aku dah beli siap2 kuih and 'bersarapan' sambil drive.. hehehe.. sebab tu atas meja aku sentiasa standby makanan sebab perut cepat 'berkeroncong!'Moralnye, tak dapek la aku nak ganti posa dek keroncong baby dlm perut yang kerap berbunyi.

Masuk 2007 pulak aku bersalin 1hb Sept.. 2 minggu sebelum puasa.
So masa ramadhan 2007 tu aku pun tak abes berpantang so terpaksalah selalu temankan orang2 yg berpuasa berbuka.. heheheheh.
So tahun ni.. total semua 37 hari nak kena ganti! ohok!
Marathon posa la den tahun ni....

So sampai kala aku menulis kat sini, baru dapat ganti 8 hari! meaning ada belen 29 hari lagi.. ramadhan pulak tinggal 2 bulan je lagi. Aku congak2, katalah sebulan ada 4 minggu, pas tu katerlah 3 minggu je aku leh posa secara deretttt aka marathon.. so bermaksud 2 bulan ni mmg kena betul2 posa derettt la jawabnyerrrr! Tak leh stop langsung ni!

Nak dijadikan cerita, pagi tadi pun sama lah. Sebelum tidur dah niat esok pagi nak bangun sahur. Yang aku ingat, pukul 5:00pagi aku rasa macam ada terjaga... pastu pejam mata balik. Sedar kali kedua dah pukul 5:30pagi. alamak! Dah nak subuh dah. Aku nak bangun tapi Dania pulak merengek2 nak menyusu. So layan la sekejap. Bila dia dah lena balik aku terus turun bawah. Sempat aku capai roti Gardenia atas meja & Tuna mayo dalam tin. Sapu tuna atas roti dan ambil sekotak air soya *bekal Danish pergi school* dan duduk kat sofa depan TV. Jam dah nak 5:40pagi. Terus tekan remote astro bukak astro Awanis.. dalam hati berkira2 jugak dah subuh ke belum ni.. tapi rasa cam belum. Sedang aku dok mengunyah roti tu tetiba kat TV berkumadang azan subuh..! Errkkkk!!! aku terkeduuu seketika....*alamak dah Azan la..* getus hati aku. Spontan tangan terus menadah roti yang sedang aku kunyah dan dek tekak yang tak selesa terus aku sedut air soya.. Lepas tu aku termenung.. eh cam ni? Lepas seminit dua baru lah azan subuh dari Surau tak jauh dari rumah aku berkumandang. Dek rasa terkilan, hati mula la was2 nak ikut Azan TV ke Azan surau..?

Pagi sebelum pergi kerja Abang pesan.. 'ikut je lah Azan TV confirm tepat waktu' sekaligus menjadikan posa ganti aku yg lulus masih angka 8 dan bukan 9! uhuk!uhuk!

Tapi bak kata orang, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnyer. Hari ni kat ofis ada training ISO16949 2 hari sejak semalam. Kebetulan ofis-mate aku pelawa pulak aku temankan dia makan free dengan instructor! Yatta ne!
Alhamdulillah..

Baru balik dari T.O.T (Training For Trainers) yang berlansung di BakauGruv, Morib petang semalam. Aku bersyukur sangat2 kerana diberikan hidayah dan semangat untuk menyertai program TOT tahun ini anjuran ALEPS-Alumni Look East Policy Society.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Exco ALEPS yg terlibat menjayakan program
hebat ini. Program in sangat memberi manfaat dan cukuplah aku katakan Penceramah yang di undang ialah Dr. Hj Muhamad Jantan iaitu Perunding dan Pakar Motivasi & Psikologi berpengalaman yang jugak agak terkenal di tanah air. Jika ingin tahu lebih lanjut, carilah mingguan Wanita - Segmen Mencari Keredhaan Mu. Di ruangan itu setiap keluaran pasti ada coretan dari beliau.
Kali pertama aku mendengar ceramah Motivasi beliau ialah pada tahun 1993- ketika aku masih di form 4, kira-kira 15 tahun yg lalu! Ketika itu aku menghadiri Kursus Motivasi pemegang biasiswa Telekom yang berlangsung di Bukit Beruang, Melaka. Masih terpahat dalam ingatan- beliaulah yang mengajar tentang konsep gelombang alpha-betha dan manfaatnya dalam process pembelajaran. Teknik itu memang sungguh aku amalkan dan alhamdulillah, aku akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke negara matahari terbit!

Tak lupa aku amat berterima kasih kepada Abang, kerana memberikan aku 'ruang' dan sudi mengambil alih tugasku sebagai ibu - menjaga Danish & Dania sepanjang ketiadaan aku 2 hari 1 malam tu. Rindu berjauhan memang terasa tapi disebabkan schedule program yg agak padat, aku akhirnya memutuskan tidak membawa mereka bersama sekaligus menjadikan itulah kali pertama aku berpisah dengan Dania yang masih menyusu badan. Kebetulan pulak Along buat majlis harijadi kembar sulungnya itu so Abang la yg hadir bersama Danish & Dania memeriahkan majlis. Bila malam dengarnya Abang yang menjadi mangsa 'diserang' Dania kerana nak menyusu! Anyway, terima kasih yang tak terhingga buat Abang!

Di akhir program, hanya satu sahaja permintaan aku dari Exco2 ALEPS, agar diadakan lagi satu sessi bersama Dr. Hj Muhamad Jantan kerana aku rasakan tidak cukup ilmu yang sempat di pelajari sepanjang program TOT ini... memadai program sehari - pagi ke petang. Moga diberikan kemudahan agar program itu dapat dilaksanakan. Kepada warga ALEPS yang lain, jika diberikan kesempatan dan kelapangan, usahakan... usahakanlah untuk hadir! Pasti kalian akan tahu dan sedar betapa RUGInya kalian mensia-siakan program seperti ini. RUGI S.A.N.G.A.T! Ingat! '..jamahlah hidangan yang terhidang selagi ia masih mampu dihidangkan.. jangan nanti bila tiada lagi apa2 yang mampu dihidangkan barulah kita sibuk mengutuk dan meminta-minta!' Ketika itu tiada siapa yg boleh dipersalahkan melainkan diri kita sendiri. Kenapa kita lebih suka menangisi kehilangan dari menghargai anugerah ketika masih ada. Fikir-fikirkanlah!
21th June 08...

Hujung minggu adalah hari yang sentiasa aku nanti-nantikan...
Itu je lah masa yang ada untuk aku habiskan bersama keluarga-suami dan anakku yang comel
dan semakin keletah. Hari kerja kadang kala terpaksa balik lambat.. dah terbenam matahari baru jejak pintu rumah.. then baru jumpa sejam-dua dah masuk waktu tidur.

Minggu ni pun macam tu juga..
Pagi bangun macam biasa hari cuti. Dania yang terjaga dulu lantas aku pun turut terjaga. Anak dara sorang ni memang tak boleh lekang dari aku.. susu badan la katerkan. Celik je mata dah
"mengempeng" - kata orang jawa. Puas bergolek dgn Dania, bangkit terus mandi dan menyiapkan sarapan. Pagi ni aku masak nasi goreng, keropok goreng , telur goreng dan seteko air milo panas. Seketika kemudian Abang dan Danish pun turun kebawah. Danish terus mintak nak masuk pool so Abang pun terus tadah air dalam pool Danish. Then Danish & Dania pun pakat mandi dalam pool. Aku pulak angkat segala sarapan yg dah siap dan hidang ke meja luar. Memang paling menyeronokkan kalau hujung minggu dapat bersarapan kat luar, menghirup udara segar sambil perati Danish & Dania bermain. Selesai bersarapan dan puas melayan dua beradik tu berendam, bermain dan bersarapan kami pun masuk kedalam rumah semula. Jam dah pun menunjukkan pukul 10 pagi! Cepatnyer masa berlalu..

Then bermulalah acara 'laundry marathon' pulak he he. Tak adalah banyak sangat tapi belum pun sempat 1st round Abang dapat panggilan dari Along -my SIL. Pinta Abang ke MTD utk ambil report card Iwan - my BIL. So dengan schedule ad-hoc tu kami pun bersiap-siap lah nak keluar. Gitu gini2 pukul 11 jugak baru nak keluar dari rumah. Sampai ke MTD jam dah pun menunjukkan pukul 12:15 tghari. Kesian kat Iwan menunggu.. acara sepatutnyer bermula pukul 9:00 pg dan tamat pukul 1:00thari! Aku pun agak kesal. Kalau kami tahu lebih awal pasti kami dah sampai lebih awal...
Hari tu ialah hari ibu-bapa bertemu dengan guru2 pelajar. Utk Iwan Abang lah wakilnya. Mungkin Along pun pada mulanya berhajat utk pergi tapi kebetulan hari tu jugak Along sendiri terpaksa ambil report card anak2 Along so tak sempat barangkali. Surat dari MTD pun tak pulak kami terima. So dalam waktu yang singkat tu dapat jugalah kami bertemu guru skuad Iwan - mcm guru mentor begitulah. Bertanyakan perkembangan & pencapaian Iwan sampai setakat ni di MTD sekaligus menjadikan itulah pengalaman pertama bagi aku dan Abang sendiri mengambil report card bukan utk anak tapi untuk adik mengantikan tempat Mak & Ayah mertuaku yang telah kembali ke Rahmatullah. Selesai bertemu guru skuad kami pergi pula berjumpa dengan guru Add math Iwan. Result kali ni Add Math lah yg terendah sekali markah nyer. Setelah berbual dan mengetahui perkembangan Iwan di sekolah kami pun pergi lunch. Berbual bertanya khabar dan memberi kata2 semangat. Semoga Iwan terus meningkatkan usaha tanpa mengenal jemu dan mengekalkan kecemerlangan yang pernah dikecapi sebelum ini...

Kembali dari MTD kami terus bergegas ke Ampang Putri Medical Center.
Kebetulan jiran kami - K.Zie di masukkan ke ICU selepas pembedahan
Appendix awal minggu lalu. Itu pun aku terima khabar dari jiran pengasuh Danish - K.Ida yang juga kawan kepada K.Zie. Sempat kami singgah ke Ampang Point membeli basket flower sebagai buah tangan walaupun tidak pasti boleh ke bawa ke ICU tu ke tidak. Sampai di sana K.Ida sekeluarga pun ada. Aku masuk menjengah K.Zie yang kelihatan teralu lemah. Kurus sungguh aku lihat dia. Sejak operation tu dengarnya K.Zie langsung tak boleh makan. Perutnya langsung tak boleh menerima makanan jika tidak pasti dia muntah dan semalamnya K.Zie pengsan. Tu yang terus dimasukkan ke ICU. Aku pun tak bercakap banyak dengan K.Zie disebabkan keadaan nya yang lemah. Cuma ada dia berkata.. 'doakan saya ya'.. sebak sungguh aku dengar. Aku gengam tangan K.Zie yang kesejukan. Aku usap rambut K.Zie dan minta supaya dia kuatkan semangat, tenangkan fikiran dan banyakkan berzikir. Doaku Semoga K.Zie tabah dan segera di pulihkan kesihatan seperti biasa... Amin.

Kembali dari Ampang Putri medical centre kami menuju ke Mid Valley. Lama dah tak jejak sini rasanyer. Kali terakhir pun ada la 3-4 bulan yg lepas. Kat Mid valley cuma ronda2 window shopping je lah. Minggu sebelum gaji la katakan, parking PI pun ada kosong! Hehehhe. Sempat kami singgah ke Garden cafe dalam Jusco tu yang ada jual Asam laksa sardin! Lama betul tak singgah sini. Bila sampai kali ni dah improve sket tempat dia. Kerusi meja semua dah tukar dan semakin luas. Kami sampai tu terus ada meja kosong tak macam dulu, sentiasa penuh dan terpaksa diri sebelah mana2 meja yang orangnya mcm dah nak abis makan baru la dapat duduk isk! isk! Aku dan Abang 2-2 order Asam Laksa sardinnyer tuh! memang kick abesss! dari dulu tak berubah pun rasannyer .. tetap kawww!! cuma yang berubah - harga! Semangkuk asam laksa + air soya = RM8.50! Anyway aku pun tak ingat pun harga lama.. Aku rasa slightly cheaper la.. anyway, lantak la labu. Janji makan sedapppppp!!!

Siap makan2, ronda sket.. ada pulak ING buat roadshow.
Ada la sebijik racing car utk tatapan umun dan juga gelanggang
remote control car. Sonot jugak tgk budak2 main remote control car tu. Danish la yg teruja lebey!! Penat menonton kami pun bertolak balik. Dalam perjalanan sempat lagi Danish request nak makan KFC! budak2 sekarang...*geleng kepala*. Sampai kat Puchong Abang pun singgah la KFC Puchong Jaya nun menunaikan permintaan si bujang sorang tu. So malam tu dapur aku pun tak berasap. Menghadap KFC satu family sambil menonton TV he he. Begitulah berakhirnya hari Sabtu tu...