Ini ialah kek Burfday ke-2 Danish tahun ni. Yang first tu Abang belikan dimalam hari jadi Danish. Yang ke-2 ni beli sebab Ahad tu ingatkan nak ajak Mak Long datang rumah. Lagipun sepupu2 Danish, anak dara 4 orang tu pun dah lama tak datang rumah...

Sabtu malam ahad tu lepas balik kerja (OT), dalam kul 8:00 ml kitaorang keluar la gi Giant. Beli bahan2 basah sket untuk masak esok. Menu nasi putih ngan lauk pauk je

Habis beli & bayar, macam biasala, mama tunggu Dania & Danish kat lobi punggah barang tu. Bila papa sampai ngan keter, papa buka bonet dan mula punggah barang dari troli masuk bonet.
Masa tu Pak cu Danish ngan kawannyer balik hujung minggu. Mama masuk dlm keter dulu ngan Dania dan duduk di seat depan. Danish pulak masuk dlm keter duk kat seat belakang.
Kek Bufday yg Danish pilih sendiri tu tadi di letakkan kan seat belakang dengan pintu belakang yg masih ternganga. Bila dah duduk aku pun susukan Dania. Danish nampak dan terus mintak susu jugak
'Nanti yer, tunggu papa masuk..' balas ku sambil menoleh kebelakang
'Alaaaaaa.. ' jawab Danish merengek. Dan dengan ringan tangan dan tanpa
disangka-sangka dia capai kotak kek yg kat atas seat tu dan dicampakkannyer keluar kereta........! Kek tu memang mendarat kat lantai lobi pun...!!!!
Aku yg terkedu terus je mencubit Danish.
Dan Danish terus melalak....!
'Uuuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........................!'
Aku dengan hati yang bengkek melihat kek yg susah payah aku & abang belikan dicampak keluar kereta! Boleh ke imagine orang campak kek? Selalu kita bukan main handle with care lagi kalau kek ni..
Aku pun terus berceramah pada Danish. Masa tu Pak ucu & kawannyer pun dah masuk dalam kereta. Bila Abang masuk Danish terus mengadu
'.. mama buat. tak nak kawan dia (mama)..'
'.. Danish buat apa tadi?'
'..tak nak kawan dia..'
aku terus balas
'.. Danish yang buat. Kenapa Danish campak kek yang papa & mama belikan...
Ada mama ajar Danish campak-campak barang?'
'.. Kan mama & papa susah-susah belikan Danish kek. Esok kak Long, Kakak Alya nak datang, nak celebrate bufday Danish, kenapa Danish campak-campak kek tu..' Ujar aku dengan nada yg agak kesal & agak sebak. Sebak beb bila benda yg kita dgn excited belikan utk menggembirakan hati sesorang tetiba dicampak macam barang tak berguna... walopon ngan anak sendiri.
dan pot pet pot pet pot pet lagi apa tah pada Danish. Tak lah aku marah2 cuma syco Danish. Last-last tu Danish yg masih merengek2 duduk kat tgh2 antara seat aku & Abang dan cuba nak lentok kepala kat bahu aku. Terus aku alih badan aku.. Danish terasa hati dan lagi kuat melalak!!!
Aku diamkan je sambil Abang memujuk Danish.
Aku masih buat tak tahu.
Last last Danish bersuara
'Mama... sayang Danishhh. Sayang Danish..' Ujar Danish sambil melentok kat kepala aku minta simpati. Aku pun akhirnye sejuk ati..
' Ok.. Mama tau Danish budak baik, dengar cakap mama ngan papa. Lain kali jangan buat lagi tau. Jangan campak-campak barang lagi. Mama tak suka..' Balas aku lembut sambil cium kepala Danish
'Ok...' jawab Danish innocent dan keadaan kembali reda.

Balik tu sampai rumah aku pun tak sabar nak
tengok ruper kek yg dah tercampak dari kereta tadi. Aku bayangkan mesti tak ada rupa kek dah sebab aku nampak kotaknyer pun kemek sikit masa Pak cu angkat masukkan kotak kek tu dlm kek balik. Bila buka2 kotak ini lah yang aku lihat..

Nasib baik masih ada rupa macam kek lagi....
Alhamdulillahhh!!! Syukrannnn !!!Hati terasa begitu gembira dan puassss....!!!

Akhir nyer dapat jugak aku tunaikan hasrat hati kepada kedua ibu bapa yang amat aku kasihi.
Berangan tu dah lama, baru sekarang dapat aku realisasikan.. alhamdulillah...! Semoga Tuhan memberkati dan memurahkan rezeki kami sekeluarga, dan semoga dengan limpah rahmat dan kurnia Nya maka kami juga tidak akan sekali-kali terlupa tanggung jawab kepada yang lainnyer...

Walaupon bukan LCD TV leper yang sedang diminati kini, tapi cukuplah dengan saiz skrin yang sedap mata menonton. Tak lupa aku subscribe kan sekali Astro sempena AF6 yang baru hendak bermula. Bukan di kampung tidak ada TV, aku rasa ada la 3-4 biji, saiznyer pun 21-25 inci. Tapi kesian jugak, TV kat kampung tu ada yang dah rosak.. ada yang tombol siaran pun dah tak tau kemana pergi. Ada pulak yg dibeli semasa banjir Kota Tinggi tahun sudah tu. Itu pun dah 2 kali repair.. pernah sedang menonton 'color' lari.. ketuk sana ketuk sini baru lah OK..
Tak mengapa, aku dah belikan yang baru. Yang itu boleh la buat spare dlm bilik tidur ya nanti. Astro pun bukan tak pernah ada, dulu Kakak sulungku yang tanggung tapi setelah dia beli rumah sendiri, komitmen pun dah tinggi. Jadi tak mengapalah, biar aku pula yang ganti...

Raya Cina lepas yg sudah tong-tong jugak dgn Kakak sulungku tu. Kami gantikan peti sejuk yang lebih besar dan tinggi... 470 liter lagi!. Menggantikan 2 peti satu pintu yang freezer nyer pun dah tak berapa nak berfungsi.

Bukan nyer aku nak promote kat sini, tapi aku selesa betul berbelanja di SenQ. Warranty setahun jadi ahli ditambah warranty setahun lagi. Pergi je mana2 cawangan kat sini (selangor), pilih je barang mana berkenan. Rabu minggu depannyer ada lah orang hantar & pasangkan sehingga ke rumah di Kota Tinggi! Astro & TV tu pun sampai suprise!!! Dengarnya mak & abah senyum sampai ke telinga! he he he..

Emak & Abah,
Pemberian yang tak seberapa ini pun belum tentu dapat membalas dan mengganti,
segala pengorbanan, penat jerih mak & abah membesarkan kami selama ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi kebahagian di hati kalian...

Selamat ulang tahun ke 57 & 67 tahun ini. Semoga Tuhan terus memberkati, melindungi dan merahmati hidup Mak & Abah yang amat kami kasihi..

Aku sentiasa ingat kata-kata seorang tua yang berbunyi :-
"Umur orang tua kita akan terus bertambah. Orang tua kita tidak akan menunggu apa-apa lagi.
Jadi tunaikan la segala apa yang terlintas dihati selagi hayat dikandung badan supaya tidak menyesal di kemudian hari..."

Ini dia hadiah beli Susu Formula dalam tin Danish. Dia yang pilih sendiri antara 4 jenis alat muzik yg ditawarkan. Semua comel-comel mama tengok. Lepas bayar, pergi service kaunter pulak dapat redeem t-shirt untuk Enfagrow dlm kotak. Tak dan keluar, Danish kalut sibuk nak kan xylophone dia ni. Dapat-dapat je tau lagu pertama yang dimainkan...?
Lagu Mawi dan M.Nasir..
Lagu cinta lagu Jiwa
Beriya-riya sungguh dia menyanyi sambil mainkan xylophone nyer tu dalam troli.
Mama nak tergelak tengok...
Suara bleh tahann laa.. tapi lirik ngan melodi... errrr 'ke lautt abessss!'
ekekekkeekke!