Hari Rabu balik kerja, dalam perjalanan
Ringing tone lagu mirai berkumandang
'Elo Mama, jom bawak budak2 jalan gi Putrajaya malam ni?'
'Malam ni? ' tanya ku agak musykil kerana hari ni hari kerja dan aku pun tak le awal sangat balik kerja. Dah maghrib pun. Tapi bolehhh je.. tak ada masalah pun. Kalau Abang dah offer tu terima je lah kan!
'Ok. Boleh lah' balas ku
Sampai rumah sempat jugak berehat seketika dan bersiap. Gitu gini gitu gini pun pukul 9:00 malam baru keluar rumah. Sampai sana tempat makan yang selalu kiraorang pergi dah pun nak tutupp .. almaklum dah kul 9:00 lebih.. last2 lepak kat kedai mamak.. order mee goreng basah dan maggi gorengg.. nyum nyum!
Lepas makan dah dekat kul 10:00 malam baru la bergerak ke dataran depan masjid putrajaya. Danish suka sangat main kat situ.. tak ramai sangat pengunjung waktu tu. Almaklum dah pukul 10:00 malam, hari kerja pulak. Tapi bagus jugak, tak la Danish rambang mata..! Kalau tidak, habis mainan orang yg dia nak kejar.. padahal sendiri pun ada je.. haii, tu la budak kannn...
Malam tu Abang bawakkan basikal & raket badminton Danish. So puas la Danish pusing2 kat dataran tu naik basikal.. pas tu main badminton pulak. Baru lah boleh concentrate dengan peralatan sendiri .. pernah sekali datang dia tengok orang main kereta remote control, habis dia kejar kereta tu ke sana ke mari. Gelak2 je budak2 yang main remote tu.. elok sangat ler tuu..
Dah hampir pukul 11:00 malam Abang dah nak ajak balik. Tu pun Danish merengek2 tak nak balik, belum puas main. Padahal nak satu jam pun! sabor je laaa.. pastu Abang pujuk ajak gi tengok lampu baru la OK sket...
Pas tu gi berenti lepak kat Jambatan kabel yang penuh ngan lampu2 tuu.. Dah puas baru bertolak balik rumahh.. sampai nak kul 12 malam dahh.. ngantuk nyerrr..!
Tu la pekena meronda hari kerja.. ehhehehe