Rentetan kisah Danish yang baru dapat basikal baru di hari lahirnya yang ke-5 kira-kira 2 minggu lepas.
Situasi :
Aku yang baru sampai rumah hampir jam 8 malam. Sebaik saja kereta masuk ke perkarangan rumah macam biasa Danish & Dania akan menyambut kepulangan aku dengan wajah penuh girang. Sebaik aku turun dari kereta Danish sambut aku di tepi pintu kereta dengan kata-kata
Danish : Mama Danish nak pinjam basikal Daniel *anak jiran sebelah rumah*.
Aku : Eh.. kenapa nak pinjam basikal Daniel. Basikal Danish kan ada.
Sambil aku buka pintu kereta belakang mencapai bungkusan barang yang sempat aku beli di kedai tadi.
Aku : Danish ni mama ada beli makanan..Danish nak tak? Danish tolong mama bawa masuk ya.
Tapi sebaik aku berpaling tengok Danish dah terpacak di porch kereta rumah jiran sebelah yang pintu pagarnya sedia terbuka dengan Danish memegang basikal milik Daniel.
Aku yang dengan tangan penuh dengan bungkusan barang...
Aku : Danishhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................!!! Tak boleh ambil barang orang tak minta izin.
Daniel tak ada tu. Mari balik! Teriak aku dari jauh
Danish : Alahhhhh... Danish nak pinjam jerrr... balas Danish dari jauh
Aku : Ye lahh.. nak pinjam tapi tuannya tak ada tak boleh laaa... mari balik. Ajak aku lagi
Danish : Tak nakkkkkkkkkkkk.......................!!! Berontak Danish hampir nak mula nak menangis.
Aku dah la baru sampai.. hari dah makin gelap, kat tangan penuh bungkusan kiri kanan. Malas aku nak terpekik terlolong maghrib2 terus aku capai pintu pagar dan kunci!
Danish apa lagi.. terus meraung bila nampak pintu pagar rumah dah bertutup. Aku terus masuk rumah letak barang. Kejap lagi bila keluar tengok Danish dah berjalan balik sambil menangis-nangis.
Sebaik saja aku bukakan pintu pagar terus aku pegang Danish sambil berkata
Aku : Danish, kalau Danish tak ada kat rumah, pergi sekolah lepas tu ada orang datang rumah Danish ambil basikal Danish. Danish marah tak..?
Danish : Tak nak...!!!! Jawab Danish dengan nada keras.
Aku : Kalau macam tu sama juga orang pun mesti marah kalau Danish ambil barang dia tak bagitau..
Danish : Mama.. Danish nak pinjam basikal Daniel sekejap je. Danish dah pandai bawak basikal 2 tayar je. Danish tak nak basikal Danish. Basikal Danish empat tayar (merujuk pada tayar bantuan di kiri kanan tayar belakang). Danish nak basikal macam Daniel !' Ujar Danish bersungguh-sungguh sambil terus teresak-esak.
Aku : Danish nak basikal 2 tayar..? Baru aku perasan yang basikal Daniel tu terbaring atas lantai sebab memang ada 2 tayar utama tanpa tayar bantuan.
Baru aku sedar bezanya. Basikal Danish yang baru di beli memang masih bertayar empat.
Aku : Ooohhhhhhhh............. Danish nak basikal 2 tayar je? Kalau macam tu cakap lah dengan mama. Nanti Papa boleh bukakan tayar kiri kanan tu. TAPI tak boleh ambil barang orang tau.
Terus aku panggil Abang minta tolong Abang bukakan 'tayar bantuan' basikal Danish lantas aku ceritakan pada Abang tentang keletah Danish.
Danish nak tunjuk skill baru kot.. Ujar aku pada Abang.
Sambil Abang 'pomen' apa yang patut aku pun naik ke bilik buat apa yang patut.
Tak lama bila aku turun aku tengok Danish dengan wajah penuh ceria sudah mengayuh basikal depan rumah dengan hanya bertayar dua!
Danish : Mama.. tengok ni mama! Danish dah boleh bawa basikal 2 tayar!! memang sungguh excited Danish dengan skill barunya!
Aku : Waaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh.. hebatnya Danish tu...! Puji aku
Danish : Mestilah ! Danish kan dah besar. Danish dah 5 tahun! Danish dah pandai makan pakai tangan, dah pandai bawak basikal 2 tayar je! Ujar Danish kegirangang ala-ala kembang setaman.
Gambar yang di ambil keesokan harinya.
Baru kami faham perasaan Danish. Barangkali Danish tak sabar tunggu aku pulang hari tu dek nak tunjuk skill baru dia bawa basikal tanpa tayar bantuan! Sebab tu la tak sempat-sempat aku keluar kereta dah excited nak ambil basikal kat rumah sebelah! Aku pula dalam keadaan 'baru balik kerja' hampir-hampir tersalah tafsir niat suci murni Danish. Maklumlah aku bukan Malaikat yang boleh menyelami hati manusia lain. Nasib baik Danish bersungguh menerangkan keadaan. Maafkan Mama ye sayang...
Hari tu buat pertama kali nya Danish berjaya mengayuh basikal tanpa tayar bantuan bererti Danish sudah pandai mengimbangkan badan. Hanya selepas seminggu dia dapat basikal baru setelah basikal lamanya yang bersaiz lebih kecil uzur