Assalamualaikumm.....
Ahaa.. 2 minggu lepas kompeni ada buat event 'Take Our Children to Work"
yang mana pada hari tersebut seramai 70 orang staff di benarkan membawa seorang anak
berusia dari 7-10 tahun ke tempat kerja untuk join event ni.
Event ni berlansung di MPH (Multipurpose Hall) selama sehari suntuk!
Seawal jam 8:30 pagi dah kena register gituh...
Kitaorang dapat table No. 11
Acara sedang hendak bermula di mulakan dengan excersice ringan..
Dah mula naik sheikh... kids di panggil ke baris hadapan dan ada beberapa talk
dan sessi soal jawab @ kuiz berjalan..
Dari aktiviti kat Meja dah berkumpul naik atas pentas pulakkk..
Sedar2 dah break untuk minum pagii...
Take a break japp.. isi perut dulu
Next event, making things from recycle material ahaaa....
Team Danish sedang bersungguh2 diskas n decide nak buat 'produk' apa uhuhuh
Dah dapat idea..! blingg blinggg!!! Buat 'kids fun chair'
Masing-masing mula bekerjasama melekatkan botol2 minuman untuk di buat
dasar kerusi tu
Dan antara kumpulan pertama yang siap dan naik ke atas pentass!!! taraaaaaaaaaa!!!
Antara produck yg di hasilkan oleh kumpulan lain.
Judgement time!!! Tu dia juri juri sedang ronda setiap produk
Meja serbaguna... meja aka tong sampah *bila di terbalikkan*
Next event ~ Movie time..! tayang moie LORAX sambil lunch KFC.. nyumm!!
Of course Mama pun tumpang sekaki wee huuuu!!!
Masa budak2 layan Movie parent apa lagii.. online la sambung wat kerja ofis uhuhuhu.
Danish seronok sungguh hari nii
Next event.. Plant Tour!! jom ronda2 dalam ofis Mama.
Memula sekali gi reception area...
Ni Lobby
Ruang menunggu. Ada Nescafe express, menyediakan minuman panas 3 In 1 sedia menanti bila-bila
masa semasa menungu. Cappucino, expresso, Black Coffee, Teh Tarik, White Coffee,
Chococino.. Mocca semua
ada FREE je.. bleh minum sampai kembung ehehehhe
Ada Klinik dalam campus HP ni jugak just in case kalau tetiba rasa tak sihat badan
bleh terus jalan kaki ke klinik untuk dapatkan rawatann.
Ada Mother's Room jugak *wink!*
Next masuk dalam bangunan.. Meeting Room.
Kebetulan ada orang tengah bermeetingg... live gitew.
Kebetulan ada orang tengah bermeetingg... live gitew.
Ni Video Conference Room.
Mama pun tak pernah utilize. selalu Meeting kat meja sendiri je,
onlinevs Phone meeting
Ahaaa.. ada plak hasil craft
Next E-Club aka Pantry yg di sediakan di setiap Floor.
Bak kata tour lead - tempat Mama /Papa lepak2 kalau penahh..
sambil minum2 dan makan2 snack hehehe.
Of course kat setiap pantry ada 2 machine Nescafe express 3 In 1 tu dan
bleh la minum sampai kembung..
tapi 3 in 1 ni tak leh amalkan selalu punn... maklum la
benda2 yg express & segera ni kan bukan elok sangatt..
so berpada-padalah lahhhhh
Next ke Cafe
Kaunter2 dalam Cafe
Kaunter beverage, buah-buahan and snack
Dalam cafe ada Convenience Store untuk beli makanan2 sampingan,
jajan, ais krim, etc.. roti2 dan barang2 keperluan yg basic ada di jual di sini
Ada kaunter ala-carte.. kalo tak mo makan nasi campur leh order hidangan panass!!
Mee goreng Mamak.. Cantonese Yee Mee.. Nasi goreng kampungg
antara hidangan yg di sediakann. Order sajaaa....!
San Francisco Coffee pun ada kat dalam ni... tak yah di jauh2.. nak lepak kat sini pun blehhh.
Of course bayar sendiri hehehehe
Ok next balik semula ke MPH tadi..
Ahaa.. next pergi Gymm!
Memang teruja la bebudak ni main ngan alat2 sukan yg di sediakan dalam Gym
Danish pun nak test power jugak hehehe
Nak bina badannn pun bleh... ada bran..???
Last sekali Training Room..
ni yang paling budak2 ni sukaa.. dah penat jalan sana jalan sini last2 masuk
training room sejuk beraircond.. kerusi siap bleh pusing2..
masing2 amek feel best nye kalau sekolah macam ni kan heheheh.
sambil belajar leh main pusing2 kerusi empukk! Ehehkk!!
Next Event ~ Kids MasterChef!!! Wallaa..! instructor di bawa khas dari
Sunway College.
Tu dia Chef Danish sedang bertungkus lumus siapkan Cup Cake decoration.
Mama pun nak interpreme.. jadi instructor tambahan kat sebelah eheheheh
Tengok Danish buattt.. dia picit sendiri tuh. kemas jugak laa.
Taraaa dah siappp!!!!!!
Cup Cake yg sudah siap dan
di hantar untuk di nilai oleh para Juri.
Next.. Scavenger Hunt!! Owh game ni agak complicated utk budak berusia 7 tahun.. memang budak2 9-10 tahun je yg konker gam ni uhuhuh
Ahaaa.. sessi bertanya Feed back oleh Mrs MC.
Danish pun sibuk ke depan nak berucapp.. bila di tanya
MC: Which activity you enjoyed most ?
Danish : All except one!
MC : Haaa..? what is that ?
Danish : The Scanvenger Hunt..!
Hahaha.. memang dia tak enjoy lansung game tu sebab tak sempat nak participate kikikiki
Acara hampir sampai ke penghujung.. acara potong Cake.
Tema cake ikut tema movie hari ni ~ LORAX hehe
Dah sampai ke acara penghujung... penyampaian Sijil.
Danish dah habis upacara. Sempat collect belon bawak balik hehe.
Usai acara. Tunggu Papa datang amek je.
Ahaa... Ofis Mama kat belakang Danish tu, kat1st Floor
Hari ni Papa hantar & fetch Mama & Danish kat ofis.
Opsss.. ni masa lepak mengeteh pekena teh tarik pagi tadi kat cafe uhuhu
Petang order ala carte masakan panass
Danish cam biasa paling berselera
Masing2 khusyuk isi peruttt
Dania pun berangan nak jadi chef gakk
Perut dah kenyangg.. tak yah masak dah malam ni yabedabeduu!! uhuhuhuhu
Danish & Dania last pose sebelum balik umahhh
ALhamdulillah.. Danish enjoyed sangat2 hari ni dengan aktiviti sepanjang hari.
Hopefully next year bleh join lagi event ni *wink!*