Showing posts sorted by relevance for query jusco warehouse sales. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query jusco warehouse sales. Sort by date Show all posts
 Aha.... tak habis lagi cerita pasal warehouse sales he he. Dalam entry sebelum ni dah cerita panjang lebar pasal TIPS & kebaikan membeli belah ketika warehousesales nih. Kali ni nak bagi CONTOH jugak dari SALES yang baru diterjah baru-baru ni. Nak bagi satu contoh je.. tak banyakkk.. don't worry okeh! hehe

Ok cam nilah.. Baru-baru ni ada cerita pasal Dania yang asyik berangan jadi PRINCESS! So since ada SALES ni sambar gak le dress 2-3 helai untuk Dania so kalau Dania nak melaram dalam rumah selalu-selalu  pun tak ler ralat sangat. DRESS Dania kat bawah ni NORMAL PRICE dalam RM 109. 


TAPI  di sebabkan aku beli time SALES 70% maka..

                                              
 Aku dapat kesemua ni PERCUMA...!! 

Barangan percuma ni pula berharga (NORMAL PRICE)
Remote Control Car = RM 59.00
Soccer Goal Set  = RM 69.00
Hello Kitti Accessori Princess Set = RM 29.00
TOTAL = RM 147.00 = PERCUMA

Dan sempena cuti sekolah ni kalau barangan tu di terjemahkan dari segi emosi dan keriangan berganda anak-anak mengisi masa lapang kat rumah :-
*sila tumpukan perhatian pada mainan sebagai objek utama dan abaikan pagar dawai kawat tu yerr..hua hua hua*

 Yang makin kuat berangan jadi ala-ala pincess



Yang terus beraksi berangan masuk piala dunia.. ~ goalll!!!!!!!!


Sambil berangan jadi pemandu di Litar F1 Sepang 
(Kereta tak belok pun, tuan punya badan yg menyenget terlebih! )

*
*
*
*
*
*
*

Bukan setakat anak-anak aku jek..

Petang tu ramai plak kawan-kawan Danish tumpang bergumbira... 


Siap ada gegirl  team yang tunggu giliran.... budak-budak ni pun dah di ambang Piala Dunia gakk

Dah la tu... 

Lepas setiap pembelian RM100 dapat plak  Voucher Jusco RM 5 PERCUMA LAGI !. Dan point Jusco card aku confirm la bertambah ! ( 2500 point bleh redem Voucher RM20 okay! )



So kesimpulannyer

Berbelanja Pada Hari Biasa :
RM 109
 = 1 helai dress ala-ala princess (SAHAJA)

Berbelanja ketika warehouse sales :
RM 109
= ( 1 helai dress + Hello Kitty Accessori set + Soccer Goal set + F1 Remote Control Car  - Voucher Jusco RM 5 + Mata ganjaran).

See ...!! Nampak tak PERBEZAANNYER.? Faham dah apa yang cuba aku sampaikan..?! He he



TIPS SHOPPING UNTUK KAKI SHOPPING !

Sempena Jualan Gudang Jusco yang baru berlangsung baru-baru ni,  Cik Izan nak share sedikit sebanyak TIPS-TIPS pergi shopping ketika Jualan Gudang@Warehouse sales.

Membeli belah ketika Jualan Gudang ni memang sangat menguntungkan tetapi ada sedikit pengorbanan dan strategi yang perlu di lakukan.. ! Bagi saya membeli barangan mahal dan berkualiti pada harga murah memang jauh LEBIH BIJAK dari membeli barangan mahal yang dah tentu mahal pada harga mahal atau membeli barangan yang  lebih kurang sama harga tetapi kurang berkualiti. Walaubagaimanapun terpulang pada poket, selera  dan keperluan masing-masing ;)



HOT TIPS

1.      INFORMASI. Dapatkan maklumat tentang Jualan Gudang dari website-website contohnya shopping and sales dsb. Catitkan hari jualan dalam kalendar & setkan sebagai alarm sebagai peringatan.

2.      Pergilah membeli belah SEORANG DIRI Tidak perlu bawa sedara mara dan askar-askar batalion tambahan kerana ianya akan hanya membuatkan anda hilang fokus ketika acara membeli belah berlangsung. Jangan risau, biasanya orang perempuan ni terror bab-bab memilih barangan untuk seisi keluarga dari hujung rambut sampai hujung kaki.. dan lebih TERROR lagi untuk beli BERLEBIH-LEBIH dari yang di rancang. TAPI kalau suami anda pun kaki shopping jugak, hantarkan jelah anak anda ke nursery dan pergilah shopping bersama. Wahahaha

3.      STAMINA. Tidur awal untuk BANGUN AWAL PAGI. Jika anda sudah berkeluarga dan prihatin, bangun pagi dan sediakan sarapan untuk ambil hati suami yang ‘kena jaga’ anak-anak ketika anda shopping (peace..!!) dan kalau lebih baik hati lagi masaklah lauk hidangan tengahari siap-siap (^ ^;)/. Kalau tak, beli saja lah..! hu hu

4.      MASA. Bersiap dan keluar rumah SEBELUM anak-anak terjaga untuk mengelakkan peristiwa tangisan ala-ala jejak kasih berlaku. Pastikan anda sampai ke tempat letak kereta Jualan sekurang-kurangnya ~ 30 minit sebelum Jualan bermula.  Kalau boleh parking betul-betul depan pintu macam gambar di bawah ni (ngeeeeeeeee). Senang nanti nak berulang – alik punggah masuk barang dalam kereta mana la tau tak cukup 1 troli! He he
     

5.     Setkan KEUTAMAAN . Sasarkan dalam kepala siap-siap apa barangan yang hendak dicari. Pakaian ? Kelengkapan rumah ? Permainan? Tujuannya supaya apabila pintu terbuka anda boleh terus pergi ke lokasi pilihan dan memilih barangan yang di idamkan tanpa perlu bersesak kerana pada awal pagi kebiasaannya orang masih belum ramai dan  semua barangan masih bersusun rapi dan lebih banyak pilihan.

6.      DRESS CODE. Untuk membeli belah dengan effisien lagi pakailah pakaian yang sempoi dan memudahkan anda untuk bergerak. Berseluar dan kasut tanpa tumit kalau boleh. Tak perlu bergaya lebih-lebih sebab orang-orang lain yang datang pun tak sempat dah nak tengok anda dek rambang mata dengan barangan jualan yang di tawarkan. Semua mata lebih tertumpu kepada tag harga 50%, 70% & 80 %!! Kalau boleh gunakan bag selempang tu je untuk isikan dompet duit. Lebih mudah untuk anda bergerak dengan lebih selamat sambil  memilih barangan. Bag-bag ‘berjenama’ anda bolehlah anda simpan dan peraga jika mahu berkunjung ke butik-butik berjenama lain di lain hari.

7.      FOKUS !! Setelah selesai mencari semua barangan keutamaan barulah boleh ronda-ronda tengok barangan lain yang  berguna dan mahu di beli. Jangan sekejap ke sana… sekejap kesini tanpa matlamat. Ingat! semakin masa berlalu, semaking ramai pengunjung yang datang dan semakin sesaklah keadaan..

8.      PENEBUSAN GANJARAN. Kumpulkan semua resit dan buat penebusan voucher HANYA setelah anda habis membeli belah supaya boleh combine jumlah bayaran untuk redeem voucher pada had tertinggi. Tidak salah membayar menggunakan Kad Kredit jika memang sudah dalam budget yang di peruntukkan. Dengan cara ini sambil berbelanja dengan potongan harga,  sambil dapat voucher percuma, sambil dapat kumpul point kad ahli dan Kad kredit sekaligus dapat menambah point penebusan hadiah lain di kemudian hari. Semuanya PERCUMA, PERCUMA dan PERCUMA! TAPI pastikan bayar terus  Kad Kredit anda setelah di gunakan. Kalau tidak.. sendiri mau ingatlah!

9.      POSISI. Yang  terakhir sekali, pastikan akan letakkan kereta dalam keadaann mudah untuk keluar parking ! Maksudnya parking dengan kepala kereta menghala keluar. Al maklumlah ketika Jualan seperti ini kebanyakan kereta parking ikut undang-undang kepala sendiri asalkan boleh je!!.

Contoh yang berlaku kepada saya, selesai membeli belah saya dapati sebuah kereta meletakkan kereta di bahagian belakang kereta saya yang bukan di tandakan untuk parking kereta. Akibatnya saya hampir tidak boleh keluar..!! Nasib baik pemandu yang menunggu tempat letak kereta saya membantu memberi isyarat. Bermaksud saya mengundur tidak melihat dah kereta belakang kerana apabila saya undur sensor kereta tak berhenti-henti berbunyi kerana jarak kereta sudah terlalu dekat! Cuma berdasarkan isyarat tangan pemandu budiman tu je semata-mata! So jadikan ikhtibar. Pastikan posisi kereta anda dalam keadaan mudah untuk keluar okay.

Kesimpulannya, kalau betul ingin berbelanja sambil berjimat, boleh cuba TIPS ini. Tidak perlu selalu, setahun sekali pun jadilah asalkan anda rancang sebaiknya..! Banyak kelebihan yang boleh di perolehi. Katakanlah jika anda memilih barangan  bernilai RM1000 jumlahnya ketika Jualan 70%, anda hanya bayar RM300 dah sudah jimat RM 700 di samping mendapat voucher dan mata ganjaran tambahan. Percayalah anda pasti tersenyum puas kerana dengan jumlah RM yang di belanjakan lebih banyak barang yang berjaya digenggam berbanding berbelanja pada hari biasa. Berbaloi bukan..! Ingat! Kualitinya masih sama jika anda membelinya pada hari biasa cuma mungkin sedikit outdated TAPI bukan semua barangan beredar fesyen dengan cepat contohnya cadar katil, keperluan dapur dsb.  Dan lagi jika anda pergi awal pagi anda masih boleh membeli belah dengan selesa.  Fikir-fikirkanlah!




p/s : Jika TIPS ini berguna untuk anda, sila tinggalkan komen ya..! Terima kasih daun keladi!