Showing posts with label Celebration. Show all posts
Showing posts with label Celebration. Show all posts
Assalamualaikum...

28 hb Dec yang lepas genaplah usia Dhiya yang ke 4 tahunn.. ALhamdulillah.
Baru masuk usia 4 tahun tapi  lagi beberapa hari Dhiya dah nak masuk kelas 5 tahun... 
cabaran untuk simanja Dhiya. Tapi mama yakin Dhiya mampu lakukannyaa InsyaAllah.

Tahun ni berkesempatan celebrate birthday Dhiya di Taska... sementelah minggu2 terakhir cuti sekolah. Kek last minute juga cari.. bawak Dhiya pergi beli ke Secret Recepies dia sendiri
pilih nak kek coklat.. so Mama tunaikan yekk


My little girl Dhiya


Kek yang paling sedap sebenarnya ialah kek yang dimakan pada ulangtahun kelahiran kita sendiri..
setuju tak? 


Celebrate dgn Abang, Kakak. adik dan kawan-kawan taska 



Happy friends


Putera Puteri kesayangan Mama & Papa



Mama suap birthday girl. Suka Dhiya makan Chocolate Indulgence kek ni 
habis sepinggan dia makan sorang hihi


My Little Girl... dah masuk 4 tahun.. sungguh pantas masa berlalu..
Mama Papa Abang Kakak dan Adik doakan semoga Dhiya sentiasa beroleh kejayaan.. jadi anak yang soleh dunia dan akhirat dan dapat mencapai segala impian Dhiya okey.

We Love You So Much!!!

Assalamualaikum...

Sekian lama jugak tak berdating berdua dengan En Suami sejak2 tak de maid ni... akhirnya bulan ni dapat gak ambik cuti and spend masa bersama. Itu pun sebab pagi Jumaat tu hantar Danish ke Kem Cuti Sekolah - Kem Smart 3A yang bertempat di Hulu Langat Selangor. Ni kali ke-2 lepaskan Danish ke kem yang bermalam tanpa mama papa... kali pertama program cuti sekolah anjuran JAIS di Masjid Putrajaya awal tahun lalu... Kali ni Mama registerkan ke Kem Smart 3A pula..

So seawal pagi Jumaat 4 December tu kami dah bertolak ke Eco Hills Resort Hulu Langat.. boleh tahan juga jauhnya.. hampir sejam setengah jugak perjalanan. Sampai sana orang dah agak ramai... kereta hampir penuh dan kami diberitahu jumlah peserta je melebihi 200 orang.. woww!





Caiyok caiyok Abang Danish.. selamat berkem.. Semoga bermanfaat.
Ok.. kem di anjurkan oleh Vision Consultant
boleh layari link dibawah kalau kawan2 berminat..
penyertaan dibuka dari umur 8 - 17 tahun dah dibahagikan mengikut 
tahap umur nanti


Usai menghantar Danish terus gerak ke KLCC.. wah lama tak dating kat sini..
masa zaman bujang and baru2 kawen kot lepak area ni... lepas ada anak ada la tak sampai 5 kali gak 
datang huhuhuhuhu... malas nak mengangkut jejauhhh

Kebetulan hari ni Bos En Suami warded due to operation kat Hospital Pantai...
Habis solat Jumaat terus pergi melawat dulu.. habis tu baru kami bergegas pula ke Digital Mall
dekat dengan Jaya 33 kat PJ. Boleh pulak tiba2 Handphone Abang tak boleh charge.. haishhh.
Sambil repair Handphone Abang... sambil2 usha bufday presentt.. dapat jugakk yg 
berkenan heheheheh. Order sambil tunggu siap - OS install and system setting...
Lunch date dengan Abang dulu kat Serai.
lewat petang dah tu gak sebenarnya habis sempat plak berdating kat spital bagai heheheh


Sebelah Serai ni ada Chili's... offer kat Abang nak makan apaa...
nampaknya citarasa nusantara tetap menjadi pilihan hihihi


Pavlova utk birthday boy walopon yang tolong perabih diri sendiri erkkkk!


Tahun ni tak lari dari gadget juga hihihihi and of course dari 
Brand En Kompeni khas untuk En Suami. 
Semoga membantu dalam banyak urusan beliauuuu

Anyway, Selamat Hari Lahir Abang.. semoga sentiasa berada dibawah lindungan yang Maha Esa..
dan semoga terus bahagia dan sukses dunia dan akhiratt..
ku kan sentiasa berada disisimu selaluuuuuuu muahhhhhhhhhhh!

Sekian dating 3 serangkai kami.... alkisahhh



 Assalamualaikum....

Alhamdulillah dipanjangkan usia untuk meraikan ulangtahun kelahiran tahun ini.. 
Semoga sentiasa dilimpahkan rahmat dan barakahNya aminnnnnnn

Tahun ni hari lahirku jatuh hari kerja... kena pulak Dania ada kelas kumon hari ni..
tapi gigih jugak Abang nak ajak makan kat luar.
Makanya Dania dihantar awal ke kumonn..
tak dan pukul 8 dah pick up dia terus kami bertolak ke ... mana lagi..
D'Pulze Cyberjaya .. belakang rumah ajerrr kekekke.
Makin lama makin sayang aku dengan Cyber ni... walopon dulu masa baru pindah kerja
ada yg tanya pasal Cyber ni kan macam padang tinggal tak de papa ..
tapi makin hari makin berkembang.. restoran arab ... dan lagi best restoran Jepun
kegemaran aku macam cendawan tumbuh gak kat Cyber ni.. I very the loike hokeyy!
Eh... jauh melalut.. anyway hari ni nak ke FMH...
sebab ada menu yang dah lama giler aku tak makan !!
TARABAGANI aka KING CRAB!!
Kalau pernah tengok kat deadliest catch ni la ketam nyerr...
kali ni  The Manhattan Fish Market buat special promo!
layari LINK untuk detaill yek.

So tanpa membuang masa.. menempah menu yg best ini..!
Dan .. nilah rupanya King Crab ni sebelum di masakkk yer



Sambil2 tunggu.. the DECO


Wah muka dah lapor memasing... budak kenit 2 orang tu jap lagi
hilang ler tuu.. jenuh weyy


Sempat lagi 'berperang' sempena menunggu hidangan sampaii



Macam biasa.. air sampai dulu


 Dan .. taraaaaaaaaa


 Actually sos dia boleh pilihh... lepas depa rebus (kot) ketam ni...
dia akan tuang sos dan 'bakar' depan kiter.. baunyer peh!


Actually ni utk 4 org punya serving. Bawah tu ada herb rice.. sedap gakkk!
Licin beb!


Sempat lagi pose sebelum 'meratah'


So tunggu apa lagiiii.. 
ngapppp!!!


Berselera jugak budak2 makan... 


Tolong potongkan kaki ketam
 . 

Desert penutupp... sizling brownise....
ada eskrem plak.. lepas tu dia tuang kuah caramel
yg tengah panas tuh!
peh takut2 aku nak makan.. sejuk campur panas! ahahha
tapi too sweett!!

Kalau time belajar dulu mmg ni antara menu mewahhh!
Lagi2 lepas dapat duit scholar or gaji part time.
Kat Kagoshima tempat ku belajar dulu ada restoran 
king crab yg sekali konsep "eat as much as you can"..
sekali set dengan sushi, sup ketamm... tak silap rega masa tu dalam Yen 3,980 which is
equal to RM120 kot lebih kurang tapi kalau duk Jepun waktu tu rasa macam RM39 laa gitu..
murah giler kannn.. boleh makan sampai lebammmmmmmmm...
memang puassssssssss makannn!!!! How I missed the moment!
tapi at least dapat jugak la lepaskan rindu dendammm walopon sekor kongsi 6 orang..
merasa sikit sorang ekkekekkekekek


Sekian alkisahh...
Anyway terima kasih pd En Suami & anak2 Muahhhhhhhh!

Assalamualaikum.... 
Genap usia Dania 8 tahun 1 sept lepas. Tahun ni lagi best tuan punya badan pun tak ingat hari jadi dia. Mungkin sbb dah 3 ari cuti seronok berjalan or bercuti dia pun lupa padahal sebelumnyer kemain tanyaa kekekekek



Anyway just simple celebration sebelum Dania pergi Kumon malam tu. 8:30 malam dah start kelas ....  Mama pun sempat masak bihun je *menu kegemaran Dania* and Papa tapaukan satay and ayam goreng sket..



Anyway Selamat Hari Lahir Dania... semoga terus berada dibawah lindungan rahmat dan kasihNya. Semoga terus membesar dan menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat. We love you!!!



Assalamualaikum...

Selamat Hari Ibu untuk para Ibu sekelian... Hari ni rutin seperti biasa juga. Kebetulan ada acara gotong royong di kejiranan...  aku dengan rajinnya hari ni nak masak Olio Aglio Spagethi. Tekak Itali lak hari ni hihihi.

Hantar juadah and pakat nyembang dan gosip sat ngan jiran2 sepakat. Aktiviti hari ni untuk kaum bapa gotong royong sambil tanam pokok buah buahan. Kaum Ibi sbb Hari Ibu kan... lepak and makan2 juadah yg sekian dibawak pot luck tu uhuhuh

Dalam tengahari ... aku dok kat dapur berkemas... Dania datang menghulurkan hadiah hari Ibu . Katanya , Dania tau lah Mama dah nampak * sebab dari semalam sibuk 2 beradik ni ke hulu ke hilir berbisik2 masuk bilik siap  kunci!* tapi Dania nak bagi jugak. Rupa2 depa duk buat sampul hadiah kaler sendiri guna warna air siap balut dalam bekas dan isinya pin shawl yg dibeli dengan duit tabung! Uhuhuhu. Dan 2 kuntum ros dari Danish dan Dania. Mama sangat terharu okeh! Terima kasih banyak. Nanti mama hias kat meja mama ya. Sebenarnya Danish Dania jadi anak yg baik , pandai jaga diri dan dengar kata Mama dan Papa pun dah cukup bagi Mama sayangggg.

Malam ya kemas2 baju dan bag budak2 jumpa hasil kraf Dhiya dalam bag. Comeyyy!! Walaupun Dhiya tak bagi by hand (Dhiya baru 3 tahun setengah) Mama tau hasil kraf tu ditujukan untuk Mama kan kan! Terima kasih semuaaa!! Mama sangat2 terharu dan sangat2 hargainya ..... muaaaahhh untuk semuaaaa!!


Assalamualaikum...

Bersambung dengan 10th Anniversary Photoshoot PART 1.
Kali ni dengan tema moden Hitam dan Putih.
Di sebabkan ada 4 org pakai putih berbanding 2 berpakaian hitamm..
kami pilih backdrop hitamm...
tapi... errrr kadang2 nampak macam elegant...
kadang nampak macam gelap sangat... hihihi
Layan ajer lah yek


Putera puteri jantung hati Mama Papa














Finally sempat jugak tukar backdrop putih...
 tapi semua dah kepenatann.. so snap few pic je hihihi




Al-kisahhhh