Assalamualaikum...

Satu hari En Suami tanya pasal wagyu... seriously aku tak tau sangat pasal wagyu 
walaupun wagyu ni berasal dari Jepun... datte kat Jepun dulu bukannyer ada daging halal kat luar.. 
tak macam sekarang banyak dah restoran halal sana sini. 
Hatta yakiniku ke shabu shabu pun aku tak pernah makan kat mana2 restoran kat Jepun sebab tak jumpa yang halal... it has been 15years back.. nak makan daging biasa kitaorg order daging frozen halal yg diimport dan masak sendiri.. masa tu baru la boleh merasa sukiyaki bagaiii and of course la air tangan sendiri ... jadi memang tak de lah teringin nak merasa wagyu dari dulu..
dan bila dengar2 pulak kat Mesia ni rega nyer.. gulp!


So dengan aku sekali pakat goole pasal daging wagyu ni dan kalau korang 
nak tau apa dia mai link ni deh! 

What is WAGYU?
Yang pastinya kualiti daging wagyu ni mmg sangat 
berbeza dengan daging lembu biasa...

Kat Malaysia pernah viral pasal daging wagyu ni bilamana ada satu family
pergi makan sekali datang bil beribu!
Dan untuk memastikan kebenaran cerita ceriti yang digembar gemburkan 
maka En Suami ajak dating ke Me'nate sempena birthday Si Isteri (yeayy!!!)  ngeh ngeh ngehhhh

Disebabkan minggu birthday tu aku standby dan sorang je (team mate cuti seminggu)
maka tak leh la aku nak ambik cuti berdating.
So the next week tu baru la aku dan Abang ambik cuti sehari keluar datinggggggg


Pagi tu dating kat umah dolu


dating mode.. ehem!

nak tengahari baru keluar... since dalam FB kata Me'nate ni bukak kul 11 pagi.
Nak sebut pun slow2 je... takut salah sebut nama kedai ni ekekkkekeke

Kitaorang sampai ke Me'nate Bangi dlm kul 11:45 pagi.. tetiba tengok ada signboard
'we're closed'
erkkkk!! biar benar.. gigih ambik cuti nak pegi ni tutup la plakkk..
rupa2 tanya staff kata pukul 12 tengahari baru bukakkk. 
So jalan2 kat kedai2 kat deret tu dulu 


Kul 12 tengahari kami pun masuk ... orang tak ramaiii.
so terus ke kaunter frozen ni ha 

Ok.. kat Me'nate ni semua daging2 dah di pack kan dalam pack vacuum siap2.
Dah siap dengan berat dan harga bagi setiap pack. 
So kalau pilih tu maksudnya customer mmg dah tau rega berapa dan harga termasuk 
harga siap masak. So kami terus ke frozen box wagyu.. 
ada juga lamb etc.. yang mana ada promo 20% sepanjang bulan Oktober.
Tapi sebab kami mmg hari ni nak merasa wagyu 
so dah tak tengok dah frozen box lain 



Ada 2 provider wagyu .. Sanchoku dan juga Augustus.
kedua duanya diimport dari New Zealand.
Sanchoku adalah company Jepun dan Augustus adalah dari New Zealand sendiri.
Harga wagyu Sanchoku lebih mahal berbanding wagyu Augustus
secara logiknya sebab wagyu tu sendiri adalah baka lembu yang berasal dari Jepun
(Wa - Jepun (timur), gyu - daging(lembu).. gitewww

Bahagian daging ni pulak .. harga bergantung pada berat, bahagian daging (rib/sirloin/tenderloin )
dan yang penting untuk wagyu ialah kandungan lemak dia (bms)


lagi tinggi BMS dia lagi sedap dan cair dimulutlah daging dia tu 
dah of course lagi mahal jugalah  harganya.



So akhirnya kami memilih Sanchoku Wagyu Sirloin BMS 11~12


Dan satu lagi Sanchoku Wagyu Rib BMS 5~6


Setelah dipilih boleh request pula tahap 'kemasakan' daging tu..
staff di sana menyarankan untuk memilih 
Medium which is describes as "just nice" giteww
'

so kami pakat order yang sama.. 
Medium ~ just nice



Sambil-sambil tunggu tu usha2 kaunter desert. Wow menarik2 jugak desert yang dihidangkan..
ada cake, panacota etc..
sesuai memang kalau nak celebrate birthday bagai.
Tapi since aku dah potong kek minggu lepas so try menu lain lah...
panocota mango ni katanya menu terbaru.. 
so aku order panacota mango ni


tara. masam manis.. just nice! I like it!


Di samping tu ada kaunter air yang FREEFLOW..
ada non-carbonated drinks ( Lemon tea etc) dan juga hot drinks (Cappucino, White Coffee etc)
Setelah menunggu hampir 15 minit (tak lama sangat) akhirnya sampaiii.. taraaaaaa!!


Wagyu Rib


Wagyu Sirloin

Dip sauce pun boleh pilih, BBQ, Black Pepper, Mushroom & satu lagi tak ingat hihi


Apa lagi.. jom menjamu selera...!!
Excited nak merasa kelembutan daging wagyu nih
Bila makan hirisan pertama.. memang rasa...... lembut gila tekstur daging dia!
disebabkan level masakan tu 'Medium" (Medium raw lah senang citer)
aku rasa macam makan Sushi versi daging tauuuu...
mengunyah tak terasa urat dagingg... memang rasa pelik pun ada....
senang citer memang makan dengan rasa pelikkk ahahhahaha.
Boleh jugak daging rasa macam ni yekkkkkkk ?
Kira sedapnyer tu sebab tekstur daging yg lembut aka cair dimulut then dip dalam sauce tu..
tak kuat rasa daging tu macam makan steak biasa tu...
tapi kalau yang takut tak serasi makan separa raw aku sarankan 
 better order atas sikit dari medium tu.. walaupun dia describe as
"Medium Well ~ Not too bad"
maybe lebih sesuai dengan tekak orang Malaysia.


Last but not least.. Birthday girl yang diraikan oleh En Suami.
Terima kasih bebanyak belanja special sangat hari tu...
kira my 1st wagyu experience jugak ni
masih terasa kelembutan daging dan kepelikannyer sekali hihihi

Habis makan redeem FREE GSC Movie ticket for 2 kat GSC IOI Setia Mall
sempena bulan birthday.


Movie ni dari kisah benar.. tragedi plantar minyak terbesar dalam 
sejarah ni yg berlaku tahun 2010.

Sekian.. dating versi birthday kami.. muahhhhhhhhhhhhh!








Assalamualaikum....

Baru2 ni akhirnya sampai seru mengorder Takoyaki Grill Pan. 
Jumpa harga patut di Lazada. Model yang aku beli ni Trio Electric Takoyaki Grill Pan 18 holes.
Harga RM100... so apa lagi terus purchase dan esoknya sampai! 


Bahan2 penting, especially tepung Takoyaki tu aku beli kat Redtick Shaftbury Cyberjaya.
Brand Yamamori .. boleh buat both Takoyaki dan Okonomiyaki (Murtabak Jepun)
guna bahan sama tapi sukatan yg sedikit berbeza.
Harga dalam Rm13.90 450gram
Mayonis original Kewpie WAJIB hokey!


Then aku jumpa gak Tepung Takoyaki kat Daiso termasuk 
katsuoubushi (bonito flakes) - bahan WAJIB gak ni..
Harga lebih murah.. RM5 (harga pukul rata Daiso) untuk 300gram.
Sos takoyaki tak jumpa yang halal.. so beli gak sos tare unagi ni buat back up..
last2 sos takoyaki cari resepi buat sendiri 


Ok actually menu ni buat masa balik kampung ari ni.. so bahan2 dah siapp.. taraaaa!
Bahan lain selain tepung .. kena ada kobis bulat, sotong (tako) atau udang, daun bawang.
mayonis dan sos takoyaki!

Resepi sos takoyaki bleh refer link ni yer :


Jom grill!!!


Tudia.. takoyaki ni memang sedapppp.. makan panas2 pulakkk...
yang kena sabor nyer masa membuat.. average kena ambik dalam 15 min 
jugak kot setiap sessi.. sebab dia kena pusing2 tako ball tu kan .. kira dah masuk 
separuh.. dah keras sket.. kena sengetkan dan masuk lagi tepung.. then sengetkan lagi
dan masuk tepung lagi.. baru akhirnya boleh jadi bulat comey gitewwwww


Tu dia akhirnya dah membulat!


Bila dah masak.. angkat dan tuang sos takoyaki, mayonis, 
serbuk seaweed dan jugak bonito flakes!
 

Taraa before and after..!
Baru harum semerbakk.. paling bahagia bila tengok bonito flakes tu menari2
atas takoyaki sebelum di ngap!
buat 15 min dapat 18 ketul..
hidang tak sampai 5 minit lenyapppp weyyy!!!
Bahagia btol memang.. buat sambil2 menyembangg..
memang suker konsep menu org Jepun yang berkonsep kan
'family bonding menu'..
Ada macam2 kan..
steamboat (celup dan rebus bahan sendiri)
takoyaki (tuang tepung dan golek sendiri)
tempura (celup dan goreng sendiri )
makizushi (pilih isi dan gulung sendiri)

soumen nagashi lama aku tak buat..
satu hari nanti bila dapat seru pulak!

Family bonding menu is the best!!!


Assalamualaikum..

Ahaaaa entry throw back .. sebenarnya berlaku pada bulan posa ari tu hihihi.
Minggu2 terakhir sebelum raya...
Alkisah gi shopping raya cari kasut raya budak2 ni.
Rentetan dari kisah menjejak Mitsui Outlet... budak2 ni berkenan 
kasut skechers tapi takde saiz!
Lepas dari tu kami cari di 2 lagi premis Skechers - DPulze dan IOI mall Puchong
pun tak de saiz jugak! Last2 kami decide ke Skechers Mid Valley mall 
punyalah gigih ahahahhah!
Budak2 ni dah berkenan kat lampu lip lap lip lap kasut tu sebenarnya.
Layankan ajerrrr.. siap beli kasut (Seb baik ada di Mid Valley) dah  
nak masuk waktu berbuka... pergi restoran mana2 dah penuh berbooking rupanya!!
Arararara... silap le kami lambat cari port!
Last2 dapat masuk cafe je seat tak penuh.. ye la mana ada orang
buka posa makan kek! dengggg!!


Tapi as emergency  Plan B masuk jugak le yg penting berbuka dan alas perut dulu.


Lepas buka settle2 maghrib.. lepas maghrib baru cari port 
untuk dinner. Budak2 request  nak makan sushi..
layankan ajerrrrrrrrrrrr



Akhirnya menjejak Sushi Zanmai.. yeayy!!!

 

Antara menu yg diorder.. tak sempat snap semua maklum 
le masing2 dah laporrr! ahahahhah 


Delisha yg gigih makan soba dgn chopstick. Bleh tahan jugek budak ni hihi

 

Our happy faces!

Lepas makan .. perut dah kenyang.. jeng jeng jeng...
ronda2 The Garden...
Tetiba Abang pegang tangan sambil cakap ..
" Pergi lah masuk butik LV tu pilih nak yang mana.. Abang tunggu kat luar..
nanti dah jumpa yang berkenan panggil Abang..."

huwaaaaaa......!!!! Terus rasa seram sejuk tangannnn ni..
biaq betulll . Tapi dalam pada biaq betul ke biaq betul ke ni masuk jugek ler 
ke butik LV tuuu ahahhahaha. 
Advance besday present katernyerr hihihihihih
Seram2 sejuk bercampur hekcited kelip2 mata membelek kih kih kih
Budak2 dengan Abang.. punya la bagi si isteri fokus memilih 


Ok pilih pilih pilih.. test test test...
posing posing posinggg depan cermin sambil staff 
dengan ramah mesranya melayann...
akhirnya jumpa dah yang berkenan ehheheheh.

Memang belian pantas je ni... 
Bagitau Abang .. Abang tengok2  jugak model 
yang aku berkenan... agak2 ok Abang pun berkenan terus buat bayarann..
tak banyak snap dalam ni sbb segannnnnn keekekkke


dalam pada umpama mimpi dalam mimpi sambil tersenyum meleret
dengan kaki yg rasa tak jejak tanah dan terasa seperti terbang ke awannn..
gigih jugak la posing jaxxn depan butik LV tu ahahhahahaha.
Dengan harapan tak de orang yg lalu lalang tu kenal aku kah kah kahhhh!!!


pilihan hati. Tak besar sangat.. tak kecik sangat..
sedang2.. just niceeeee! suker suker sukerrr!!!!  <3





Anyway.. terima kasih sangat pada Abang atas hadiah yang superbbbbbbbb
niihhh.. my  1st ever LV collection..
dapat terus VIP member card The Garden. Boleh guna utk lepak2 
di VIP lounge the Garden.
sememangnya umpama mimpi dalam mimpi..
malam tu memang aku tidur sambil meyeringai sengih sampai pipi ahahahahhaha

Terima kasih Abang sekali lagi.. muah muah muahhhhhhhhhh!!
Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberikan peluang olehNya untuk bernafas di muka bumiNya ini.

Bulan ni adalah bulan ulangtahun kelahiranku... terima kasih atas wish dan ingatan  sahabat saudara dan rakan taulan . Sesungguhnya ia sangat menghangatkan hari istimewa ku.


Balik dari kerja, ambik budak2 sampai rumah Abang masih belum sampai. Tak lama sampai tu rupanya dah ada Kek besday dari Komugi.. wahh!!!



Makanya tanpa membuang masa, dengan Danish dan dania yg masih berpakaian uniform sekolah...  terus potong kek!

g

Kek dari komugi  yg comel lagi sedap!
Sekali hadap ni 80% licin terus! ahahhaha


Ada 3 perisa puding tu Abang beli  - Strawberi, Chocolat dan original.
Tak dan dah kena bawak lari budak2 ni.
Lembut dan sedap isinya!

'Besday girl' gedik gak nak posing dengan kek besday 
hehe


Versi lilin nyala

Dan bersama anak2 yang memeriahkan majlis!
Sayang semua!!!he
En Suami belakang camera he



Ok ramai sangat assistant hokeyyy! Siap keluar pisau
extra tuuu! kekekkek


Sabor je la tgk gaya Dhiya nak suap mama 


Lepas tu terus siap2.. lepas solat maghrib kami terus gerak ke Cyberjaya.
Abang ajak pi makan Steamboat gi Steamboat Empire di Gems In Mall Cyberjaya.


Besday girl posing dolu sebelum ngap ehheheheh


Antara menu .. best2 jugak pilihan dia


Ni dari grill corner ala portugis style gitu.
Kita pilih bahan dan staff akan bakarkan.
Steamboat yg customer bakar sendiri kat meja


Us! 


1st time jejak sini.. good food, very nice ambient.. good price.
Recommended!


Ada mini playground. maklum le budak2 ni bukan nak makan banyak sangat punn.
Makan sket pas tu kenyang main jek kikiki


Ni antara kaunter buffet


Ok dah kenyangg.. beransur pulanggg


Depan Steamboat Empire ni ada Matsuri Food Court. Ahaa.. ni pun aku dah 2-3 kali jejak 
makan okonomiyaki sebenarnya... entry je tak sempat buat ekkekek

Sekian .. perut dah kenyang.. since hari kerja, Danish pulak baru je habis UPKK (nasib baik) terus lah beransur balik rumah... Terima kasih sangat buat En Suami yang sudi belanja kat restoran yg best nih!

 Berminat ? moh layari FB page restoran ni.
https://www.facebook.com/Steamboat-Empire-903126039766739/

Restoran yang cantek.. good food good price. Very the recommended uollls!