Date : 31st Jan ~ 2nd Feb 10'
Event : 6th Anniversary Vacation
Location : A Famosa Resort, Malacca
PART 3 of 3
Update activity hari ke-3 iaitu hari terakhir vacation 3D2N di A Famosa Resort!
3rd day@Animal World Safari
Ha hari ke-3 hari terakhir kami berada di A Famosa Resort. So pagi tu bangun + bersarapan dan terus berkemas barang. Seawal jam 9 pagi kami dah check out hotel untuk meneruskan pengembaraan kami di Animal World Safari!!
Masuk masuk je Animal world terus ada penyambut yang dengan ramahnyer menjemput kami ke lokasi 'shooting' dan hasilnyer jeng jeng jenggg.....
Haaa... ini memang harimau betull.. real...hidup..bukan gambar, bukan replika atau patung hatta BUKAN di 'super impose'! Kalau berani siap boleh belai-belai harimau ni *di bahagian belakang saje*... hu hu. Di sebabkan ke 'original' an dan ke'excited'an untuk bergambar dengan seekor harimau jantan hidup yang kepalanya boleh toleh kiri dan kanan dan silap haribulan boleh 'ngapp!!'.. maka anda akan di charge RM21 untuk sekeping gambar bersaiz 5R yang telah siap di cuci yerrr...he he *pandai betul A Famosa buat duit hu hu*
Next bergambar dengan geng-geng red Indian. Memang dengan peramah dan sopan santunnyer pelawat, tanpa di pinta di suruh posing untuk di ambil gambarrr... tapi bukan percumaa kalau dah berkenan! Of course personal camera prohibited kat special shooting area nihh.. so layannnnn je laaa.. bila lagi kannn? he he
Oppss! Sebenarnye pagi tu kitaorang sampai ke Animal World Safari terlalu awall.. rupa-rupa hari biasa dia bukan lewat sikit dari hari minggu. So apa lagi.. lepak kat pintu gerbang masuk A Famosa Resort sambil posing gediksss ha ha
Habis posing terus check in ke Animal World Safari Animal



Okeh.. Antara tempat -tempat menarik yang WAJIB di lawati jika mengunjungi A Famosa@Animal World Safari ialah Walk Through Area, Bird Show, Elephant Show, Wild Wild West Show, Monkey island, Multi Animal Show, Chicken farm dan yang paling best dan mencabar ~Safari Park!
@Multi Animal Show
Setiap hari ada 4 show di 4 lokasi pd waktu yang berbeza2 iaitu elephant show, bird show, multi animal show dan satu lagi wild wild west show. So antara show pertama yang kami kunjungi Multi Animal show diikuti dgn bird show.


@Safari Park
Okehhh dah habis roundd.. sebelum keluarr singgah Chicken Farm.
@Chicken Farm



Seronok sangat Danish & Dania bermain2 dengan anak-anak ayam nih! Bayaran RM4 seorang dan makanan ayam RM4 sebungkus. Tengok la betapa ceria nya Danish & Dania lepas bebas dgn anak-anak ayam tuhh.. boleh di tangkap.. boleh di belaii.. gamat dengan bunyi 'ciapp ciap ciappp! anak ayam tuhh.. Sekali sekala anak2 ayam tu berlari ke sana ke marii sampai ada yang Dania terpijakk! Seb baik tak apa-apa anak ayam tuhh.. hahhaha.


Lama gak lepak dalam ni sebab 2 beradik ni tak nak keluarrr!
Setelah penat dan berpeluh-peluh melayan anak2 ayamm.. akhirnya dapat jugak pujuk 2 beradik ni keluar dari reban ayam tuhhh...
Moralnya seronok sangat dua beradik ni melayan binatang2 yang jinak2 dalam Animal World Safarii.. untuk menggambarkan betapa seronok tahapp dewanya diaorangg
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Danish : Mama kita nak pergi mana pulak ni?
Daku : Kita nak balik rumah dah laa... kan Danish dah main macam2 kat sini.. esok sekolah, kita balik pulak yerr... cikgu Danish pun dah rindu kat Danish.
Danish : Danish tak nak balik rumahh...Danish nak balik HOTELLL!!!!! UUuuUUuWAAAAaaaAaaAAaaAAaAaAA!!
Yaaa....begitulah betapa seronoknya anak-anak ku pergi bercuti hingga tak hingat nak balik rumah! Ha ha HARU!!!
Anyway percutian yang sangat menyeronokkann.. tak de apa yang dapat ditukar ganti dengan keseronokan menghabiskan masa berharga bersama keluarga@insan tersayanggg! muahhhh muahhhhhhhhh & muahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!