Salamm..
Malam tadi berlaku sessi kaunseling aku, Abang & Bibik.
Akhir-akhir ni Bibik dah mula menunjukkan 'tanduk'...
Dah mula 'nakal' atas kelonggaran yang aku berikan..
Jiran-jiran pun dah mula mengadu *sebab aku yang bertanya*...
Selepas kekecohan kerajaan Malaysia & Indonesia berkait dengan kes dera pembantu rumah tempohari.. Bila kerajaan Indonesia 'minta macam-macam' dari kerajaan Malaysia..
tentang cuti sehari seminggu...lepas keluar berita.. aku dan Abang mula sepakat beri Bibik kelonggaran untuk ber'cuti' sehari seminggu
walaupun kat rumah bila aku & Abang ada, Danish & Dania kami uruskan sendiri
Danish ke sekolah pun aku & Abang yang siapkan
Hujung minggu jangan harap la Bibik nak mandikan Dania, nak teman buang air pun Dania dah meraung tak hingat dunia.. nak Mama/Papa jugakk..
Balik kerja bila kitaorang sampai, Bibik terus naik atas/biliknya.. bermaksud seawal jam 6-7 malam bibik
dah habis shift kecuali aku panggil kalau ada apa-apa.. selebihnya terpulang Bibik nak buat apa.. nak rehat pun aku dah tak kisahh..
tambah pulak hujung minggu di benarkan cuti.. cuti keluar pulakkk..? ke rumah saudara.... 'kata'nya.
Aku hantar dan ambil setiap kali dia keluar...
Bibik aku ada Handphone sendiri...
Bibik aku ada kenalan Bibik lain dirumah belakang kami...
Bibik aku boleh keluar ke rumah 'saudara' sebulan sekali atas permintaan dia dan kebenaran kami.
Dengan syarat TIDAK BOLEH BERMALAM. Mesti aku pergi dan ambil, TIDAK BOLEH SESIAPA yang tidak aku kenali datang kerumah aku .. aku tak izinkann!
Semalam aku pergi Imigrisen untuk dapatkan semula syarat2 dan peraturan pembantu rumah dan
majikan. Rupanya dalam peraturan tersebut masih tidak ada lagi mana-mana clause yang di pinda berkenaan cuti seminggu sehari.. TIDAK ADA..! Hanya dinyatakan REHAT yang MENCUKUPI..?
Di rumah aku...? dah tentu lah cukuppp sangatt........
Paling kemuncak.. Bibik keluar beraya TAK BALIK AHAD lepas....!! Sedangkan pukul 10:30 malam aku dah menanti di rumah 'saudara'nya.. Alasannya berada di Shah Alam dan dek kerana hujan lebat tak dapat teksi balik. Aku memang hangin sebadan waktu tuh....!
Dan aku pun mula bertanya dengan jiran-jiran... dan ada cerita kurang sedap juga aku dengar. Walaupun bila tanya bibik, pengakuan lain pula yang aku dengar...
Bila bincang dengan Abang, jalan terbaik ialah untuk menasihat secara baik dari terus menghukum bibik kerana tak aku nafikan, kami masih perlukan khidmat Bibik. So far Bibik tak ada masalah sangat.. jika sekarang dia sedikit tersasar aku tau pengaruhnya dari mana.. Bibik sebelah yang datang kerja gaji hari dan ada rumah sendiri. Bibiknya dah berumurr.. bila aku bertanya dengan rumah sebelah pun katanya Bibik tu pun dah berhenti.. dan panjang tangan pula tu. So far dari segi kerja BIbik pun, kami berpuas hati.. bab-bab mengemas semua tak perlu di suruh Bibik tahu bila nak buat dan selesaikan. Kalau buat silap pun memang aku sound direct.. on the spot..!
So malam tadi aku dan Abang panggil Bibik, ingatkan dia semula tanggung jawab dan amanah dia sebagai pekerja berdasarkan peraturan yang termaktub dalam kontrak kerja dia. Aku dan Abang mengambil jalan untuk tidak menuduh atau menghukum Bibik apa-apa tapi sekadar nak tau sejauh mana Bibik boleh berkata benar..
Dan aku ingatkan juga segala kelonggaran yang aku bagi bila-bila masa aku boleh tarik balik SEKIRANYA KAMI DAPAT TAHU dia melanggar mana-mana peraturan dalam kontrak terutamanya dari segi amanah dan kejujuran. Dan sekiranya aku tarik balik, Bibik cuma ada diri sendiri untuk di persalahkan kerana atas peri kemanusiaan kelonggoran itu telah aku berikan..
Apapun.. kami mula dah setup Kamera. Kamera tu nanti akan jadi pemerhati Bibik mulai sekarang... waktu itu kata-kata pun dah tak ada gunanya...
Aku harap Bibik akan berubah ke arah lebih baik seperti dia mula masuk kerja dulu. Aku dan Abang masih beri peluang.. tapi jika berlaku sebaliknya, aku dan Abang jugak tak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang..!