Assalamualaikum...

Ahaa... sempena cuti CNY baru-baru ni, Izan & Family pakat2 balik Johor.
Bila dah berkumpul reramai tu kan dok mencarii je mana port nak jejak tu kannn...


Actually ada 1 kedai makan tepi jalan besar dari Kota Tinggi menghala ke Desaru ni, 
yang menghidangkan Cendol Kampung.. yeszaaa... kalau time panas lit lit ni
memang sedapp sangatt la kan pekena cendol ni.

Selain Cendol, killer Menu kat sini ialah
Laksa Johor, Mee Rebus, Rojak Manis dan Rojak Petis...
semua sedap2 belaka...
Mana taknya, walaupun waktu operasi 11:00 pagi ~ 6 petang, 
tapi biasanya tak dan kul 6 petang dah tutup kedaii.. mmg sold out awal.

Masa kami (Family ku dan ipar duai) gi hari tu hari Jumaat...
tunggu orang lelaki balik dari Masjid, dalam kul 2:30 ptg gitu gerak dari rumah.. 
sampai sana nak dekat kul 3:00 petang.. tup tup Cendol dah sold out!
Rasa nak guling meraung manjer kat situ jugakkk.. huwaaaaaaaaaaa!!!

Siap next day tu (kebetulan otw nak balik KL dah) jejak lagi okeyyy... jejak lagi awal..
punya la nak pekena cendol punya pasalll! hahahahaha!


OK berbalik semula pada Menu... Top dalam list ialah Cendol!
Cendol pun ada banyak pilihan..
 Cendol Pulut, Cendol Kacang, Cendol Jagung dan Cendol Special (buh semua bahan)


Ni hari ke-2 baru dapat order...
Cendol  Jagung, Cendol pulut & Jagung + Cendol Special


Cendol Special saiz bowl dia besar sikit


Ni pulak menu makanan lain...
Rojak Petis, Soto, Bihun Soto dan Laksa Johor..
Mee Rebus tak dan snap


  Laksa dia sedapp... I loike! Rojak petis wajib order.. 1st day kami datang order 4 pinggan licin!


Ais jagung pun sold out masa kami sampai 1 st day tu.. ni order 2nd day.


Feeling feeling dating bawah pokok Kelapa Sawit gitewwww hahhahaha!


Keluarga kecilku



ni 2nd day (Next day)  dgn Family adik.. tak plan gak jumpa ni sebab sorang balik Selangor, 
sorang balik Penang... tup2 terserampak jugak kat kedai ni kikikiki

Ni masa 1st day sekali dengan Nenek

Makan besar.. sembang2 bawak pokok sawitt sambil ditiup bayu... nikmat yakmat ooo!


Bukti pokok sawit kikiki. Budak2 main parit... mak jadi penyelamat kekdahnyaa 

Ok kalau mai Johor wajib Jejak ni...
Nama Kedai : Mama Jeli Recepi (FB Link click here)
boleh parking depan or belakang kedai..
Mai awal ya... kul 2 pun silap hari bulan dah ada menu yg sold out.

Lokasinya terletak di Kampung Baru, Sungai Mas.
Tepi Jalan besar sebelah kanan kalau dari Kota Tinggi menghala ke Desaru.
Apa lagii.. jom terjah komeeee!

Sekian laporan dari bilik #JJCM kali ni..
jumpa lagi di next entry yerrrr

#jjcm #localfood #cendolsawitjohor #laksajohor





Assalam..

Entah bila tiba-tiba viral jap keluar  entry pasal Texas Smoke Beef ni kat wall FB...
Maka tergerak ati nak mencari dan menjejak nak merasai apa agaknya rasa 'smoke beef' ni. Maka akhirnya kami sampai di sini .. 


Mula mula ingatkan kedai nya berkonsepkan restoran rupanya bila kami sampai baru tahu ianya berkonsepkan open space yg mana banyak kedai2 makan yg berkonsepkan pelbagai menu.sampai-sampai bulat mata jugak nak cari kedainya yg mana satu.. akhirnya jumpa juga lot kedai yg dicari... so teruslah submit order.



Ini adalah menu2 pilihan yg disajikaan. Kami order set utk ber-6 tambah ada yg request nak makan chicken chop kedai sebelah... layannnnn.




Di hidangkan sekali dengan beberapa jenis sos dan mayonis


Ni lah rupa bentuk hidangannya... disajikan bersama roti ala Subway tu , mashed potato dan salad... so boleh nak ratah daging tu macam tu je atau  nak buat sandwich ala Subway pun boleh ikut citarasa memasing... Dari segi tekstur mmg berbeza dengan daging yg dibakar (grilled).. dari segi empuk mmg empuk... maklum dah disalai 12 jam kan... mmg macam ala peroi gitu la... dari segi rasa pon of course berbeza dari rasa daging yg dibakar... sebab dia ada rasa aura asap dia tu kannn.  


Ni pulak Chicken Chop order dari kedai sebelah

Masa menunggu pun tak lama sangat... lepas makan budak2 jni pi tengok ikan kat akuarium besar.. masa makan ada budak kecik (family derang makan besar 2 meja tak silap) terjun kat kolam ikan tepi tu. Seb baik kolam cetek . Apapun kami dah rasa dah Texas Smoke Beef ni... mmg suatu pengalaman rasa 'baru'.. kalau nak jejak boleh cari di Bangi Square ok!


Sekian laporan dari bilik #JJCM kali ni.
Sehingga berjumpa lafi di next entry yerrr!!
 #westernfood #izanfoodblogger #jjcm

Assalam....
Akhirnya semalam menjejakkan kaki ke KFry! Eh sempena cuti CNY ni rata2 ramai yg balik kampung... kami pulak kena balik 2 kampung sebab ada kenduri... makanya kami pecah 2. Weekend ni balik Pahang, minggu depan balik Johor. Isnin masih kerja... makanya termangu lah nak kemana..
Datang la idea nak jejak K Fry adhoc 😂




Lepas maghrib baru gerak dari rumah. Perjalanan sekadar 20 min..  tapi cabaran nak cari parking. Sampai terus cari Restoran KFry yg terletak di Ground Floor, Lot 26.

Sampai2 sana lega lah kononnya mcm tak nampak beratur panjang.. maklumla cuti CNY kan...  rupa2 kena amek nombor kauu...
Ada mesin utk ambik nombor macam kat bank tu tapi lawo sket la sebab komersial kan.. so kena tekan berapa guest then tekan utk resit nombor giliran. Staff kat situ cakap anggaran 20 min..  dah semua menu Ayam/daging hat salut2 cheese tu sold out sudah... koh koh koh!

Tapi dah sampai kan.. redho je lah. Dalam pada menunggu tu Guardian ada buat sales 50% barang kosmetik. Sempat lagi singgah guardin dan sempat jugak dipau budak2 ni coklat2 dalam Guardian tu... deng!

Ok bila nombor sampai dan dipanggil terus staff panggil dan guide ke meja. Kami pun terus la buat order... ntah hapa2 la menu yg dipilih.. dah la adhoc and 1st time sampai .. nak mengkatam menu pun 1 hall.


Menu utama hat salut cheese tu dah sold out.
Rupa2nya baru tau kena reserve 2-3 hari awal! Datang pun adhoc mmg tak de la nak reserve bagai kan..

Ok sambil tunggu tu perati kat meja dia sediakan siap2 pinggan kecil, sudu garfu dan juga sarung tangan plastik termasuk tong sampah siap! Persediaan utk meratah ni kekdahnya. Bagus jugak since menu utama dia banyak yg bergoreng dan ber-cheese sure melekit2 kat tangan kalau makan pakai tangan kan.. nak pakai sudu garfu kang kurang feel pulak..

Lepas submit order kira2 15 min jugak lah baru order sampai... apa lagi jom makan dulu..
Ni antara menu yg kami order sementelah jejak adhoc hihi

Sejenis bawang yg bertukar jadi bunga teratai dan boleh diratah


Ni dia rupa K-Fry ayam goreng perisa Garlic




Dalam pada dinner tu... tak silap ada  4 kali jugak lah staff2 dia berkumpul dan nyanyi lagu "Selamat Hari Jadi" siap dalam versi Korea dan ulang dlm English/B.Melayu... termasuk la meja sebelah kami .. budak2 muda, ladies.. bff kot siap belon dan bouquet bunga bagai... baru aku tau ramai yg celebrate birthday kat sini ye sebab tu sempat buat reservation bagai kot ye..idea sangattt... okey!😂




Sedar tak sedar banyak jugak menu kami order ni ye... ayam KFry order hat half chicken... tak terabis makan rupanya siap tapau...



Layanan staff mmg superb. Very friendly...Dania siap cakap "Layanan luar biasa"... yeszaaa. Rasa macam diraikan gitew.

Apapun next time kena jejak lagi... kena buat reservation jugak kalau nak merasa Hot Item menu tu okeh!

Sekian laporan dari bilik #jjcm kali ini.
Jumpa lagi di entry seterusnyaaa yerrrr

#krfy #IOIcityMall #koreanmenu