Assalam
Dah lama tinggal bersawang blog ni sejak ada IG dan FB...
Sebenarnya bila masuk musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dek kerana serangan wabak Covid19, 
hari-hari memasak dan hari-hari ada update 1 menu di FB... 
So hari ni terfikir nak share resepi2 menu tu kat blog ni ....

Ok mari kita mulakan dengan resepi pertama
spagetti bolognese daging yang pasti memikat selera kepada penggemar makanan pedas 

Resepi ni adalah signature resepi #daridapurizan
dek kerana En Suami dan anak bujang memang kuat makan pedas
so even buat menu ala 'Itali' kena fushion kan juga ikut selera ahli keluarga ni kan  

Spagetti Bolognese Daging versi pedas
(SPICY MEAT BALL BOLOGNESE SPAGETTI)



Bahan- bahan

250 gram Spagetii (setengah bungkus)

Sos Bolognese 
. Setengah bungkus daging kisar Ramly
. 1 botol sos bolognese Adabi
. 7 ulas bawang putih - hiris halus
. 1/2  biji bawang holand  - cincang halus (jika suka)
. 2 sudu lada hitam tumbuk
. 2 sudu cili kisar
. Bebola daging
. Cendawan butang - hiris nipis
. Brokoli - celur dan tepikan

Cara-cara

1. Rebus spagetti bersama sedikit garam dan minyak masakkira-kira 15 minit dan toskan (atau sehingga lembut
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga keperangan
3. Masukkan cili kisar dan lada hitam. Tumis sebentar sehingga cili kisar naik minyak.
4. Masukkan daging kisar dan bebola daging. Gaulkan sebati.
5. Masukkan sos bolognese Adabi dan kacau sekata.
6. Perasakan garam  dan sedikit gula jika suka untuk balancekan dengan rasa pedas. 
7. Siap untuk di hidang bersama spagetti dan juga brokoli yang telah dicelur masak.


Assalamualaikum...

Di bulan dan hari yang mulia ini, saya dengan rendah diri ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin buat semuaa..

Macamana sambutan raya kome semua ya...
Untuk kami, tahun ni adalah giliran beraya di Kampung Halaman Encik Suami iaitu Pahang.
Sedikit sebanyak gambar raya buat kenang-kenangan.


Tahun ni memilih tema warna Purple cair & Turqoise

 



Hari ke-2 baru gerak balik ke Johor. 
Tahun ni semua balik Alhamdulillah... 
Raya ke-4 baru lah keluar beraya ke rumah sedara mara terdekat






Assalamualaikum...

Sebelum ni pernah post pasal JJCM K-Fry
Sebenarnya Setelah 2 kali cubaan ke K-Fry gagal
mendapatkan Ayam goreng salut cheese akhirnya merajuk bawak diri pi Dokebi Chicken yg baaaaaru sahaja dibuka di Tamarind Square, Cyberjaya..

Sampai2 mujur ex-team mate dah booking tempat sebab 
sekelip mata je seat penuh waktu lunch.

Bila jejak Dokebi Chicken ni dah tak pandang dah menu lain yg penting nak order ayam salut cheese tu je ! tak kira tak kira! hahaha
hipster sangat eh apa ntah rasanyer tu
Dah lah K-Fry baru2 ni nak booking staff kata sepanjang tempoh renovation (dianggarkan siap by June 19), mereka tak ambik reservation utk Chicken Cheese tuh..
so depa advise utk walk in or booking queue thru Apps.
Gigih la jejak 2 hari lepas lepas waktu kerja..

hasil nya mmg hampa... Chicken Cheese to sold out jugakk.. huwaaaaaaaaaa!


OK stop citer pasal K-Fry.
So kat Dokebi Chicken ni order tanya waiter best seller menu lah.
Namanya Yang Nyeom Sauce chicken with cheese
Ada 3 perisa... original, mild dan spicy. Utk 1st timer kami order 
Hat mild dan tak pedas... nak pedas kena pilih hat Spicy okeh!

 Gambar adalah Dokebi Fried chicken original flavour.


 Aku order Kimchi Soup set yg disertakan dengan 
nasi putih, 3 appetizer dan telur goreng. Harga RM12.80.



Di serikan dengan Dokebi Bubble milk tea. Baru je berangan nak tapau Tea Live kat booth depan Dokebi tadi .. kensel lah kat sini pun ada Bubble tea tapi aku rasa mcm manis sket huhu. Harga RM10.90





Ayam ni walau dah hidang atas meja bukan korang boleh ngap terus pun... sabaq no. Kena tunggu tukang salut jugak sbb dia sorang je tukang salut jadi kena tunggu dia siap salut keju pada ayam tu kat meja lain baru entertain meja kome ikut turn ye. Tu pun max dia boleh salut 8 ketul je sbb org ramai... gitew hah!


Ahli jemaah JJCM hari ni


1 order ni portion utk 4 orang makan yer... Harga RM51.80.

Jangan gatal2 tamak nak order hat lain bebanyak mmg tak habis la jawabnya.
Seriously nak makan berlima pun cukup aku rasa.
Then tambah nasi & sup kimchi. Tu pun tobat mmg tak habis  makan. Maybe sebab bukan peminat tegar kimchi kan... tekak aku ni kureng sket benda2 masam ni...
so next time datang mmg nak ratah ayam goreng dia je yer targetnyer! 😂


OK korang akan diberikan sarung tangan untuk mudah nak meratah ayam goreng dia ni... 
mmg lagi feel la kan nak meratah. Ayam tu lepas dia salut dengan Mozarella cheese tu terus  la kome makan... of course la sedap di makan panas-panas kan ketika cheese masih boleh ditaaaarikkkkkkkk mcm Pizza gitew.
Bila nak makan nasi tu aku rasa mcm nak makan pakai tangan je sebab dah alang2 ratah ayam dengan tangan kan.. bila nak makan nasi kena pakai sudu/chopstick pulak.. eh!

Kali ni  agaknya sebab order yang mild kan.. dia rasa manis2 rempah korea tu bercampur cheese berlemak.. nak masuk 4 ketui dah nak rasa muak jugak. So next time kalau datang makan bawak family pulak confirm akan order hat spicy lak.. kita try test error seround deh!


Suasana kedai yg cozy.. kalau duduk luar kedar merasa lah makan tepi taman..
Konsep ala2 garden gitu. Of course la hiburan dalam kedai pun rancangan2 K-POP  
la kekdahnya.

Sekian review ayam salut #dokebichicken 😄