Assalam....
Akhirnya semalam menjejakkan kaki ke KFry! Eh sempena cuti CNY ni rata2 ramai yg balik kampung... kami pulak kena balik 2 kampung sebab ada kenduri... makanya kami pecah 2. Weekend ni balik Pahang, minggu depan balik Johor. Isnin masih kerja... makanya termangu lah nak kemana..
Datang la idea nak jejak K Fry adhoc 😂




Lepas maghrib baru gerak dari rumah. Perjalanan sekadar 20 min..  tapi cabaran nak cari parking. Sampai terus cari Restoran KFry yg terletak di Ground Floor, Lot 26.

Sampai2 sana lega lah kononnya mcm tak nampak beratur panjang.. maklumla cuti CNY kan...  rupa2 kena amek nombor kauu...
Ada mesin utk ambik nombor macam kat bank tu tapi lawo sket la sebab komersial kan.. so kena tekan berapa guest then tekan utk resit nombor giliran. Staff kat situ cakap anggaran 20 min..  dah semua menu Ayam/daging hat salut2 cheese tu sold out sudah... koh koh koh!

Tapi dah sampai kan.. redho je lah. Dalam pada menunggu tu Guardian ada buat sales 50% barang kosmetik. Sempat lagi singgah guardin dan sempat jugak dipau budak2 ni coklat2 dalam Guardian tu... deng!

Ok bila nombor sampai dan dipanggil terus staff panggil dan guide ke meja. Kami pun terus la buat order... ntah hapa2 la menu yg dipilih.. dah la adhoc and 1st time sampai .. nak mengkatam menu pun 1 hall.


Menu utama hat salut cheese tu dah sold out.
Rupa2nya baru tau kena reserve 2-3 hari awal! Datang pun adhoc mmg tak de la nak reserve bagai kan..

Ok sambil tunggu tu perati kat meja dia sediakan siap2 pinggan kecil, sudu garfu dan juga sarung tangan plastik termasuk tong sampah siap! Persediaan utk meratah ni kekdahnya. Bagus jugak since menu utama dia banyak yg bergoreng dan ber-cheese sure melekit2 kat tangan kalau makan pakai tangan kan.. nak pakai sudu garfu kang kurang feel pulak..

Lepas submit order kira2 15 min jugak lah baru order sampai... apa lagi jom makan dulu..
Ni antara menu yg kami order sementelah jejak adhoc hihi

Sejenis bawang yg bertukar jadi bunga teratai dan boleh diratah


Ni dia rupa K-Fry ayam goreng perisa Garlic




Dalam pada dinner tu... tak silap ada  4 kali jugak lah staff2 dia berkumpul dan nyanyi lagu "Selamat Hari Jadi" siap dalam versi Korea dan ulang dlm English/B.Melayu... termasuk la meja sebelah kami .. budak2 muda, ladies.. bff kot siap belon dan bouquet bunga bagai... baru aku tau ramai yg celebrate birthday kat sini ye sebab tu sempat buat reservation bagai kot ye..idea sangattt... okey!😂




Sedar tak sedar banyak jugak menu kami order ni ye... ayam KFry order hat half chicken... tak terabis makan rupanya siap tapau...



Layanan staff mmg superb. Very friendly...Dania siap cakap "Layanan luar biasa"... yeszaaa. Rasa macam diraikan gitew.

Apapun next time kena jejak lagi... kena buat reservation jugak kalau nak merasa Hot Item menu tu okeh!

Sekian laporan dari bilik #jjcm kali ini.
Jumpa lagi di entry seterusnyaaa yerrrr

#krfy #IOIcityMall #koreanmenu
Assalamualaikum....

Hari ni nak share salah satu Cafe yg best jugak di area Taman Putra Perdana, Puchong ni.
Terletak berdekatan dengan area tangki air Jalan 3.
Menu2 dia concept Western gitu. Yang penting pemilik orang kita yang dijamin HALAL toyibah.
Pernah 2-3 kali gak dinner kat sini.
Cafe yang Cosy, deco cantek.. ada buku2 cerita untuk budak2 mahupun novel2 untuk orang dewasa utk isi masa senggang sementara tunggu order sampai gitew


Masa kami sampai ni ngam2 lengang lagi..



Deco dalam kedai


Buku2 yang jadi tarikan dalam kedai



Gigih Delisha membaca sambil tunggu order


Appetizer wajib ... makan panas2 cepat je licin


Ni set yang kami suka order jugak.. 
Family Platter
Untuk 2-4 orang makan
harga RM67
Ada Chicken Grilled, Lamb grilled, Mashed potato, Giant sosej
Olio Aglio Spagethi, Coleslaw dan air 1 jug Ice Lemon Tea



Zoom sket



Menu tambahan Carbonara Spagethi. Harga RM14.90. 
Masa kami pi ada promo 10% disc.


Antara menu2 lain


Pilihan pasta


Main menu



Alhamdulillah kenyangg dahh... 
habis makan jam 9:30 malam tu kedai hampir penuh dah..
budak2 habis makan terus pusing kerusi layan Anime kat TV

Sekian  laporan dari bilik JJCM 
Edisi #westernfood #Westerncafepuchong #westerncafehalal




Tanggal 12 Jul 2018 ~ 12 Jan 2019...
Genap 6 bulan sejak berlakunya incident kebakaran di teratak kami ...
Diam tak diam sudah setengah tahun masa berlalu

Alhamdulillah kerja-kerja baik pulih telah 90% selesai...
Hari ni (12 Jan) selesai pemasangan mihrab di mini musolla mengantikan ruang asal. Masa mula-mula datang idea untuk buat Mihrab ni berhari-hari juga mencari sampai akhirnya tahu islamic deco art ni dinamakan "Mihrab:..


Proses tuntutan insuran juga berjalan lancar walaupun prosesnya agak remeh dan panjanggggg..... iaitu claim by % progress dengan dimestikan melampirkan evidence setiap progess baik pulih. Dan proses terakhir nanti pihak bank akan turut serta membuat onsite visit... (bank sebagai intermediator utk reimbursement bagi pihak insuran)

Yang penting sabar dan follow sahaja semua yang dipinta dan digariskan...
Apapun Alhamdulillah... sesungguhnya disetiap ujian pasti ada hikmahnya... disetiap hujan itu pasti hadirnya sang pelangi... setiap kesabaran pasti terbayar...redha dan bersangka baik selalu... aminnn InsyaAllah
Buat yg pernah bersama kami diawal ujian.. semoga sentiasa diberikan ganjaran berlipat kali ganda.. dimakbulkan apa sahaja yang dihajatkan.. dan semoga segala perjalanan dan urusan kalian sentiasa dipermudahkan olehNya selalu... aminnn

Surat Al-Baqarah Ayat 155-156
“Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar sehingga beroleh hidup bahagia menurut Islam. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (sesungguhnya kami milik Allah dan hanya kepada-Nyalah kami kembali)“.