Assalamualaikum..

Di satu petang yang hening... tekak teringin sangat nak makan Pulut mangga @ Durian...
tengah duk belek2 resepi kat henpon tiba2 dapat message dari En Suami mengatakan 
dia baru sahaja order mangga Harumanis Perlis secara online!!!!

Hebat jugak instinct En Suami ni rupanyer heheh! muahhh cikedd!! Ops!
Apalagi excited la aku! Menunggu jugak ni sampai mangga diposkan ..
ye lah barang makanan macam ni kena cepat 
process penghantaran supaya bila sampai ke tangan pelanggan fresh
dan dapat rasa diwaktu yg paling optimum kan!

Akhirnya... 4 May tu En Suami dapat pemberitahuan bahawasanya mangga harumanis tu akan di hantar dan sepatutnya sampai pada keesokan harinya.. yesss!! Aku pulak masih dalam cuti Golden Week Japan... sangap juga aku nak menghabiskan sisa sisa cuti tu sorang2 sebab En Suami & Anak2 kerja dan sekolah seperti biasakan... so 5 May Khamis tu aku dah standby la siap2 'pulut' dan kuah santan kat rumah nak makan dengan mangga harumanis yg bakal dibawa balik oleh En Suami dari ofis.. jeng jeng jengg... makanya jom cuci mata..! Nak bagi bau pun tak sampai kat kome kan hehehehe



Aha tu diaaa.... pulut mangga HARUMANIS PERLIS!
Meletop weiiii... sedapnyer makannnnnnn!!! Puassssss hati sangatt!!!
Degan pulut dan kuah santan yg lemak2 manis... makan dengan 
mangga harumanis yang sememangnya manis! Aduhhh... terasa2 lagi
kat tekak ni kesedapannyerr! Serius!!!



Aku terlanjur tu aku share sekali resepi pulut mangga yang aku buat ni...

Resepi ni dari blog sariyusa yang 
menggambil resepi dari Singgahsana Kitchen.
Kredit pada keduanya dengan resepi Pulut Mangga ni
atau dalam bahasa Thai nya Khao Neow Ma-Muang
Confirm la meletup gitew kan!


OK resepinya aku copy paste kat sini ya. 

 Khao Neow Ma-Muang
500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang,
 letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)

750 gm santan (Sk guna santan kotak 500ml M&S, tambah air masak sampai dapat berat 750 gm, 
kacau rata)

6 sb gula pasir
3 sb gula pasir
5 helai daun pandan
6 sk tepung jagung
2 sk tepung beras
garam secukup rasa

Sementara mengukus pulut, sediakan santan :

1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, 
kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)

2. Masukkan gula (6 sb), kacau hingga gula larut)

3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.

4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.

5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kaup balik bersama pulut sehingga cukup lembut dan pulut berkilat. Jangan terlebih santan.

6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.

7.  Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.

8. Tambahkan gula (3 sb) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.


9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.

Note : Cuma gula tu aku kurangkan sikit sebab lagi suka kalau santan tu rasa lemak2 
je since nak makan dengan mangga harumanis yang confirm manis!

***************

Ok memang sangat puas hati makann sehingga terpejam2 mata.. owhhh!!!!
Berat aku terus naik 2 kg minggu tu sebab makan pulut (mangga) banyak sangat! 
Azab! ahahhahaha



Anyway kalau nak try order mangga harumanis ni boleh layari web

harga boleh tahan jugak sehebat namanyer.
3Kg RM135 termasuk pos.. ada 10 biji..
so sebiji jatuh RM13.50 ? erkkkkk

Maklum la buah mangga ni cuma boleh di tanam di Perlis katanyer..
tapi dalam banyak2 tu ada sebiji 2 yang kitaorang rasa
kuat macam buah kuini...eh?
 *husband dulu membesar dengan 2 pokok kuini kat rumah*

al-kisahhhhh...

p/s: Sekarang berlangsung contest lucky draw FREE Breastpump
di Kids Branded page ya kawan-kawan. 
Jangan ketinggalan untuk sertai mana tau ada tuah nak menang! 
layari sekarang sebelum tamat tempoh peraduan!
https://www.facebook.com/kidsbrandedstore/




Assalamualaikumm...

Sempena kempen sihat 2016 * la sangattt ~~~*, akhirnya buat julung2 kalinya 
berjaya menceburkan diri dalam bidang larian 5KM ohohohoohoho!!!
Actually member2 aku lama dah start join ni dari hujung tahun lepas...
deme dah start 10KM nko... aku je terhegeh2 1st time ni 5KM ohohoho.
Tu pun sebenarnya gara2 kaki aku yg retak tahun lepas kan insiden di Desa Waterpak
yang kalut mencari Dhiya hilang ... Jun 2015... lama dah

so start tahun ni baru nak menjinak2kan diri dengan aktivi2 jom sihat! Yeahh!!
ok larian ni di beri nama

                 KRISPY KREME DOUGHNUTS RUN BY LARIAN SPEKTRA


yang berlansung di Universiti Malaya pada 24 April, Ahad lepas


Registration melalui TIXTAX



So pagi tu seawal pukul 6:45 pagi aku dah gerak dari rumah.. En Suami 
hantar aku sampai depan pintu sambil berbisik 'moga dapat lucky draw MyVi sebijik'
ahhahahahaha! Tak tau aku neves sbb pestime join ni wahhaha



Nak dekat 7:30 pagi aku sampai.. geng aku si Ujen & Zalie sampai.. aku baru ambik
racing kit kat depa and salin baju kat AAJ aka Ambang Asuhan Jepun ni.
Muka  suci di'awal pagi' hehehehe





Sebelum flag off kul 8:00 pagi kami dah kat tempat berlepas.. 
tunggu lagi sorang geng masih otw.

Bunyi wisel apa lagi.... runn foresttt!! runnn!!!!!

Oiiit mengah2 jugak aku lari ni... tapi best la sbb UM ni tempat nostalgia
sewaktu belajar di AAJ ni 20 tahun lepas... 1995 ~ 1997.
Ronda2 balik dalam UM ni lepas rindu gitewwww

Yang bestnyer masa lagi 1.5Km nak sampai ntah camne aku leh lah tergolekk atas jalan
gara2 nak larikan diri dari committe yg duk lempar serbuk warna ke para peserta tuu alahaiii
kasut aku longar kot.. nak pecut sekali kasut tertanggall.. apa lagi 
dengan aku2 tergolek wahahhaa.
Ada la orang lain datang tolong.. aku tanya luka ke dahi aku sebab terhantuk 
derang kata ada merah sket.. aku pun tak de pening apa sambung lari lagi lahhh
dalam 8:40 pag aku sampai dengan selamatnyaa dah terus ke medic dulu takut ada apa2 
kecederaan lain.. so paramedik just tuam je lah kat lebam tu uhuhuhu


Anyway ni team geng2 aku yg join hari tu.. 
actually ada lagi sorang Hada... tapi ayahnya tak sihat warded so 
dia kensel lah join event ni walaupun dah register.


My 1st ever run medal! Nampak sedap tak medal tu??
excited siott!!! wahahahah



ada photo booth percuma


makan time.. donut freee...


air free.. banyak lagi free by penaja sebenarnya


Nak balik tu lalu kolej kelima -  Dayasari.. kolej kami dulu


Singgah balik merapu2 bergambar kat AAJ ahahahha


Nostalgia sangat tempat niiii 



Goodies kali ni

ok more picture of the event here. Feel free to click okeyy !
https://www.facebook.com/RunningMalaysia/

Habis run tu singgah mandi salin baju pulakkk..
alang2 dah berkumpul dgn geng2 ni kan... ambik peluang lunch date sesamer ehehhe.
Of course En Suami masing2 dah bagi greeen light heheheh

Ok lunch date kali ni sempena meraikan salah sorang member kami 
yang baruuuu naik pangkatt.. ouch!! so apa lagi kan.. open table lerr ehehehhe

asal2 nak gi Foods bury kat Seksyen 9 Shah alam..
kami sampai tu kedai tutup lagi.. kul 12:15 tenngahari kottt...
last2 member offer Sakura Fuji Japanese Restaurant kat Plaza Masalam..
so kami menurut perintah je laaa.. orang nak velanjerrrr
kecil tapak tangan tempayan kami tadahkann wahahahahah


Ahaaaa.. menu pun tukang sponsor siap advise..
Lunch set Tempura Sashimi set ni.. RM35 hokeyy
memang berbaloi2 complete set lagi pulak makan freee!!!



Tak sah kalau tak bergambar dolu kennnn



Semua ambik set sama wahahahah



Sashimi ni memang terbaekk... double thumbs up!!!!


Makan sampai lebamm... lebam pagi tadi pun tak hilang lagi keh keh keh.
ni la bff aku dunia akhirat.. dari zaman belajar.. yang best semua
ahli kelab Fantastic 4 ni..
nak tau kelab apa..? semua ada askar 4 orang kekekekek.
Jumlah anak pun nak samerr yerrr ahahahhahahahah

Ok sekian lah weekend kamiii.... bulan May ni kami join Beachh Run pulakk...
kat mana tuu?? tungguUuuUUuu!!

 al kisahhhh.........



Alhamdulillah...

Berkesempatan lagi untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir pada majlis gilang gemilang ALEPS Annual Dinner bertempat di PWTC .



Ketibaan tetamu kehormat, Tun Mahathir




Seterusnya ucapan yang dinanti2kan oleh Tun Mahathir


Special performance oleh Samurai ... 


Penyerahan pedang samurai untuk upacara perasmian buku ALEPS




Potong kek dan pulut kuning sempena ulangtahun kelahiran Tun Mahathir


Dalam crowd


Negarawan yang sentiasa dihormati


Menu meja



Jemput tengok hihihih


Bersama kenalan


My Table mate


My feveret sensei @ Teacher


my frens 


Presiden ALEPS


Persembahan khas


Sempat jugak bergambar dengan Tun sebelum balik 


Malam tu ada event Mood Republic kat PWTC.
Memang hiruk piruk orangg kat luarr dengan event yg meriah.
Surau pun penuhhhhh gilerrr


Balik kawanku hantarkan sampai rumahh... terima kasih kawann..
sekian majlis Annuar Dinner ALEPS bersama Tun Mahathir