Assalam

Akhirnya last day training hari ni since last wednesday. Minggu depan ambik cuti sehari nak berjimba yeayyyy

Nak share sket wallpaper yg baru dipasang kat ofis. Org jepun kata kibun tenkann... ada lak awek jepun malu2 terselit belakang monitor tu ehehe

Hari ni panas terik sungguh. Pergi San Francisco Coffee  ofis mate ajak beli kopi... dapat lah sedekah 'stamp point'. Makanya complete dah point card aku. Terus la redeem Frisco Frape Cookies and cream L size ni... menu mahal yg tak pernah beli... order tapi FREE redemtion dihujung2 bulan je ehehee

Jemput tengok no! Lega tekak sedut time panas terik nihhh

Assalamualaikum....


"HOMESTAY PUCHONG, HOMESTAY CYBERJAYA, HOMESTAY PUTRAJAYA"

Alhamdulillah... dengan lafaz Bismillah, 
akhirnya Villa Qaseh Homestay dibuka untuk tempahan!
Gambar-gambar masih dalam proses untuk diupload sepenuhnya... tungguuu!!!
Villa Qaseh Homestay adalah penginapan mesra keluarga dan kanak-kanak
yang terletak di Puchong berdekatan dengan kawasan strategi kCyberjaya, Putrajaya dan Serdang.



Homestay VillaQaseh menawarkan penginapan yang selesa dan berpatutan. Sesuai bagi yang ingin menghadiri majlis keraian, hari graduasi dan melancong bersama keluarga. 



Layari
Villa Qaseh Homestay
untuk maklumat lanjut dan buat tempahan sekarang!







Assalamualaikum...

Selamat Hari Ibu untuk para Ibu sekelian... Hari ni rutin seperti biasa juga. Kebetulan ada acara gotong royong di kejiranan...  aku dengan rajinnya hari ni nak masak Olio Aglio Spagethi. Tekak Itali lak hari ni hihihi.

Hantar juadah and pakat nyembang dan gosip sat ngan jiran2 sepakat. Aktiviti hari ni untuk kaum bapa gotong royong sambil tanam pokok buah buahan. Kaum Ibi sbb Hari Ibu kan... lepak and makan2 juadah yg sekian dibawak pot luck tu uhuhuh

Dalam tengahari ... aku dok kat dapur berkemas... Dania datang menghulurkan hadiah hari Ibu . Katanya , Dania tau lah Mama dah nampak * sebab dari semalam sibuk 2 beradik ni ke hulu ke hilir berbisik2 masuk bilik siap  kunci!* tapi Dania nak bagi jugak. Rupa2 depa duk buat sampul hadiah kaler sendiri guna warna air siap balut dalam bekas dan isinya pin shawl yg dibeli dengan duit tabung! Uhuhuhu. Dan 2 kuntum ros dari Danish dan Dania. Mama sangat terharu okeh! Terima kasih banyak. Nanti mama hias kat meja mama ya. Sebenarnya Danish Dania jadi anak yg baik , pandai jaga diri dan dengar kata Mama dan Papa pun dah cukup bagi Mama sayangggg.

Malam ya kemas2 baju dan bag budak2 jumpa hasil kraf Dhiya dalam bag. Comeyyy!! Walaupun Dhiya tak bagi by hand (Dhiya baru 3 tahun setengah) Mama tau hasil kraf tu ditujukan untuk Mama kan kan! Terima kasih semuaaa!! Mama sangat2 terharu dan sangat2 hargainya ..... muaaaahhh untuk semuaaaa!!