Assalamualaikum....

Hai kawan-kawan blogger sekeliann..
Saya nak let go BRAND NEW SMARTPHONE :
HTC Desire S

Baru dapat hari ni sebab sign up Data Package dari Maxis.
Tapi nak let go sebab niat di hati nak beli HP lain.

Totally NEW, tak keluar kotak lagi.. masih berbungkus.

Original Warranty 1 Year.
Original + Full accessories :
( Charger, USB Data cable, 8GB Micro SD, Hands Free)

RRP : RM 1,799
Selling Price : RM 999


Masih BARU... dalam plastik dan dalam kotak lagii...lalalalalala


Original Warranty 1 tahun


Original accessories. Tak keluar plastik lagii...


Baruuuuu je dapat HARI NI..! 25 Nov 2011

Detail specification boleh layari :




Berminat sila hubungi saya segera okeh ! Thanks..!!

Status Update : HTC Desire S di atas sudah terjual. 
Harap maklum.
Terima kasih.... ;)


Assalamualaikumm...

Ahaa.. hari ni buat julung-julung kalinya aku 'cuba' minum susu kambing untuk
 kesihatan ibu & bayi ngahahahahaha.

Baru-baru ni ada duk baca2 kat internet macamana nak elak Jaundis 
di kalangan bayi baru lahir. Antara yang di sarankan di akhir kehamilan 
ialah minum susu kambing. Betul ke berhasil atau tidak.. 
wallahualam sebab tak de kajian saintifik.. 
kalau tak mesti Kementerian kesihatan 
dah bagi dos ni untuk ibu-ibu hamil kann..?


Apapun.. tak salah mencuba rasanya. Susu kambing memang terkenal 
mempunyai kandungan kalsium yang tinggi. 
Mudah-mudahan memberi manfaat InsyaAllah.... 


Baru-baru ni request kat Abang suh carikan Susu Kambing ni.
Memula aku request yg tablet.. tak yah nak minum2.. ekekeke.. 
Tapi Abang sarankan serbuk. Kebetulan ada plak jual kat kedai 
sebelah klinik utk check up maternity baru-baru ni.

Susu Kambing yang aku cuba ni Brang Hi-Goat.RM36 utk 15 sachet.
Seperti yang tercetak di kotak "Tiada Hamis Kambing" dan 
tanpa gula. Memang terbukti rasanya tiada hamis kambing..
boleh la masuk tekakk.. uhuhuhuhuhu

Ikut sejarah Danish & Dania both kena jaundis lepas lahir.
Danish tak sampai 2 minggu.. Dania plak sebulan..!
Pantang kat kampung ok la.. Abah ada utk check up darah 2-3 hari sekali..
klinik kesihatan kat Bandar Mas tu pun ada facilities utk cek darah
dan tak perlu pakai tabung uji just cucuk sket kat tapak kaki baby sampai
Dania pun kadang2 tidur tak bangun pun di ambil darah.

Tapi kalo pantang kat sini.. memikirkan nak check up darah kalau kena jaundis
aduhaiii.. lemah semangat... ! Klinik swasta rata2 ambik masuk tabung uji..
Klinik kerajaan kompem la sesakkk uhuhuhuhu. Papa pulak cuti paternity
berapa hari je kann.. payah gak nak berulang alik ke klinik setiap ari nantii...
Di tambah aku plak darah O which is higher potiential utk baby dapat jaundis.. uhuhuhuhu

Apapun Mama hanya berusaha.. selebihnya kita tawakkal kepada 
yang Maha Berkuasa ye sayanggg..
Mama cuma harapkan yang terbaik untuk semua anak-anak Mama..
Mudah-mudahan di beri keringanan kali ini.. aminnn


Sumber: Harian Metro

KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.
Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.
“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.
“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.
“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.

PS: Kenapa la makin ramai lelaki yang di kurniakan 9 akal meletakkan akal mereka di kepala lutut...?????