Assalamualaikum...

Rasanya rata-rata ada yang dah sampai kampung atau akan gerak balikkampung 
pagi ni.. Sama laa.. aku pun kejap lagi nak gerak.. eheehehehe.

Semalam cuti.. cam biasa gi wat Facial kat Imej Anggun Spa,
Alam Central, Shah Alam.
Raya kali ni Imej Anggun Spa buat promotion
Facial Emas 24K ~ Kulit putih berseri 
hanya RM50 untuk ahli gitu...!
HARUS la tak lepaskan peluang kann.. uhuhuhuh



Antara perkhidmatan @ rawatan yang di sedia. Banyak boleh dapat 
herba2 untuk kecantikan di import khas dari Indonesia yang terkenal 
dengan jamu2 dan herba untuk kecantikan.
Sebab tu datang sana tengok awek2 sana mak aii.. slim slimm..
lawo lawo.. aku yg pakai saiz M kat Mesia pun kena 
ambik saiz L, ada yg XL! punya la kecik derang nih.. isk isk isk

*ops terpaksa guna model sambilan ha ha*
Nak dekat 2 jam gak la muka aku di belai-belai dan di urut2 oleh beautician spa uhuhuhu.
Rawatan kali ni lain sket dari treatment selalu.. lebih 
banyak urutan pada wajah aku rasa .. & last sekali pakai mask Emas 24K
sebagai penutup .. best best..!

Sambil2 tu sempat la cari barang-barang aku sket, sempat
singgah Jusco Bukit Raja, terjah Ariani kat Seksyen 7, Klang,
sempat hantar barang kemas yg tak seberapa nih utk dicuci percuma kat 
Poh kong.. regular customer. Datang cuci tak yah bawak resit pun dia terima he he.
Sambil2 touch up beli barang2 yg tak cukup sket2
especially keronsang, butang baju melayu & samping uhuhuhu.

Aku ni walopun duk Puchong, kerja Cyberjaya tapi still gak 
nak menyopping raya kat area Shah alam ni ha ha. Susah2 je datang jejauh..
maklumla.. dah biasa kan sini kann.. nak dekat 10 tahun.
Dah apal kedai apa jual apa.. mana nak carii..
Dulu time kerja lunch leh cilok2 kuar gi shoppingg wahahahah.
Sekarang dah jauh kena amek cuti lakk nak gi uhuhuhu
padahal hari tu dah pergi ngan budak ni masa cari  baju melayu derang uhuhuh.

Balik tu nak dekat kul 6 ++ gak le..! ha ha.
Mampuih la redah jammed nak balik Puchongg..


Ahaa.. tak berubah keadaan jammed kat sini... sama je cam tahun lepas gakk.
sejam baru sampai rumah..! uhuhuhuhuh
Syukur dah pindah kerja dekat ngan umah.. tak yah queue kat jammed
& toll.. kalau tak ni la yg aku hadap hari2 balik kerja dulu uhuhuhu!

Lepas maghrib buka ringkas kat umah, Abang terus ajak gi 
Restoran Baser kat Bukit Puchong. Abang dah siap buat 
Reservation & booking menu.
Restoran Baser ni Restoran yg menyediakan 
Sajian Johor, lebih tepat lagi Sajian & Citarasa
orang-orang daerah Kota Tinggi..! Wahhh excited bila tau kedai ni dari 
sorang blogger~ Azue. Terus jadi follower blog ni sbb selalu update review JJCM dia 
yang best bestt..! So next time kalo  rindu-rindu masakan Johor leh la datang sini.



Menu special yang di order hari ni tentulah
NASI BERIANI..! 






Untuk Danish, Nasi Ayam nyum nyum!




Siap leh mintak extra Popadamm ha ha!


Dania bukan nak makan nasi.. makan lolipop jekk.. isk isk isk



Dania dok mengajor buat style apa ntah tuh.. eheheheh

Okeh.. sekian update hari terakhir sebelum balik kampung.
Balik tu kemas2 barang.. dan bertolak balik kampung pagi ni..!

Okeh kepada kawang2 yang yg akan pulang ke kampung hari ni
pandu kereta hari-hari ya... 
ingatlah pada keluarga tersayang yang menanti di kampung halaman..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..!

Assalamualaikum..

Aha.. masa kita kecik2 dulu paling seronok bila dapat duit raya..
bila dah kerja seronok nak isi duit raya pulak ehehehhe.. 

Selalunya duit raya malam sebelum bertolak balik kampung
dah siap isi dalam sampul.. kali ni tak sempat..
hari Khamis baru Abang bawak balik duit raya yang di tukar..
selalunya  staff2 kirim kat Bos Abang yg ada private banking..
so kitaorg tak yah la susah2 beratur kat kaunter nak tukar uhuhuh.



Jumaat dah busy keluar.. balik buka kat luar gak.. malam baru nak kemas bag.
so kali ni bungkus semua masuk bag kat kampung nanti baru isi eheheheh.

Kalau kat Johor, pagi Raya ada Marhaban @ Baraan kaum lelaki 
dari rumah ke rumah. Time baraan ni je yg tak payah buh duit dlm sampul pun tak pe ha ha.
Dari seikat tu terus je bagi-bagi.. mana tak nya, anak cucu yg ikut baraan ramaii..!
Sekali bagi bleh cecah 70 ~ 80 keping note teruss..! ha ha.. meriah kan..!!

Anyway, 
Seronok bila dah isi duit dalam sampul..
lagi seronok bila tengok wajah-wajah riang insan-insan
yang bakal menerima sampul-sampul ni nanti..!


PETALING JAYA – PLUS Expressways Bhd (PLUS) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.
Pengarah Urusan PLUS Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata langkah ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat-saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 Sept.
“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang akan kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 Sept dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor genap manakala kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.
Noorizah berkata bagi semua kenderaan dicadangkan waktu yang sesuai untuk memasuki lebuh raya sebelum 8 pagi dan selepas 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.
Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang disediakan ketika waktu menjelang perayaan Aidilfitri dan kembali ke ibu kota bagi memastikan kelancaran trafik.
Jadual perjalanan yang dicadangkan untuk pengguna dari Lembah Klang ke utara dari Sabtu hingga Isnin ini iaitu :
* Perlis, Kedah dan Pulau Pinang ialah sebelum pukul 12 tengah hari;
* Taiping, Kuala Kangsar dan Changkat Jering antara 12 tengah hari hingga 3 petang;
* Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng antara pukul 3 dan 6 petang;
* Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim selepas 6 petang.
Bagi perjalanan dari selatan pula jadual yang dicadangkan bagi Johor ialah:
* Skudai, Johor Baharu, Senai dan Kulai sebelum 10 pagi;
* Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak antara 10 pagi dan 1 petang;
* Melaka melalui Ayer Keroh antara 1 petang hingga 3 petang;
* Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat antara 3 hingga 6 petang;
* Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.
PLUS juga memperkenalkan jadual perjalanan bagi pengguna lebuh raya dari utara yang ingin pulang ke Kuala Kangsar dan Ipoh serta dari Ipoh menuju ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim pada 1 hingga 4 Sept ini.
* Dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang melalui Juru serta Changkat Jering dan Taiping ke Kuala Kangsar dan Ipoh antara 1 hingga 6 petang;
* Ipoh, Simpang Ampat dan Gopeng ke Tapah, Bidor, Slim River dan Tanjung Malim antara 4 hingga 6 petang.
* Dari Melaka melalui Ayer Keroh, Alor Gajah dan Tampin melalui Simpang Ampat ke Senawang, Port Dickson dan Seremban antara 4 petang dan 6 petang.
Noorizah berkata semasa perayaan Aidilfitri tahun lepas, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA yang dikeluarkan oleh PLUS bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.
PLUS menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan akan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.
Noorizah berkata sejumlah 3,000 kakitangan PLUS dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan selama 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka untuk memudahkan urusan pembayaran tol.
Pegawai Turus Penguatkuasa Polis Diraja Malaysia Supt Hamzah Ahmad, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan-kawasan terpilih di sepanjang lebuh raya mulai hari ini hingga 6 Sept bagi mengawasi keadaan lalu lintas.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. – BERNAMA