Assalamulaikum....
Mari mari mari...!!! Terjah lah lokasi 
jualan gudang seperti di bawah..!! he he he



Tarikh  : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2011 
(Rabu hingga Ahad)
          Masa : 10 pagi ~ 10 malam
          Tempat : Presint 2, Putrajaya 
(Berhadapan Bazaar Ramadhan)

Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan
barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. 

Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah 
Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile,  Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, 
Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, 
Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, 
Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, 
Elizabeth Arden, Giorgio Armani, 
The Body Shop, Tupperware, Akemi 
dan banyak lagi.

Jom terjah beramai ramaiiiiiiiiiii.....!!!!!!!!

Assalamualaikum..
Baru submit cuti Raya hari ni tetiba ada member
foward link kat bawah ni..
So sape2 yg nak apply cuti boleh letak dalam schedule sekali..
3 cuti umum dalam seminggu..! Save AL tahun ni.. uhuhuhuhu!

credit photo : Google.

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

Sumber : Utusan Malaysia
Assalamualaikum...

Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua..!
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan 
untuk kita sekeluarga ..! Aminnnn


p/s: Danish ikut bersahur padi tadi... makan 'Nasi Lemak' 3 pinggan nko..!!
Harap2 lah bertahan sampai ke petang kali ni.. aminnn...  ;)