Assalamualikum...
Ahaa.. baru sempat nak hapdet.
Perjalanan ke Bandung Day 1.

Flight dari LCCT bertolak pukul 3:45 petang dan perjalanan mengambil
masa kira-kira 2 jam dan di jadualkan sampai pukul 4:30 petang 
waktu tempatan (Bandung lewat sejam dari Malaysia).


Check in Luggage.


Nak masuk balai berlepas. sanggup beli stoller 
baru gara-gara Dania yg suka mintak Papa dukung lagi kalau
gi jalan huhu.


Kat balai berlepas sementara tunggu flight.


Sempat posing sebelum naik flight huhu


Danish 2nd time naik belon. 1st time dulu masa pergi Sarawak.
Dania pulak 1st baru nak merasa naik belon huhu


2 beradik yang excited tengok barang2 souverniour dalam 
catalog Air Asia. Seb baik tak suh mama papa beli he he


Papa tengah isi borang2 dalam Flight. Ada satu kad tu 
yang kena serahkan balik kat Airport masa nak balik nanti.
JANGAN HILANGKAN! Kalau hilang tak pasal2 kena 
pau dengan pegawai diaorang nanti huhu.


Menu ringan dalam flight.


2 beradik yg sentiasa happy


Masa nak take off excited 2-2 tengok kat luar.. bila dah lama 
tu dah boring main tidur-tidur plak huhu


Masa nak landing. Dania dah lena.. mmg gitu la ropenyer masa
flight landing. Yg penting pakai seat belt he he.


Okeh.. Dah sampai kat Husein Sastranegara International Airport.
Comelje airportnya. tak sesak pun. Dania leh sambung tidur lagi.. isk isk isk.

Kat bandung pukul 6 petang tu dah gelap. Kitaorg menginap 
kat Amaris Hotel, Jalan Cimanuk. 
Hotel ni memang serba compact tapi 
moden.

Credit : google

Dalam pukul 6:30 tu kitaorng
dah keluar start jalan-jalan kat FO (Factory Outlet) sepanjang 
jalan Riau. Dekat je ngan hotel.. so just jalan kaki je.
Baju budak2 ni mmg bawak sikit.. bawak 4 beg, 
2 beg troli, 2 beg sandang. Tapi beg troli besar kosong 
dan  1 beg sandang pun kosong huhu.
So misi malam ni nak kena cari baju Dania untuk pakai esok! ha ha

credit : google

So malam tu kitaorang sempat singgah ke SUMMIT, CASCADE & HERITAGE.
Gambar tak sempat snap plak sebab ralit cari baju budak2.
Mmg nak kena beli baju gak utk budak2 pakai esok huhu. 
Antara yg sempat di rembat di Heritage.
Oh.. baju yg hijau tu Dania sendiri yang pilihhh.. 
berkenan no dia ngan bunga kat tengah tu.. eheheheheh


Lepas short shopping ... kitaorang dinner
kat Sangrai.. sebelah FO kat situ jekk.


Baru sampai.. tak tau nak order apa..
dah la nama menu pelik pelik..
Nasi liwat pun ada..? isk isk isk.
Last-last order kuew tiau goreng.. 
susah2 je jalan jauh order menu ala Malaysia he he


Okeh.. esok sambung citer hari ke-2 di Bandung yek.
2nd day tu kitaorang sehari suntuk kat Trans Studio... tungguuuuuu!!!




KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ‘buaya darat’ mungkin tidak akan melupakan pembalasan diterimanya selepas kemaluannya nyaris dipotong oleh waris enam daripada 10 gadis, kebanyakannya siswi institusi pengajian tinggi (IPT) dari sekitar Lembah Klang yang pernah diperdaya, termasuk diragut ‘kesucian’, sejak dua tahun lalu.

Malah, sebagai balasan atas perbuatan durjananya terhadap gadis berkenaan sebelum ini, gambar lelaki terbabit dalam keadaan berbogel turut dirakam untuk menyedarkannya dan memastikan dia tidak mengulangi tindakan sama. 
Dia yang berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mengamalkan pelbagai ajaran dan ilmu kebatinan berkaitan wanita, akhirnya kecundang selepas waris keenam-enam keluarga terbabit berpakat ‘menuntut pembelaan’.

Akibatnya, 15 telefon bimbit mengandungi pelbagai gambar bogel gadis ditidurinya dibuang, manakala dia dibogelkan di satu kawasan sebelum kemaluannya cuba dipotong, selain beberapa barangan pelik miliknya dirampas.

Bagaimanapun, kejantanan lelaki terbabit tidak diusik apabila ada ahli keluarga mangsa enggan melampaui undang-undang, selain memikirkan nasib isteri dan dua anaknya yang masih bergantung hidup kepadanya.

Wakil kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai Haji Ali, 45, (bukan nama sebenar) berkata, mereka mengambil tindakan sendiri selepas berbincang dan mendapati kesukaran menyerahkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana dakwaan mangsa diperkosa sukar dibuktikan disebabkan kebanyakannya mengikut lelaki itu ke hotel secara sukarela.

Oleh kerana khuatir ramai gadis lain akan menjadi mangsa, katanya, gadis yang pernah menjadi mangsa lelaki itu bertekad ‘memberi pengajaran’ kepadanya, terutama selepas dara mereka diragut dan wang dibekalkan keluarga dihabiskan lelaki itu.

Mereka mengupah sekumpulan samseng sambil dibantu ahli keluarga masing-masing menjejaki lelaki itu sebelum terserempak dengannya berhampiran sebuah hotel di Cheras ketika suspek dalam perjalanan ke hotel bersama seorang gadis lain.

Dalam kejadian jam 8 malam Khamis lalu itu, kereta lelaki terbabit dihalang sebelum dia dipaksa turun dan dibawa ke satu tempat untuk ‘disoal siasat’ akibat perbuatan dilakukannya sebelum ini.

“Ketika disoal, lelaki yang bekerja sebagai peniaga aksesori telefon itu mengaku memperdaya sekurang-kurangnya 10 gadis, semuanya melalui laman sosial Facebook.

“Kebanyakan mangsa adalah siswi dan mereka yang bekerja, dan kegiatannya dilakukan sejak dua tahun lalu selepas dia dipercayai mengamalkan pelbagai ilmu kebatinan berdasarkan barangan yang ditemui dalam kereta,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan bernasib baik kerana ada ahli keluarga gadis yang menjadi mangsa berfikiran rasional dan memikirkan masa depannya, malah ketika disoal, dia mengaku akan bertaubat dan tidak akan mengulangi perbuatan sama.

“Memang dia boleh menipu kami jika dia mahu, tetapi dia harus ingat kami juga boleh mencarinya jika kami mahu seperti yang berlaku pada malam kejadian,” katanya.

Seorang mangsa, Nurhaslinda Omar, 25, (bukan nama sebenar) berkata, dia bertindak nekad mencari kenalan lelaki berkenaan melalui laman sosialnya sebelum mereka berhubung antara satu sama lain selepas geram dengan apa yang berlaku terhadapnya.

“Selepas mengambil barangan berharga seperti barangan kemas, kad bank dan juga wang tunai, saya ditinggalkan begitu saja, malah beberapa kenalan ditemui dalam laman sosialnya turut mengalami nasib sama.

“Selain ‘dikikis’, kami dijadikan mangsa memuaskan nafsu, malah ada antara kami dirakam gambar mereka sebagai bahan pornografi, menyebabkan kami akhirnya sepakat untuk ‘bertindak’ dan memaklumkan keluarga.

“Saya percaya dia menggunakan barangan bagi tujuan memukau gadis supaya menurut segala kemahuannya meskipun pertama kali bertemu,” katanya.

Yang pasti, katanya, lelaki berkenaan menjadikan Facebook sebagai ‘lombong’ mencari gadis cantik atau golongan berada berdasarkan profil yang biasanya tertera pada laman sesawang itu.

“Pada awal perkenalan, si gadis akan ditabur dengan timbunan wang ringgit disimpan pada but kereta supaya pandangan gadis dikaburi wang ringgit dan akur menemani dia bergembira, namun selepas dia puas bersama mereka, dia pasti meninggalkan si gadis,” katanya.

p/s: Baru bertemu buku dengan ruas! Baru tau langit tinggi ke rendah! Teringat satu kes di Iran. Seorang mangsa simbahan asid oleh lelaki yg kecewa lamaran nya di tolak menyebabkan mangsa hampir cacat, hilang rupa paras dan terpaksa mengikuti 17 siri pembedahan wajah. Mangsa menuntut agar si pelaku di hukum sama seperti perbuatan dia di simbah asid  dan menolak sabarang bayaran ganti rugi dari sipesalah sebaliknya berkeras agar pesalah di hukum sama dengan perbuatannya di simbah asid..! Setuju aku hukuman yang macam tuh..! baru tau langit tinggi ke rendahh.. jangan tau nak jadikan orang lain mangsa.. bila kena batang hidung sendiri baru azabnyaa! 
Assalamualaikum..
Keputusan kemasukan ke IPTA, TEVT & ILKA
telah pun di keluarkan dan boleh di semak
melalui laman web



Untuk mengetahui status anda taipkan
UPU RESULT [No.KP]
dan hantarkan SMS ke nombor :
15888

Tahniah kepada semua yang berjaya..!