Assalamualaikum...
Ahaa.. sambungan kisah semalam.
Malam tu menjelang kul 12 semua dah tertidur..
tapi dalam kul 1 pagi Dania terjaga nak buang airr..
start tu bila nak tidur balik mula la dia resah gelisah
sebab dah rasa kepanasann.. jap suh garu sana.. suh garu sini..
seb baik ada mini fan tu membantu la jugak..
jadi bila dia merengek je tangan kita pun automatik
kipaskan dia guna kipas tangan... uuhuhu.
Jap lagi Dania dah lena, Danish plakk..Danish ni mmg kadang
tengah malam suka terjaga pindah tempat tidur.. isk isk isk.
Ni sama laa.. terjaga kepanasan agaknya.
Malam khemah tu tidur cuma zip layer net je,
layer yg tutup penuh tu tak zip pun bagi angin masukk..
Abang pun tidurkan Danish kat kerusi malas kat luar je..
dah tidur baru la letak balik dalam khemah..
tu pun dah kul 2 pagi kott..
Jap lagi kitaorg pun sambung lena balik.. nak dekat kul 4
angin kencang start bertiup..angin dari laut sbb air pasang...
khemah kitaorg 2 layer... advance sket sbb banyak tingkap.
Jadi nya layer atas tu bila dah di tiup angin kuat berbunyi2 jugak le..
aku yg dah lena siap mimpi khemah tu bocorr... air masuk! ha ha!
rupanya bila terjaga tengok kat luar tak hujan pun, angin je kuat.
Abang check jugak besi pacak pasir.. dan ikatan2 lain, semua t
erikat kemas & kuat.. so patut tak de masalah uhuhuhu.
Aku terjaga kul 4 tu gi toilet. Tengok gak keadaan khemah2 lain.
Sebab ada gak yg buat khemah 3 segi pakai kanvas ikat kiri kanan je he he.
Yg lelain tu pepandai le adjust khemah. Dalam pada tu ada gak yg berkemass...
lipat khemah terus balik.takut ribut kott.. ha ha.
Kitaorg pun since first time gi sini, tak tau apa nak expect,
so redah je laaa.. ribut ke taufan ke kann...
Balik khemah dalam kul 4:30 hujan start turun..
sempat kitaorg simpan barang sket dalam khemah...
bila hujan start turun masing2 zip rapat la khemah masing.
masa tu Danish & Dania memang lena terus laa sbb cuaca
dah sejuk balikkk...
Hujan mula lebatt.. lantai khemah kanvas kalis air so confrm la
tak basah. Abang tekap tangan kat dinding khemah.. lembap gakkk..
tapi since kita tidur badan tak touch ke dinding khemah so
tak rasa la khemah basah ke apa kann... dalam deruan bunyi
tiupan angin, bunyi ombakk yang semakin dekat ke pantai
tempat port banglo2 kami dan juga desiran bunyi hujan,
akhirnya kami terlena dalam pasrahhh.... apa nak jadi-jadilah...!
Cuaca semakin sejuk... laku jugak selimut, comforter & bantal yang aku bawakk..
Mata ngantuk sudaaaaaaaaaaaaa..... terus terlena zzzzzZZzZzZZzZzz...ha ha ha!
Keesokan pagi..! Fajar mula menyinsing...! Haaaaa... keluar-keluar khemah
tengok air laut tinggal 10 kaki je dari khemahh..! Baek punya portt! ha ha.
Mujur tak sampai depan pintu khemah! kalau tak senang la
nak cecah kaki ngan air lauttt.. badan dalam khemah,
kaki kat luarr.. boleh..? Ekekekekek
*Khemah Danish yg dah banjir dek air hujan malam tadi*
Bangun pagi tu tengok-tengok khemah Danish & Achik banjir (BIL)! ha ha..!!
Khemah Ijad (BIL) pun ada gak air masuk skett.. takat depan pintu khemah je la..
Khemah Danish ni memang habis semua selimut-selimut & bantal dia basahh!
Mana taknya, pintu khemah diaorang ni paling mengadap betul angin dari
laut.. so angin & hujan tu terjah khemah derang sampai banjir! ha ha
TAPI Danish elok je lenaa.... lagi sejuk lagi sedap dia tidur.
Adik ipar aku pun 2x5, boleh tidur tak perasan khemah dah banjirr... sabor je laa...
Adik ipar aku pun 2x5, boleh tidur tak perasan khemah dah banjirr... sabor je laa...
Abang terus la angkat Danish, salin kan baju yg dah separuh basah
dan pindahkan kat khemah kitaorang. So far khemah kitaorg
paling selamat.. air tak masuk cuma ada gak menintik dari atas dek hujan semalam
tu pun aku tak sedar dahhh tapi sebijik cam dalam mimpi! ha ha
*terima kasih pd bos Abang sbb pinjamkan khemah double layer he he*
*terima kasih pd bos Abang sbb pinjamkan khemah double layer he he*
Danish & Dania yg terus lena di ulit kesejukan pagi & kehangatan
berselimut.. siap bleh guling sana sini.. isk isk isk
So pagi tu apa lagi.. aktivity menjemur khemah yang di landa banjir.
Sidai je kat pagar tepi jalan tuh.. uhuhuhuhu
dan aktiviti 'membuat' sarapan bermulaa.. pagi tu hujan gerimis gak skett
tapi cepat reda.... Menu pagi ~ Roti Canai..!! Tebar jangan tak tebar!
Kitaorg sibuk wat sarapan 2 beradik tu sedap lagi tidurrr..
nampak tak pantai yg tinggal berapa depa je dari khemah kitaorang.. hehe.
pagi tu siap ada yg basuh tikar dek hujan malam tadii.. uhuhuhu
Tara...!! Sarapan sudah siapp! Roti canai segera, makan panas-panas cecah
sambal tumis power di kala cuaca sedang sejuk.. di tepi pantaii.. besttt gilerrr!!
Teh tarik..? jgn risauu.. order je kat kedai seberang jalan yg berderet-deret tuhh!
Idie : "Fuhhh terbaekkk roti canai & sambal tumis K.Izann.. sedappp sedapp! "
*Ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.......!!!* Macam di lambung ombakk..!!
Pas tu cari bahan2 lebih... wat nasi gorengg.. bahan emergency,
rasa pun rasa emergency wahahahhaha!
Jemput makan.. nyumm nyummmm aummm!!! he he
Lepas sarapp... masa utk bermandi manda & bermain pasir pulak.
Budak2 pun dah bangunn..terus excited salin baju mandi lepas makan.
Depan 'laman' rumahhh... he he. Air dah mula surut balik.
Bila duk tepi laut 24 jam ni baru nampak fenomena perubahan
setiap kali air pasang/air surut berlaku. Semalam masa sampai tengahari,
sisir pantai nuuuuuuuu jauh ke lautt.. hatta chalet2 kat hujung
Gold Coast resort tu pun bawahnya nampak pasir je..
tak lama lepas pacak khemah, air laut pasangg.. angin menderu2 bersama
ombak menghempas pantai.. makin lama makin dekatt...
Jap lagi lepas maghrib start surut balik.. angin dah berkurang,
tak berangin macam waktu petang time air pasanngg..
Jap lagi nak dekat subuh, air pasang balik.. kena pulak
cuaca nak hujan, lagi la menderu2 angin dan ombak menghempas pantaii.. ehehehe.
Sungguh thrill bila tengok fenomena tu depan mata sendiri.. ehehehhe.
Cuma yg best... kat sini pantai sangat landaiiiii... bila air pasang tu mmg
saujana mata memandangg.. terus rasa 'penuh!' uhuhuhu!
Tengah syok2 main air ada pulak kayak sesat dari
Gold Coast resort.. tengoknyer cam ada private beachh.. sesat gak
keluar.. uhuhuhuuhu. Jenuh instructor tu guide derang suh balik semula...
Kami beramai-ramaii... okehh.. aku ada belakang camera tu uhuhuhu!
Di sebabkan cuaca nyaman dan redup pagi tu, tak sedar dah berendam
sampai kul 11 pagi..! Tak lama tu terus naik darat, kemas-kemas
khemah dan bersiap nak balik..!
Best sangat percutian kali ni...! Terima kasih kepada semua terutamanya
Abang yang telah menjadikan 'family camping' satu kenyataan
yang superbb menyeronokkan..!!
Aku yang tengah berisi 2 bulan setengah pun nyaris2 lupa
ada baby dalam perut uhuhuhuhu.
InsyaAllah lepas ni akan jadi acara tahunannn.. jumpa lagii!!