Salam..
Aku hanya mampu beristighfar panjang.. 
apa nak jadi la anak-anak zaman  sekarang.
Cucu pun sanggup samun datuk sendiri


JEMPOL: “Saya memangku suami yang ketika itu nazak dan berlumuran darah di dada sebelum dia meninggal dunia,” kata Halimah Mat Yassin, 57, isteri Mokhtar Yusof, 71, yang maut dalam kejadian samun dan bunuh di Felda Palong 2, dekat sini, malam kelmarin.
Lebih memilukan, dalam kejadian jam 9 malam itu, Mokhtar dibunuh seorang daripada empat penjenayah berusia belasan tahun termasuk seorang cucunya yang menceroboh masuk ke rumahnya. 
Halimah berkata, sebelum kejadian dia dan suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi baru pulang dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah kerana melawat seorang saudara yang cedera dalam kemalangan.

“Sebaik sampai ke rumah dan membuka pintu saya nampak sebuah bilik berselerak seperti digeledah. Kami memeriksa satu lagi bilik sebelum melihat ada parang di situ.

"Saya bertanyakan suami kerana jika dia meletakkan parang di situ. Suami saya menafikannya, jadi kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Menurut Halimah, dia dan suami cuba memeriksa satu lagi bilik dan terkejut apabila melihat dua lelaki termasuk cucu mereka berada di dalam bilik itu.

“Saya menasihatkan cucu saya supaya tidak melakukan perkara buruk, namun tiba-tiba muncul satu lagi pasangan remaja di dalam bilik itu menjadikan mereka empat orang semuanya.




“Tanpa disangka, seorang daripada mereka menikam belakang badan suami saya sebanyak dua kali dan kejadian berlaku pantas hingga saya tidak sempat berbuat apa-apa,” katanya.

Halimah berkata, suaminya rebah sebaik ditikam di dada dan darah memancut keluar hingga mengenai badan dan bajunya menyebabkan dia terkejut dan panik.

Halimah juga tidak menyedari tangan kanannya cedera dipercayai akibat dikelar kerana terlalu terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia memangku suaminya dan menjerit meminta tolong menyebabkan jiran datang memberikan bantuan.

“Keempat-empat remaja itu melarikan diri bersama beg mengandungi wang tunai dan barang kemas.

“Saya tidak sangka mereka tergamak melakukan perkara ini,” katanya yang tinggal berdua dengan suaminya di rumah berkenaan.

Halimah berkata, walaupun sedih dengan kejadian yang meragut nyawa suaminya itu, dia reda dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Katanya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Palong 1, sebaik segala urusan bedah siasat selesai dilakukan hospital.
Salam..

OMGG.........!! The adventures of MERLIN is backkk.......!! Yes!! yes!! yesss!!!!!!!!
Aaaaa.. sukernyer sukernyer sukernya...!!!
Ni antara drama series peberet akuu..!
Suke tengok kePOYOan Merlin & putera raja tu ha ha.

click here for MERLIN FAN CLUB 

Kepada peminat2 The Adventures of MERLIN  cam aku, leh saksikan tayangan drama ni bermula minggu ni, AHAD, 9:00 ~ 10:00 malam.. bersambung pulak dengan SmallVille.. hanya di TV3..! Lepas ni ahad malam jangan kaco aku sebabb confirm aku akan terpacak depan TV ha ha ha


Salam..
Hari ni nak share  BLR rate & trend for the past 10 years. Kepada yang beli rumah mesti tahu apa BLR rate dan apa pentingnya 'figure'BLR ni utk buat loan. Paling tinggi >12% masa krisis ekonomi tahun 1998.. dan di sebabkan tu jugak kitaorang buat islamic package 7.6%. pada tahun 2006. Dan bila berlaku krisis ekonomi 2008 kerajaan buat pendekatan utk mengurangkan beban pemiutang dengan kadar BLR 5.55 % which is terendah dalam sejarahh..!!

So latest BLR dah naik ke 6.30%. Kepada yg tengah cari rumah.. bleh refer sini utk BLR rate bank2 terkemuka.


Last Reported BLR : 6.30% (Effective since 13 July 2010)




(Rate refreshed on 04 Nov 2010)

BLR is a minimum interest rate calculated by banking institutions based on a formula which takes into account the institutions’ cost of funds and other administrative costs. This is defined by central bank of the countries.

The Overnight Policy Rate (OPR) from Bank Negara Malaysia is reference for banks in BLR adjustments, but there might differ from bank to others bank. At the global money market down turn, BLR will get lower and if the money market on uptrend, it will correlation upward. It is wisely and timely to consider take up mortgage loan and start to own your property at the lower BLR as current.


From the record, it shows that the highest BLR Malaysia ever has is 12.27% in year 1998 and the lowest BLR is 5.55% in year 2009. The average is 8.1%. Probably you can use this to justify whether it is better to take the fixed rate loan or floating mortgage loan (BLR +/- x% ). Below table shows the Malaysia Base Lending Rate (BLR) record from year 1989 to year 2010.

Nak tahulanjut layari : http://www.blr.my/