Salam...

Terkejut dengan berita pemergian Arwah Faizal Yusof akibat serangan Sakit Jantung tengahari tadi.
Arwah baru berusia 33 tahun.


01-01-11. Al-fatihah buat Arwah. Baca berita lanjut KLIK SINI.
 Allahyarhamah ibu mertuaku juga pergi ke pangkuan Ilahi tanggal 01-01-07.
Genap 4 tahun yang lepas. Al-fatihah.
 Semoga rohnya sentiasa di cucuri rahmat olehNya. Aminnn....
Salam..
Selamat menyambut tahun baru, 2011 kepada semua....!!
Tahun baru ni nampaknya kitaorg countdown bersama penyanyi
  Elly Mazlin di atas jambatan Putrajaya.



Semalam sebenarnya sehari suntuk lepak rumah mengemas.. so petang ni plan nak bawak kids pergi jalan.. tetengok lambat plak diaorang bangun tidur.. so carry foward ke malam.. plannya nak bawak diaorang main basikal kat Dataran Putrajaya.


sampai pukul 9 lebih tengok-tengok acara marathon berbasikal baru bermula..! 
ramai gila peserta hampir 700 orang..!


Dataran Putrajaya pun masih di tutup rupanya, so kids dapat gak le berbasikal kat walkway tepi-tepi tu sambil tengok group marathon berbasikal kat jalan.


Sempat posing ngan basikal masing-masing.

 Sebenarnya nak posing berlatar belakangkan illumination. 
Nampak tak sayup2 kat belakang tuh..? 


Ni kat tempat acara berbasikal mula & tamat huhu


Acara di serikan dengan persembahan tarian kebudayaan.

Macam-macam jenis tarian di persembahkan



Dania pun tumpang excited tengok tarian.. duk palinggg depannn nu...!!

Aku atas stage.

Habis acara persembahan ada pula acara KUIZ..! Hadiah hamper. 
Aku dah le duduk depan sekali temankan Dania yg excited layan tarian. 
MC kata, kalau tau jawapan terus naik atas pentas jawabb..
Aku memula tengok la orang lain jawab dulu...

Soalan pertama : Siapakah penganjur acara pada malam ini..?
Aku dalam hati , Issk...  aku dah nampak jawapannya  terang benderang tercetak *logo penganjur* kat backdrop pentas belakang nu... pas tu tak de pun orang nak naikk... aku ni dah le duk depan sekalii.. 
dup dap dup dapp last-last aku yang naik..!! HA HA HA

Naik pentas tu kira orang pertama le nak jawab. MC tanya la dulu, nama, dari mana.. tunggu countdown ke & so on. So dia suh ulang balik soalan..? Seb baik agak tepat walaupun dah aku tunggang terbalikkan soalann ha ha.
So jawapannya : Perbadanan Putrajaya. dengan kerjasama Etiqa, Maybank. 
MC : Yaa.... TEPAT jawapannya.. akak ni siap sebut juga nama penaja kita..
Aku : Fuhhhhhhhhh... seb baik betull! kih kih kih


Hamper yang di menangi

So dapatlah HAMPER sebagai hadiah. Alhamdulillah.. rezeki menjelang tahun baru. 
Permulaan 2011 yang baik..InsyaAllah.
semoga tahun di di limpahkan lagi rahmat dan rezeki yang melimpah.. aminnnnnnnnn...!

  
 Kids dengan Hamper

Tempat lepak kitaorang. Sempat pau PAPA mainan yg kelip-kelip tu, RM8 satu huhu. 


Me pun nak posing gak.

Acara di teruskan dengan persembahan dari kumpulan bali-bali. 
Lagu-lagu lama dengan rentak istimewa ala hawaiii gitu..


Acara di teruskan dengan acara persembahan kebudayaan. 

  Akhirnya tepat kul 12:00 tengahmalam, acara countdown pun bermula. 
Artis jemputan, Elly Mazlin turut sama-sama countdown 10 - 1 ...!

SELAMAT TAHUN BARU 2011...!!!



Nyanyian lagu NEGARAKU
  
 Crowd depan stage

   
Acara lucky draw untuk peserta2 berbasikal. Cabutan di buat oleh Pelakon drama Mr Mama. *tak leh recall lak namanya* yang turut menyertai acara berbasikal.


 Antara booth2 yang di buka

Crowd pukul 1 pagi sebelah stage. Yang bestnya cuaca cukup baik, cukup nyaman.. tak rasa panas ke apaa.. besttt je lepak sini huhu.

 posing sebelum balik


Yeahhh...!! dah masuk tahun baru..! Danish dah 6 tahunnnn!!

NOTA KAKI : Malam tu 1st time Danish tidur sorang tanpa di teman.. selalunya kena temankan sampai tidur. Danish kata Danish dah 6 tahun... Danish boleh tidur sorang-sorang.. Danish BERANI..!!
Brave boy!!! Clap clap..!
Salam... dengan lafaz Bismillah...

Sebagai mengakhiri tirai 2010, dengan penuh rasa terujanya me menjoinkan diri dalam contest 

yang di anjurkan oleh 
sempena
 Birthday Balqis Yang ke 3 tahun

 Gambar yang di pertaruhkan, gambar di bawah. 
Dania yang bergaun putih sebagai 
flower girl ketika majlis kenduri kahwin
Mak saudaranya, Mak Teh pada 5hb Disember yang lepas.


Nama : Dania Aliesya
Umur : 3 tahun
Tarikh lahir : 1hb September 2007

Ucapan  untuk Birthday Girl, Damia yang comel lagi cute :

Happy birthday Damia...!! Semoga terus di beri keberkatan kesihatan , kecerdikan dan  kecomelan yang berterusann... semoga membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyenangkan hati Ibu Ayah Damia ...
dan semoga suatu hari nanti menjadi insan yang pandai menghormati dan di hormati oleh masyarakat...! 
Happy 3rd birthday Damia...!!!

Photo : Credit Damiaqish

Berikut ialah senarai penaja-penaja yang bermurah hati untuk contest ni. 
Nak tahu lebih lanjut tentang maklumat penaja KLIK SINI

http://biqclozet.blogspot.com/


Kepada yang berminat, cepat layari 


http://mamapapaaqish.blogspot.com/2010/11/baby-in-black-white-contest-by.html