Salam..

Keputusan PMR dah keluar hari ni. Lebih 30 ribu calon dapat staright A...!

Tahniah kepada semua calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang..! 


23/12/2010 12:01pm

PUTRAJAYA – Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini hari ini.

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.
Abdul Ghafar berkata, bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.
Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93, manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya. – Bernama

Anak gemilang ceria terima keputusan PMR by Kosmo


WAJAH ANAK GEMILANG. Semalam merupakan detik paling menggembirakan kepada para pelajar yang berjaya mendapat keputusan 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.



Mereka yang merupakan antara 472,060 calon yang telah menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara pada 13 hingga 17 Oktober lalu bersorak gembira apabila menerima slip keputusan peperiksaan masing-masing.



Dalam peperiksaan tersebut, seramai 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil berbanding 5.65 peratus pada tahun lalu dan 4.83 peratus pada tahun 2006.
PELAJAR Sekolah Menengah Alam Shah di Putrajaya menunjukkan slip
peperiksaan masing-masing dengan penuh rasa bangga dan puas.

PARA pelajar Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur bersorak
gembira setelah memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR.

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur meraikan
kejayaan selepas mendapat 8A semalam.

Sebahagian pelajar Sekolah Menengah King George V (KGV), Seremban yang berjaya memperoleh 8A dalam PMR bersorak gembira sambil menunjukkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.
Kronologi TRAGEDI NGERI kemalangan Bas si Simpang Pulai, Cameron Highland



KRONOLOGI

  • 11 pagi – Bas dipercayai bergerak dari Cameron Highlands ke Simpang Pulai


  • 11.40 pagi – Bas terbabit kemalangan


  • 11.59 pagi – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan


  • 12.05 tengah hari – Laluan kedua-dua arah dari Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup 


  • 12.10 tengah hari – Bantuan dari BBP Gopeng dan Ipoh tiba dan kerja mengeluarkan mangsa dilakukan


  • 12.13 tengah hari – Mangsa pertama dikeluarkan 


  • 2.37 petang – Kren untuk mengangkat bas tiba


  • 2.55 petang – Mangsa terakhir dikeluarkan


  • 3.08 petang – Bas dialih untuk kerja mencari mangsa dilakukan 


  • 4.00 petang – Kedua-dua laluan dibuka semula 


  • 5.00 petang – Bas ditarik ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di Simpang Pulai




  •  









    Salam..

    Lagi laporan Harian Metro mengenai kemalangan ngeri yang berlaku pagi semalam
     di Simpang Pulai, Cameron Highland.
    Ini antara laporan dari saksi utama kejadian. Tak dapat nak bayangkan keadaan mangsa yang tercampak sebelum terseret badan bas 2 tingkat tu hidup-hidupp..!
    Takziah kepada semua keluarga mangsa...


    IPOH: “Kejadian berlaku begitu pantas dan saya melihat beberapa penumpang tercampak keluar selain ada antara mereka diseret badan bas yang menggelongsor lebih 50 meter,” kata Monat Rahen, 19, antara saksi terawal kemalangan terburuk dalam sejarah negara yang mengorbankan 27 nyawa, semalam.


    Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, 24 pelancong Thailand dan tiga rakyat tempatan terbunuh manakala 10 lagi parah apabila bas persiaran dua tingkat dinaiki mereka terbabit kemalangan di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, berhampiran Kampung Juang, di sini.

    Monat berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria bersama seorang di sebelahnya, melihat bas terbabit yang datang dari arah bertentangan meluru laju ketika muncul dari selekoh tajam di depannya.

    Melihat keadaan itu, dia memperlahankan kenderaan kerana tidak sedap hati melihatkan keadaan badan bas dua tingkat itu yang tidak stabil dan senget seperti mahu terbalik.

    "Firasat saya benar-benar berlaku apabila bas itu merempuh konkrit pembahagi jalan menyebabkan ia terbalik ke laluan bertentangan dan menggelongsor sebelum terhumban ke dalam longkang satu meter,” katanya.

    Menurutnya, jarak kereta dipandunya dengan tempat bas itu terhumban ke dalam longkang kira-kira 50 meter.

    “Tindakan saya memperlahankan kelajuan menyelamatkan nyawa saya dan rakan kerana jika tidak pasti kereta kami dihimpit bas itu kerana kenderaan kami berada di depan sekali ketika kejadian,” katanya.

    Monat berkata, selepas memberhentikan kenderaannya, dia bersama rakan segera ke tempat kejadian dan hatinya sayu apabila melihat ramai penumpang bergelimpangan atas jalan.

    “Sebahagian besar mereka parah dan sudah tidak bergerak, dipercayai sudah meninggal dunia. Saya mengangkat beberapa mangsa yang parah ke tepi jalan,” katanya.



    Seorang lagi saksi yang menaiki bas henti-henti yang ketika itu berada tidak jauh di belakang kereta dinaiki Monat, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, berkata dia tidak berani membantu mangsa kerana begitu ngeri melihat keadaan beberapa penumpang terutama yang tercampak atas jalan dan diseret bas.

    Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Tasik Damai, di sini, berkata dia menaiki bas itu bersama tiga rakannya untuk bercuti ke Cameron Highlands.


    “Bas kami berhenti mengejut sebelum pemandu memberitahu berlaku kemalangan. Saya bersama rakan turun untuk menghulurkan bantuan selepas melihat dari jauh terdapat ramai orang bergelimpangan atas jalan.

    “Bagaimanapun, saya membatalkan hasrat itu kerana terlalu takut melihat keadaan mangsa yang bergelimpangan dan tersepit dalam bas dalam keadaan mengerikan.


    “Saya percaya kebanyakan mangsa sudah meninggal dunia selain kaki dan tangan mereka patah, malah kepala beberapa mangsa juga pecah dengan otak bertaburan atas jalan. Keadaan ketika itu begitu menyayat hati dan menakutkan,” katanya.