Salam..
Baru balik dari kampung sempena cuti Deepavali...

credit : Kartunisubi.com

Keluar rumah kul 2:00 petang.. sempat teman kan Bibik cari barang kat KT. Sempat lagi Bibik belikan subang Emas untuk anak daranya. Tak sangka aku kasi gak cuti 2 minggu kat Bibik sempena Raya Haji nanti...... isk isk iskk.

Sempat singgah rumah Kakak kat Kulai...

Jem merata-rata tempatt.. dari KT nak keluar ke Kulai..
Kat Highway.. especially area Pedas-Lingi, susur serembann..
Kul 11:00 malam baru sampai rumah.

Okeh... badan penattt.. esok nak kerja...  
nite all!
Salam...
Tak sampai sebulan, 3 kemalangan maut Bas ekspress di laporkan sejak tarikh bersejarah 10-10-10..
Apa tindakan kerajaan untuk  menangani kes-kes ni..?

PEKAN: Seorang maut, manakala dua cedera parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik ke dalam sebuah tali air di Kampung Sungai Miang, di Kilometer 20 Jalan Pekan-Nenasi, malam ini.
Pada kejadian 8.15 malam ini, bas ekspres Transnasional dari Johor Baharu menuju ke Kuantan, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ismail Natayudden Hamdan, 25, akibat cedera parah di kepala dan badan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat, manakala dua mangsa yang parah, yang masih belum diketahui identiti itu turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, malam ini.

Menurut Yahaya, bas berkenaan membawa 33 penumpang: "Penumpang lain dan pemandu bas terbabit tidak mengalami kecederaan," katanya.

Beliau berkata, pemandu bas terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1985.

Sementara itu di BENTONG, tiga maut, manakala tiga lagi cedera parah dalam satu kemalangan di Km3 Jalan Mempaga–Lakum kira-kira jam 10 pagi tadi yang membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah kereta Mercedes.

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, mangsa yang maut ialah pemandu kereta Proton Wira, Mohd Zaihidi Zainal, 24, dari Felda Mempaga Satu; penumpang belakang kereta Wira bahagian kanan, Bakri Ibrahim, 28, beralamat di Jengka 12 dan penumpang hadapan kereta Mercedes, Kok Cheong Aik, 66, beralamat di Kuantan.

"Ketika kejadian, kereta Proton Wira dari arah Mempaga ke Lakum itu dikatakan bertembung dengan kereta Mercedes dari arah bertentangan, punca kejadian akibat pertembungan kedua-dua buah kereta itu masih disiasat," katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta Mercedes dan dua lagi penumpang kereta Proton Wira terbabit cedera parah dan kini dirawat di Hospital Bentong. -- BERNAMA

salam..

Bak kata pepatahh.. patah tumbuh hilang bergantii... kubur masih merah dah ada pengganti hu hu hu

sumber : Utusan Malaysia 

Pengganti Paul tunjuk muka

gambar 'arwah' Paul asal.

OBERHAUSEN, Jerman 4 Nov - Pengganti Paul, akhirnya membuat penampilan pertama namun penjaga ia masih belum berani untuk menjanjikan tilikan tepat bola sepak daripada si sotong kurita muda itu.
Hidupan laut yang baru berusia lima bulan dan diberi nama sama, Paul itu telah berada di tangki baru di akuarium Sea Life di Oberhausen, semalam.

Paul baru yang membuat penampilan pertama sejak dua bulan dikuarantin itu, diambil berdekatan dengan Montpellier, tenggara Perancis dan seberat 300 gram.
Paul sebenar telah membuat ramalan tepat terhadap lapan perlawanan di Piala Dunia dan telah mati minggu lalu.
Namun begitu, masih belum pasti bahawa pengganti Paul ini akan turut terjebak dalam aktiviti meramal. - AP