Salam..
Masih berkisar lagi tentang Pembantu Rumah.. kalau ada sesiapa di luar sana
yang ingin mengambil PRA, berikut ialah syarat-syarat dan peraturan
pengambilan dan termaktub dalam kontrak kerja.



Syarat-Syarat Kelayakan Pembantu Rumah Asing (PRA)

1. Bakal PRA mestilah:

i.   Perempuan
ii.  Berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 45 tahun
iii. Disahkan sihat oleh pusat-pusat perubatan yang dilantik.
iv. Berada di negara asal
v.  Masuk/datang ke Malaysia menggunakan Visa Dengan Rujukan (VDR) 
yang diambil di pejabat perwakilan Malaysia di negara berkenaan.

2. PRA yang gagal pemeriksaan kesihatan:

i.  Tidak dibenarkan bekerja
ii. Majikan perlu mengurus penghantaran pulang segera dengan
            mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan Imigresen Malaysia.


Syarat-Syarat Kelayakan Majikan

1.
Permohonan pengambilan secara:
i. Majikan sendiri
ii. Melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen 
Malaysia di pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
2.
Pastikan Borang Permohonan beserta dokumen yang diperlukan
adalah lengkap.
3.
Majikan terdiri daripada suami atau isteri dan mempunyai:
i. Anak berumur bawah 15 tahun ATAU
ii. Ibu bapa yang sakit/uzur.
4.
Majikan mestilah bekerja dan hanya satu (1) PRA yang layak dipohon
untuk satu keluarga.
5.
Kelayakan gaji majikan untuk mengambil PRA mengikut negara sumber:

Bil
Negara Sumber
Jumlah Pendapatan majikan(Bersih)
Bayaran Sita (Personal Bond)
1
Indonesia
RM 3,000.00
RM 250.00
2
Filipina
RM 5,000.00
RM 750.00
3
Sri Lanka
RM 5,000.00
RM 750.00
4
Thailand
RM 3,000.00
RM 250.00
5
Kemboja
RM 3,000.00
RM 250.00
6
India
RM 5,000.00
RM 750.00
7
Laos
RM 3,000.00
RM 1,500.00
8
Vietnam
RM 3,000.00
RM 1,500.00

6.
Majikan yang telah diisytiharkan muflis tidak layak memohon.
7.
Untuk memohon PRA kedua, majikan mestilah:
i. Mempunyai alasan yang kukuh dan
ii. Mempunyai pendapatan mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan
     Imigresen Malaysia.
8.
Majikan beragama Islam dibenarkan menggaji PRA beragama Islam sahaja.
9.
Sebaik sahaja PRA tiba di negara ini, majikan hendaklah:
i. Membuat pemeriksaan kesihatan bagi PRA di klinik panel yang dilantik
    oleh Fomema Sdn. Bhd. dan
ii. Mendapatkan pelekat PL(KS) di Jabatan Imigresen Malaysia Negeri yang
      meluluskannya dalam masa 1 satu bulan dari tarikh tiba.

Syarat-Syarat Tambahan
1.

Pastikan PRA ditugaskan untuk membuat kerja-kerja rumah sahaja
(tidak termasuk cuci kereta).
2.
Meyediakan kemudahan bilik/tempat tinggal yang sesuai kepada
PRA lengkap dengan kemudahan asas, makanan yang berkhasiat,
rehat secukupnya termasuk waktu tidur.
3.
Majikan bukan Islam yang menggaji PRA yang beragama Islam
mestilah menghormati sensitiviti agama PRA dengan membenarkan:

i. Melakukan ibadah seperti sembahyang 5 waktu
ii. Puasa bulan Ramadhan dan
iii. Tidak disuruh melakukan kerja-kerja rumah yang bertentangan
      dengan agama Islam.
4.
Memastikan PRA tidak berkahwin di negara ini semasa memegang PL(KS).

5.
Maklum bahawa PRA tidak dibenarkan membuat Permohonan Permit
Masuk semasa memegang PL(KS).
6.

Memastikan PRA tidak bertukar pekerjaan/sektor atau bertukar majikan
tanpa kebenaran dari Jabatan Imigresen Malaysia.
7.
Lanjutan tempoh PL(KS) hendaklah dikemukakan kepada mana-mana
Pejabat Imigresen tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat PL(KS) setelah lulus pemeriksaan kesihatan.
8.




Untuk tujuan lanjutan PL(KS) atau Memo Periksa Keluar, majikan bertanggungjawab:

i. Menyimpan rekod pembayaran gaji PRA dan menunjukkan kepada
  pihak Jabatan apabila diminta.
ii. Gaji PRA hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu
       terakhir setiap bulan.
9.
Rawatan perubatan PRA semasa dalam tempoh PL(KS) adalah di bawah
tanggungjawab majikan.

10.
Majikan bertanggungjawab melaporkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia
sekiranya PRA:

i. Meninggal dunia
ii. Hilang
iii. Melarikan diri dari tempat sepatutnya dia bekerja.
11.
Majikan atau agensi pekerjaan tidak dibenarkan memukul atau apa-apa
perbuatan yang mendatangkan kecederaan kepada PRA.


12.
Sekiranya majikan atau pasangannya meninggal dunia, maka majikan
atau pasangan atau warisnya diminta melaporkan kepada Jabatan untuk
tujuan pengesahan status majikan baru PRA berkenaan.

13.
Majikan hendaklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan bagi
PRA yang memohon berhenti atau diberhentikan atau tamat tempoh pas
dengan mendapatkan Memo Periksa Keluar dari Jabatan bagi tujuan penghantaran pulang.

14.

Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai hak membatalkan kelulusan
pas yang dikeluarkan
15.

Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa memindahkan PRA yang
dianiaya oleh majikan asal kepada majikan baru yang layak atas
dasar kemanusiaan walaupun tanpa persetujuan majikan asal.

16.

Majikan yang ingin membawa PRA bekerja di luar negara dikehendaki
memaklumkan kepada pejabat perwakilan negara asal PRA berkenaan di Malaysia.

17.

Majikan yang telah diberi kelulusan PRA tetapi gagal
mematuhi syarat-syarat di atas akandisenaraihitamkan daripada mendapat kemudahan PRA.


Permohonan Baru/ Gantian Visa Dengan Rujukan (VDR) dan
Pas Lawatan (Kerja Sementara) Pembantu Rumah Asing

Permohonan bagi mendapatkan kelulusan pengambilan pembantu rumah
asing boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat majikan.
Dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan Visa Dengan Rujukan
(VDR) Pembantu Rumah Warga Asing:
1.
Borang permohonan baru (PRA1 / PRA2)
2.
Borang IM 12. (Permohonan PLKS)
3.
Borang IM 38. (Permohonan Visa)
4.
Borang Personal Bond yang dimatikan setem RM10.00
5.
Perjanjian Pekerjaan oleh pembantu rumah asing yang dimatikan setem RM10.00 (2 set asal dan 2 set salinan)
6.
Salinan Pasport pembantu rumah asing
7.
Laporan Perubatan bakal PRA dari negara asal oleh panel yang dilantik
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
8.
Borang perakuan pengambilan pembantu rumah asing beragama
Islam dan borang perakuan pembantu rumah asing beragama Islam
 bagi majikan yang menggaji PRA beragama Islam.
(Bagi majikan bukan beragama Islam sahaja)
9.
Borang perakuan daripada majikan yang tidak menggunakan agensi
berdaftar bagi majikan yang mengemukakan permohonan secara individu
10.
Bukti pendapatan tetap suami isteri:
i. Penyata KWSP dan slip gaji (3 bulan terkini) ATAU
ii. e-BE/ Penyata LHDN yang disahterima beserta slip bayaran
11.
Salinan kad pengenalan suami isteri
12.
Dokumen sokongan untuk tujuan permohonan PRA (Seperti sijil kelahiran anak, pengesahan pegawai perubatan mengenai keluarga sakit
13.
Sijil perkahwinan (bagi permohonan kali pertama sahaja)

Pehatian dan Peringatan
-
Sila bawa dokumen asal untuk tujuan pengesahan
-
Permohonan boleh dibuat secara individu iaitu semua urusan dijalankan
oleh majikan sendiri atau melalui agensi pekerjaan yang berdaftar dengan
Jabatan Imigresen Malaysia sahaja
-
Semasa penyerahan, borang permohonan mestilah lengkap dan permohonan
yang tidak lengkap akan ditolak
-
Bayaran kepada Jabatan Imigresen Malaysia hanya dibuat setelah
permohonan diluluskan dan pastikan resit rasmi Jabatan diterima setelah
bayaran dibuat.
-
Untuk tujuan lanjutan Pas Lawatan (Kerja Sementara), pastikan pemeriksaan
 kesihatan oleh FOMEMA dibuat 3 bulan sebelum tarikh tamat pas.
-
Majikan adalah bertanggungjawab di atas kelakuan dan tatatertib PRA semasa
berada di Malaysia.
- Bayaran mesti dibuat selepas permohonan diluluskan
(levi, visa, proses dan bayaran untuk PL(KS)).



Prosidur Kemasukan Pembantu Rumah Asing

i.
PRA yang telah mendapat surat kelulusan Visa Dengan Rujukan
perlu mendapat visa di Pejabat Perwakilan Malaysia di negara asal
PRA berkenaan sebelum masuk ke Malaysia.

ii.
Setelah mendapat visa, PRA boleh masuk ke Malaysia melalui
mana-mana pintu masuk yang dibenarkan. Pegawai Imigresen
di pintu-pintu masuk yang dibenarkan akan memberi Pas Khas untuk
tempoh 30 hari supaya majikan melaporkan kehadiran PRA berkenaan
di pejabat Imigresen yang meluluskan VDR sama ada
Pejabat Imigresen Negeri atau Ibu Pejabat Imigresen Malaysia.

iii.
Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki menunggu dan menjemput
PRA berkenaan di pintu masuk berkenaan.

iv.
Majikan atau agensi pekerjaan dikehendaki membawa PRA menjalani
pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang berdaftar dengan
FOMEMA Sdn. Bhd. dalam kadar segera (dalam tempoh sebulan).
Pekerja yang gagal pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dihantar
pulang ke negara asal mereka segera.



Mendapatkan Pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara)
i.
PRA yang telah lulus pemeriksaan kesihatan dan disahkan sihat oleh
FOMEMA Sdn. Bhd. sahaja dikeluarkan Pas Lawatan (Kerja Sementara)
mengikut tempoh yang diluluskan pada surat kelulusan VDR.

ii.
Setelah mendapat pelekat Pas Lawatan (Kerja Sementara), PRA berkenaan
dibenarkan bekerja sehingga tarikh akhir yang tercatat pada
pelekat PL(KS) berkenaan.

Permohonan Lanjutan Pas Lawatan (Kerja Sementara)
-
Permohonan lanjutan PL(KS) pekerja asing boleh dibuat di Pejabat
Imigresen Negeri atau Bahagian Pekerja Asing, Ibu Pejabat dalam
tempoh tiga bulan sebelum PL(KS) tamat.

-
Majikan perlu memastikan pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan
di klinik panel yang dilantik oleh FOMEMA Sdn. Bhd. serta disahkan
sihat sebelum permohonan lanjutan tahun kedua dan ketiga dikemukakan
ke Jabatan Imigresen Malaysia.

-
Semua urusan lanjutan PL(KS) pekerja asing semua sektor hendaklah
dikemukakan sendiri oleh majikan kecuali pembaharuan PRA boleh
diuruskan oleh agensi pekerjaan yang berdaftar dengan Jabatan ini.
-
Permohonan yang tidak lengkap atau teratur akan ditolak.

-
Bayaran untuk lanjutan merangkumi bayaran levi, bayaran visa mengikut
jenis dan warganegara, bayaran proses dan bayaran untuk PL(KS).

-
Dokumen yang perlu dikemukakan:
i.
Pasport pekerja dan tempoh sah laku melebihi 12 bulan.
ii.
Bayaran secukupnya dalam bentuk bank draf atau wang pos
hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
atau Pengarah Imigresen Negeri (dimana bayaran dibuat). Nama
dan alamat majikan hendaklah ditulis di belakang bank draf berkenaan.
Makluman : Pastikan PRA telah lulus pemeriksaan kesihatan oleh
FOMEMA Sdn. Bhd. bagi tujuan lanjutan tahun kedua dan ketiga sahaja.

Gantian Pembantu Rumah Asing (PRA)

Majikan boleh mengemukakan permohonan menukar atau menggantikan
PRA yang telah diluluskan Visa Dengan Rujukan dalam dua keadaan :

i.






Pekerja telah masuk ke negara ini tetapi disahkan tidak sihat. Dokumen yang
diperlukan:
a. Surat permohonan majikan
b. Surat kelulusan Visa Dengan Rujukan
c. Memo Periksa Keluar
d. Resit bayaran yang asal
iii.
Pekerja tidak masuk setelah kelulusan VDR dikeluarkan. Dokumen yang
diperlukan:
a. Surat permohonan majikan 
b. Surat kelulusan Visa Dengan Rujukan 
c. Resit bayaran yang asal 
d. Surat pengesahan pembatalan visa dari pejabat perwakilan di Negara asal

pekerja (jika ada)


Permohonan Memo Periksa Keluar

-
Memo periksa keluar ialah permohonan keberangkatan pulang pekerja
asing / pembantu rumah asing ke negara asal di atas sebab-sebab tertentu.

-
Dokumen yang diperlukan :
i.
Borang permohonan Memo Periksa Keluar
ii.
Pasport asal pekerja asing.
iii.
Tiket pulang ke negara asal.

-
Majikan hendaklah memastikan pekerja asing mereka pulang pada tarikh
yang ditetapkan pada Memo Periksa Keluar melalui Pintu Keluar yang dipohon

-
Sekiranya majikan tidak memohon Memo Periksa Keluar, pekerja asing
tersebut masih dianggap bekerja dengan mereka dan majikan masih
bertanggungjawab terhadap pekerja asing tersebut.

Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri

Majikan/pelapor perlu hadir ke Pejabat Imigresen berkaitan untuk
mengemukakan dokumen-dokumen 
berikut bagi membatalkan PL(KS) PRA berkenaan:

a) Surat permohonan membatalkan PL(KS) pekerja asing yang melarikan diri.
b) Salinan kad pengenalan majikan / wakil majikan
c) Pasport asal pekerja asing yang melarikan diri
d) Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Imigresen Malaysia
e) Salinan Laporan Polis yang disahkan
PRA yang melarikan diri akan disenaraihitamkan.
Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan pada kadar personal bond 
yang telah ditandatangani semasa permohonan.