Salamm..
Malam tadi berlaku sessi kaunseling aku, Abang & Bibik.
Akhir-akhir ni Bibik dah mula menunjukkan 'tanduk'...
Dah mula 'nakal' atas kelonggaran yang aku berikan..
Jiran-jiran pun dah mula mengadu *sebab aku yang bertanya*...
Selepas kekecohan kerajaan Malaysia & Indonesia berkait dengan kes dera pembantu rumah tempohari.. Bila kerajaan Indonesia 'minta macam-macam' dari kerajaan Malaysia..
tentang cuti sehari seminggu...lepas keluar berita.. aku dan Abang mula sepakat beri Bibik kelonggaran untuk ber'cuti' sehari seminggu
walaupun kat rumah bila aku & Abang ada, Danish & Dania kami uruskan sendiri
Danish ke sekolah pun aku & Abang yang siapkan
Hujung minggu jangan harap la Bibik nak mandikan Dania, nak teman buang air pun Dania dah meraung tak hingat dunia.. nak Mama/Papa jugakk..
Balik kerja bila kitaorang sampai, Bibik terus naik atas/biliknya.. bermaksud seawal jam 6-7 malam bibik
dah habis shift kecuali aku panggil kalau ada apa-apa.. selebihnya terpulang Bibik nak buat apa.. nak rehat pun aku dah tak kisahh..
tambah pulak hujung minggu di benarkan cuti.. cuti keluar pulakkk..? ke rumah saudara.... 'kata'nya.
Aku hantar dan ambil setiap kali dia keluar...
Bibik aku ada Handphone sendiri...
Bibik aku ada kenalan Bibik lain dirumah belakang kami...
Bibik aku boleh keluar ke rumah 'saudara' sebulan sekali atas permintaan dia dan kebenaran kami.
Dengan syarat TIDAK BOLEH BERMALAM. Mesti aku pergi dan ambil, TIDAK BOLEH SESIAPA yang tidak aku kenali datang kerumah aku .. aku tak izinkann!
Semalam aku pergi Imigrisen untuk dapatkan semula syarat2 dan peraturan pembantu rumah dan
majikan. Rupanya dalam peraturan tersebut masih tidak ada lagi mana-mana clause yang di pinda berkenaan cuti seminggu sehari.. TIDAK ADA..! Hanya dinyatakan REHAT yang MENCUKUPI..?
Di rumah aku...? dah tentu lah cukuppp sangatt........
Paling kemuncak.. Bibik keluar beraya TAK BALIK AHAD lepas....!! Sedangkan pukul 10:30 malam aku dah menanti di rumah 'saudara'nya.. Alasannya berada di Shah Alam dan dek kerana hujan lebat tak dapat teksi balik. Aku memang hangin sebadan waktu tuh....!
Dan aku pun mula bertanya dengan jiran-jiran... dan ada cerita kurang sedap juga aku dengar. Walaupun bila tanya bibik, pengakuan lain pula yang aku dengar...
Bila bincang dengan Abang, jalan terbaik ialah untuk menasihat secara baik dari terus menghukum bibik kerana tak aku nafikan, kami masih perlukan khidmat Bibik. So far Bibik tak ada masalah sangat.. jika sekarang dia sedikit tersasar aku tau pengaruhnya dari mana.. Bibik sebelah yang datang kerja gaji hari dan ada rumah sendiri. Bibiknya dah berumurr.. bila aku bertanya dengan rumah sebelah pun katanya Bibik tu pun dah berhenti.. dan panjang tangan pula tu. So far dari segi kerja BIbik pun, kami berpuas hati.. bab-bab mengemas semua tak perlu di suruh Bibik tahu bila nak buat dan selesaikan. Kalau buat silap pun memang aku sound direct.. on the spot..!
So malam tadi aku dan Abang panggil Bibik, ingatkan dia semula tanggung jawab dan amanah dia sebagai pekerja berdasarkan peraturan yang termaktub dalam kontrak kerja dia. Aku dan Abang mengambil jalan untuk tidak menuduh atau menghukum Bibik apa-apa tapi sekadar nak tau sejauh mana Bibik boleh berkata benar..
Dan aku ingatkan juga segala kelonggaran yang aku bagi bila-bila masa aku boleh tarik balik SEKIRANYA KAMI DAPAT TAHU dia melanggar mana-mana peraturan dalam kontrak terutamanya dari segi amanah dan kejujuran. Dan sekiranya aku tarik balik, Bibik cuma ada diri sendiri untuk di persalahkan kerana atas peri kemanusiaan kelonggoran itu telah aku berikan..
Apapun.. kami mula dah setup Kamera. Kamera tu nanti akan jadi pemerhati Bibik mulai sekarang... waktu itu kata-kata pun dah tak ada gunanya...
Aku harap Bibik akan berubah ke arah lebih baik seperti dia mula masuk kerja dulu. Aku dan Abang masih beri peluang.. tapi jika berlaku sebaliknya, aku dan Abang jugak tak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang..!
Anak Sulung Sosilawati Ditemuramah Radio24 Bernama Petang Isnin
Salam Raya..
Akhirnya Anak sulung Datuk Sosilawati muncul untuk di termuramah oleh Radio 24 Bernama @Kerusi Panas. Malam tadi keluar di TV , Bernama. Sepanjang siasatan ke atas Datuk Sosilawati, Erni sentiasa kelihatan tenang.. tak pernah nampak dia terlalu bersedih walaupun dalam hati Tuhan saje yang tahu. Siapalah yang tidak bersedih kehilangan Ibu tercinta beberapa hari sebelum Aidilfitri. Namun sebagai anak Sulung, Erni sedar dia harus cukup 'Kuat & Tabah' demi adik-adiknya.
Malam tadi ketika keluar di kaca TV Erni menyatakan plan masa depan Syarikat yang akan bukan saja akan memberi tumpuan pada bidang kosmetik dan kecantikan, tapi juga untuk melebarkan sayap ke bidang-bidang lain seperti hartanah dan sebagainya. Erni yang mempunyai ijazah dari sebuah University luar negara tambil lebih bersedia dan matang . Kini Erni , pewaris empayar NV dan sudah pun bergelar Pengarah Urusan, sudah pun bersedia untuk meneruskan empayar NV ke persada antarabangsa.
Selamat maju jaya Erni...!
KUALA LUMPUR: Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, akan ditemuramah oleh Radio24 Bernama (93.9FM) menerusi programnya "Kerusi Panas" mulai pukul 6.30 petang Isnin.
Jurucakap stesen radio itu berkata beliau dijangka ditemuramah mengenai rancangan masa depannya serta syarikat kosmetik itu yang diasaskan oleh ibunya yang meninggal dunia secara mengejut.
Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadi Allahyarham Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini, Noorhisham Mohammad, 38 dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas setelah ke Banting, Selangor kerana urusan penjualan tanah.
Pada 13 September lepas, polis mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga yang lain dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, yang dikatakan milik suspek utama kes pembunuhan kejam itu, yang juga seorang peguam.-BERNAMA
Salam raya...
Sebelum ni ada dapat foward E-mail tentang peristiwa solat sunat Tarawih secara berjemaah seramai lebih 1 juta orang di Egypt yang imamkan oleh Sheikh Hatem. Malam tadi pulak terbaca kat blog Eelobor *thanks for sharing bro!* entry video ni terus search kat Youtube untuk di kongsikan kepada rakan muslimat sekelian.
SubhanAllah!!
Quote by Islam Voice :
This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010.. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world.. , we tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, or ban the Athan, or fight hijab,.. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...
Come to learn how strong Muslims are on their faith.. How much they love Islam.. How much they're sincere in following Islam.. How much they're dedicate in serving Islam... Try to think of any religion in the world and you will never find followers of any religion who are as strong in their faith and sincere in their worship as Muslims..
In the video, people are praying in the streets because there is no empty place inside the mosque "Masjid" so they made the prayer on every empty place they could find.. And it's the same situation in every Islamic country around the world..
Think of any way to destroy Muslims or break a faith that strong, but the truth Is, you will never win over Islam...

Subscribe to:
Posts (Atom)