Anak Sulung Sosilawati Ditemuramah Radio24 Bernama Petang Isnin
 
Salam Raya.. 
Akhirnya Anak sulung Datuk Sosilawati muncul untuk di termuramah oleh Radio 24 Bernama @Kerusi Panas. Malam tadi keluar di TV , Bernama. Sepanjang siasatan ke atas Datuk Sosilawati, Erni sentiasa kelihatan tenang.. tak pernah nampak dia terlalu bersedih walaupun dalam hati Tuhan saje yang tahu. Siapalah yang tidak bersedih kehilangan Ibu tercinta beberapa hari sebelum Aidilfitri. Namun sebagai anak Sulung, Erni sedar dia harus cukup 'Kuat & Tabah' demi adik-adiknya. 

Malam tadi ketika keluar di kaca TV Erni menyatakan plan masa depan Syarikat yang akan bukan saja akan memberi tumpuan pada bidang kosmetik dan kecantikan, tapi juga untuk melebarkan sayap ke bidang-bidang lain seperti hartanah  dan sebagainya. Erni yang mempunyai ijazah dari sebuah University luar negara tambil lebih bersedia dan matang . Kini Erni , pewaris empayar NV dan sudah pun bergelar Pengarah Urusan, sudah pun bersedia untuk meneruskan empayar NV ke persada antarabangsa.

Selamat maju jaya Erni...!

KUALA LUMPUR: Erni Dekritawati Yuliana Bukhari, anak sulung jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, akan ditemuramah oleh Radio24 Bernama (93.9FM) menerusi programnya "Kerusi Panas" mulai pukul 6.30 petang Isnin.
Jurucakap stesen radio itu berkata beliau dijangka ditemuramah mengenai rancangan masa depannya serta syarikat kosmetik itu yang diasaskan oleh ibunya yang meninggal dunia secara mengejut.
Sosilawati, 47, pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam peribadi Allahyarham Ahmad Kamil Abd Karim, 32 dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru di sini, Noorhisham Mohammad, 38 dilaporkan hilang pada 30 Ogos lepas setelah ke Banting, Selangor kerana urusan penjualan tanah.
Pada 13 September lepas, polis mengesahkan bahawa Sosilawati dan tiga yang lain dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, yang dikatakan milik suspek utama kes pembunuhan kejam itu, yang juga seorang peguam.-BERNAMA
Salam raya...
Sebelum ni ada dapat foward E-mail tentang peristiwa solat  sunat Tarawih secara berjemaah seramai lebih 1 juta orang  di Egypt yang imamkan oleh Sheikh Hatem. Malam tadi pulak terbaca kat blog Eelobor *thanks for sharing bro!* entry video ni terus search kat Youtube untuk di kongsikan kepada rakan muslimat sekelian.

SubhanAllah!!



Quote by Islam Voice :


This video was shot in Alexandria, Egypt, during the month of Ramadan 2010.. This is our answer to all those who fight Islam and try to stop it from spreading all over the world.. , we tell them you can draw cartoons or threat to burn Quran, or protest against Mosques, or ban the Athan, or fight hijab,.. etc, but in the end you will never win over Islam, because the power of the word of truth can never be defeated ...

Come to learn how strong Muslims are on their faith.. How much they love Islam.. How much they're sincere in following Islam.. How much they're dedicate in serving Islam... Try to think of any religion in the world and you will never find followers of any religion who are as strong in their faith and sincere in their worship as Muslims.. 

In the video, people are praying in the streets because there is no empty place inside the mosque "Masjid" so they made the prayer on every empty place they could find.. And it's the same situation in every Islamic country around the world.. 

Think of any way to destroy Muslims or break a faith that strong, but the truth Is, you will never win over Islam...
Salam Raya 
Ahaaa.. nak update cerita Raya kitaorang kat Kampung ke-2, Pahang... Hari ke-4 baru gerak ke Pahang.
Kali ni bertolak dari Johor melalui jalan Mersing menuju ke Kuantan. Ikut jalan 'tepi pantai' ni lebih lengang dan kurang kesesakan. Yang paling best permandangan laut yang memukau mata memandang..!


Cantik sangat permandangan sepanjang perjalanan!

Sempat singgah ambik angin tepi pantaii..

Ntah apa yang Dania tunjukk tuh...

Nyaris-nyaris budak2 ni ajak mandi laut!

Kitaorang menghala ke Kuantan ikut laluan
Mersing -> Rompin -> Pekan -> Tg Lumpur - > Kuantan.
Sempat singgah beli keropok ikan kat gerai-gerai tepi jalan. 

Lepas tu lalu Tanjung lumpur sebab nak cari SATA..!! OoOoooo.. Wajib tuuu sebab bukan senang nak dapat SATA yang sedap kat area KL/Selangor nihh!  Masa aku sekolah kat Kuantan dulu memang peberet makan SATA nihh..! Tapi malangnya, banyak gak kedai-kedai makan yang masih tutup siap tengah buat renovation. Ada jumpa daun pisang je berbakul-bakul.. Nelayan belum turun ke laut katanya, ikan tak dok...! Adehhh..!!!

Jalan punya jalan punya jalan ternampak la kedai ni buka dan ramai gak orang datang singgah..! Keropok 
Lekor memang wajib la cariiiiii...!! Tak lupa sos cicah dia yang sedap tuhhh...!!

   
And very the luckily... kat situ ada jual SATA sekali..!!! Yeaaaayyyyyyyyyyyyy!!!!! Gumbiranya rasa hatii.. ada cannn makan SATA raya nihh.. kali terakhir datang Kuantan masa vacation sempena 4th Anniversarry 2 tahun lepass. KLIK SINI dan SINI. Walaupun rega nya mahal sket, selalu secucuk 4 ketui RM1, ni 3 ketui RM 1 dahh.. tapi  aku gak borong la RM5 hu hu syokkkkk bangett...!!


Danish & Dania tunggu mama beli kopok lekor & Sata...

Lepas tu teruskan perjalanann.. sampai la Kuantann...
        
Ahaa.. kalau kat Kuantan tempat WAJIB pergi mestilah BENTENG...!! Dulu masa zaman sekolah  memang suka sangat pekena Nasi Ayam + ABC kat sini sambil menikmati permandangan muara Sg Pahangg gituu!!
Di sebabkan perut dah kenyang pekena Nasi Beriyani kat Pekan tadi.. so just order ABC + Drinks je buat lepas rindu ha ha..!

WAJIB gambar kat trademark 'KUANTAN' tuhh..!
Lepas tu ronda-ronda sat kat sekitar Bandar Kuantan sambil ternampak-nampak nostalgia zaman2 remaja dolu.. chewahhh..!!

                              
 Ni stesen bas benteng... dah senyap sunyi dah sejak pindah ke Terminal bas baru..


Dulu kat sini lah kalau nak naik Bas Ekspress balik kampung jika bas asrama tak di sediakan.. 

 Ni dia Hamid Bross... kedai buku PEBERET aku. 
WAJIB lepak 2-3 jam kalau 'Outing' ha ha ha

 Hospital Tengku Ampuan Afzan... dolu2 kalau tak sihat ni la tempat 'mengadu' hu hu

 Bandar Kuantan... bangunan-bangunan lama.. masih macam duluu...,

Habis Ronda terus balik rumah Mak sedara.. malam tu tidur rumah Mak sedara je.. keesokan pagi nya baru la bersiap-siap untuk beraya kat rumah saudara mara sekitar Pahangg.. member2 ramai dah balik. Sokmo tertukar gilirann..hu hu

 Adik beradik Abang & Mak Saudara, 1 shot sebelum bertolak gi beraya


Ahaa... tak lupa gambar berempat..  he he

Hari ke-6, kemas-kemas rumah pusaka tengahari tu kitaorang pun gerak ke Temerloh gi beraya rumah sepupu Abang yang baru berpindah ke rumah baruuu..

     
Ada kembar lagi baru setahun.. elok je duduk dalam playpen tuhh

Perut dah kenyangg.. terus bertolak balik rumahh.. Perjalanan kali ni Mama & Papa lebih tenang sepanjang permanduann.. sediakan je DVD kartun banyak-banyakk.. memang ralittt Danish & Dania menonton...!


        
Sedar-sedar dah 'tumbang' dua-dua... ahaha.. kan bagus cam n ihh... 
Mama pun bleh ikut 'tumbang' sekali ha ha ha