Salam Raya
Ahaaa.. nak update cerita Raya kitaorang kat Kampung ke-2, Pahang... Hari ke-4 baru gerak ke Pahang.
Kali ni bertolak dari Johor melalui jalan Mersing menuju ke Kuantan. Ikut jalan 'tepi pantai' ni lebih lengang dan kurang kesesakan. Yang paling best permandangan laut yang memukau mata memandang..!
Cantik sangat permandangan sepanjang perjalanan!
Sempat singgah ambik angin tepi pantaii..
Ntah apa yang Dania tunjukk tuh...
Nyaris-nyaris budak2 ni ajak mandi laut!
Kitaorang menghala ke Kuantan ikut laluan
Mersing -> Rompin -> Pekan -> Tg Lumpur - > Kuantan.
Sempat singgah beli keropok ikan kat gerai-gerai tepi jalan.
Lepas tu lalu Tanjung lumpur sebab nak cari SATA..!! OoOoooo.. Wajib tuuu sebab bukan senang nak dapat SATA yang sedap kat area KL/Selangor nihh! Masa aku sekolah kat Kuantan dulu memang peberet makan SATA nihh..! Tapi malangnya, banyak gak kedai-kedai makan yang masih tutup siap tengah buat renovation. Ada jumpa daun pisang je berbakul-bakul.. Nelayan belum turun ke laut katanya, ikan tak dok...! Adehhh..!!!
Jalan punya jalan punya jalan ternampak la kedai ni buka dan ramai gak orang datang singgah..! Keropok
Lekor memang wajib la cariiiiii...!! Tak lupa sos cicah dia yang sedap tuhhh...!!
And very the luckily... kat situ ada jual SATA sekali..!!! Yeaaaayyyyyyyyyyyyy!!!!! Gumbiranya rasa hatii.. ada cannn makan SATA raya nihh.. kali terakhir datang Kuantan masa vacation sempena 4th Anniversarry 2 tahun lepass. KLIK SINI dan SINI. Walaupun rega nya mahal sket, selalu secucuk 4 ketui RM1, ni 3 ketui RM 1 dahh.. tapi aku gak borong la RM5 hu hu syokkkkk bangett...!!
Danish & Dania tunggu mama beli kopok lekor & Sata...
Lepas tu teruskan perjalanann.. sampai la Kuantann...
Ahaa.. kalau kat Kuantan tempat WAJIB pergi mestilah BENTENG...!! Dulu masa zaman sekolah memang suka sangat pekena Nasi Ayam + ABC kat sini sambil menikmati permandangan muara Sg Pahangg gituu!!
Di sebabkan perut dah kenyang pekena Nasi Beriyani kat Pekan tadi.. so just order ABC + Drinks je buat lepas rindu ha ha..!
WAJIB gambar kat trademark 'KUANTAN' tuhh..!
Lepas tu ronda-ronda sat kat sekitar Bandar Kuantan sambil ternampak-nampak nostalgia zaman2 remaja dolu.. chewahhh..!!
Ni stesen bas benteng... dah senyap sunyi dah sejak pindah ke Terminal bas baru..
Dulu kat sini lah kalau nak naik Bas Ekspress balik kampung jika bas asrama tak di sediakan..
Ni dia Hamid Bross... kedai buku PEBERET aku.
WAJIB lepak 2-3 jam kalau 'Outing' ha ha ha
Hospital Tengku Ampuan Afzan... dolu2 kalau tak sihat ni la tempat 'mengadu' hu hu
Bandar Kuantan... bangunan-bangunan lama.. masih macam duluu...,
Habis Ronda terus balik rumah Mak sedara.. malam tu tidur rumah Mak sedara je.. keesokan pagi nya baru la bersiap-siap untuk beraya kat rumah saudara mara sekitar Pahangg.. member2 ramai dah balik. Sokmo tertukar gilirann..hu hu
Adik beradik Abang & Mak Saudara, 1 shot sebelum bertolak gi beraya
Ahaa... tak lupa gambar berempat.. he he
Hari ke-6, kemas-kemas rumah pusaka tengahari tu kitaorang pun gerak ke Temerloh gi beraya rumah sepupu Abang yang baru berpindah ke rumah baruuu..
Ada kembar lagi baru setahun.. elok je duduk dalam playpen tuhh
Perut dah kenyangg.. terus bertolak balik rumahh.. Perjalanan kali ni Mama & Papa lebih tenang sepanjang permanduann.. sediakan je DVD kartun banyak-banyakk.. memang ralittt Danish & Dania menonton...!
Sedar-sedar dah 'tumbang' dua-dua... ahaha.. kan bagus cam n ihh...
Mama pun bleh ikut 'tumbang' sekali ha ha ha