Salam...
Hari ni terbaca kat paper. Apabila Akta Perihal Dagangan 1972 di luluskan nanti sebarang terhadap salah guna sijil Logo Halal Palsu akan di kenakan tindakan yang lebih tegas iaitu denda sehingga RM1 juta...!
Ha baguslaa kalau macam tu . Lega sikit dengar. Lepas ni kalau ada mana-mana pihak yang 'suka menipu' & putar belit alam asalkan dapat untung berlipat ganda.. bersiap sedialah dengan RM1 juta tu kalau nak 'selamat' !! ha ha. Don't play play okeh. Jangan ingat nak untung jee.. sendiri mau ingat aa lepas nihh ! And hopefully penguatkuasaan pihak JAKIM jugak lebih mantap lepas ni.... serbu jangan tak serbu...!
Apapun baca berita selanjutnya :
Sumber : Berita Harian
2010/08/02
credit : google
Syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM1 juta, atau kedua-duanya sekali, jika melakukan perbuatan sama.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan itu akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Parlimen meluluskan pindaan terhadap Akta Perihal Dagangan 1972."Kementerian sedang dalam proses membuat pindaan ke atas Akta Perihal Dagangan 1972 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi selepas kementerian membentangkan akta ini yang kita jangka akan dibuat pada sesi Oktober yang akan datang ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 di Dewan Negara hari ini.
Akta sedia ada memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali bagi pesalah individu, manakala syarikat pula berdepan hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Ismail Sabri berkata, selepas pindaan akta itu, pihak yang didapati mengulangi kesalahan sama, tempoh hukuman penjara ditambah kepada 10 tahun manakala denda pula dinaikkan kepada RM1juta.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata menerusi pindaan akta tersebut, hanya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)dan jabatan agama Islam di setiap negeri dibenar mengeluarkan logo halal.
"Apabila diluluskan kelak (pindaan Akta Perihal Dagangan 1972), cuma satu sahaja autoriti yang boleh keluarkan sijil halal iaitu JAKIM dan jabatan Islam negeri (JAIN).
"Selepas ini, tidak ada lagi syarikat yang keluarkan sijil halal dan ini juga termasuk kepada produk halal dari luar negara," katanya.
Beliau berkata, pindaan akta berkenaan juga bakal memperluaskan fokus kementerian dan Jakim kepada produk lain termasuk kosmetik, barangan keperluan harian dan sebagainya.
Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (pindaan) 2010 kemudiannya diluluskan. - BERNAMA